BAB 44

4.9K 308 64
                                    

FLASHBACK

"Entah. Biarlah. Benda nak jadi. Aku nak pergi tandas sekejap. Tak tahan."

Nazeem terus meminta diri ke tandas meninggalkan Adam sendirian sementara menunggu cikgu bertugas. Malas mahu mengulas lebih.

Dahinya yang masih berdarah ditekup dengan tisu. Dia menapak perlahan ke tangga. Langkahnya terhenti apabila terdengar suara orang sedang bercakap dengan nada tinggi.

Kau gila ke Isyraf?!" tempik Mikhael dengan suara tertahan. Wajahnya tegang menatap lelaki di hadapannya itu.

"What? Bukan kau suka ke?" bidas Isyraf kembali. Tangan santai masuk ke dalam kocek seluar sekolah.

Mikhael dan Isyraf?

"Kalau nyawa dia yang melayang tadi macam mana? Kau tak fikir panjang ke?" marah Mikhael.

Nazeem yang bersembunyi itu cuba memahami isi perbicaraan tersebut.

"Nyawa dia melayang itu yang kau tunggu selama ini kan? Ala lagipun hidup lagi Nazeem tu. Elok saja berjalan dengan Adam tadi. Kira untung aku suruh budak-budak tu tolak dia saja." balas Isyraf tanpa rasa serba salah.

"Aku dah tolong kau ni,patutnya kau ucap terima kasih. Bukan marah aku. Sudah-sudah lah nak tunjuk diri kau tu kawan sejati sangat." tambah Isyaraf dengan nada perli bersama wajah mengejek.

"Kau takkan bertahan selamanya untuk berpura-pura di hadapan Nazeem. Kau akan rasa apa yang aku rasa selama ini. Masa itu baru kau faham kenapa aku tak suka dia!" bidas Isyraf dengan nada yang jelas kedengaran tidak puas hati.

Nazeem menjengah sedikit apabila yakin dua orang itu sudah tiada di situ. Bibirnya tersungging ke atas.

Patutlah selama ini ada saja yang berlaku dpads dia. Rupanya angkara kawan-kawan sendiri. Dia pusing tubuh melangkah tenang menuju ke tandas.

Keesokkan harinya, dia berlagak seperti tidak tahu apa-apa langsung. Dia tetap melayan Isyraf dengan Mikhael seperti biasa.

Waktu rehat tiba, dia keluar dari kelas terlebih dahulu kerana mahu pergi ke bilik guru untuk menghantar buku latihan yang dikumpulkan.

Sesudah itu, dia meronda seketika di kawasan sekolah untuk melihat jika ada sebarang kegiatan larangan yang dilakukan di kawasan sekolah. Maklumlah, ketua pengawas.

Apabila tiba di satu blok yang menempatkan pelajar dan guru-guru membuat aktiviti berkaitan dengan mata pelajaran perdagangan atau sains, dia terdengar ada suara.

Dia perlahankan langkah kakinya supaya tidak kedengaran oleh pemilik suara tersebut.

"Kau suruh budak yang lemah lah tolak si Nazeem tu." satu suara itu berbunyi.

Berkerut kening Nazeem mendengar suara yang tidak asing pada sistem pendengarannya.

"Habis tu, kenapa bukan kau saja yang tolak? Hah kan habis cerita. Ini, sedap saja mengarah aku. Eh, budak tu pun aku yang cari and arah tau." bidas satu suara lain.

Nazeem mengangguk perlahan. Sah suara itu milik Isyraf dan Adam.

"Aku tak nak kotorkan tangan aku untuk budak Nazeem tu. Buang tenaga aku. Apa guna ada kau? Lagipun kita kongsi matlamat yang sama kan." sinis saja suara Adam berkata.

Nazeem menyandarkan tubuhnya pada tembok. Tenang saja dia mendengar dua orang itu berbalah.

"Lepas itu aku seorang nampak buruk? Kau memanglah, perangai mengalahkan firaun. Kau tahu tak, budak Mikhael tu still nak back up Nazeem. Silap-silap dia boleh terlepas cakap dengan Nazeem apa yang kita buat selama ini." ujar Isyraf dengan nada tidak puas hati.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now