BAB 52

110 5 0
                                    

"Tuan Aizatt, Saya dah siapkan makan malam," beritahu Ashraf Izuan yang semakin ceria hidupnya sejak berkhidmat sebagai pembantu rumah di kediaman. Namun sejak akhir-akhir ini jiwanya sudah tidak tenang dan tenteram seperti sebelumnya. Sejak pasangan Tuan Aizatt yang dikatakan sudah menghilangkan diri itu tidak lagi muncul semula ke rumah ini, Tuan Aizatt sudah  jarang- jarang tersenyum.

Ternyatalah... Bukannya sedikit perasaan cinta dan kasihnya terhadap pasangan yang sudah terang-terang mengkhianati dan menderhakainya itu.

"Tuan Aizatt kena makan. Kalau tidak, macam mana Tuan Aizatt nak dapat tenaga. Saya suapkan ya."

"Tuan Fahryan tak balik lagi?" Baru sahaja Ashraf Izuan ingin menyuakan sudu ke mulut Tuan Aizatt, lelaki itu mengulang- ulang lagi soalan yang sama.

Ashraf Izuan menghempaskan keluhan berat sebelum ini dia tunduk merenung ke dalam mangkuk bubur yang ditatangnya. Dia sebenarnya tidak sanggup untuk merenung wajah sayu Tuan Aizatt yang tidak pernah jemu bertanyakan tentang pasangannya itu.

"Nanti dia akan balik tak lama lagi, Tuan Aizatt." Lembut Ashraf Izuan memujuk namun langsung tidak diduganya yang lelaki berusia itu akan melenting sebaik mendengarkan jawapannya.

"Bila pasangan aku tu nak balik? Atau dia sebenarnya dah balik ke sini tapi kau saja tak nak bagitahu aku kan? Entah-entah kau pun berpakat dengan dia sekali. Sebab tu kau takut nak bagitahu aku. Sekarang bagitahu aku, berapa banyak yang dia bagi pada kau? Kalau tak, kau boleh berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau! Kau berambus! Aku tahu kau sengaja bersubahat dengan pasangan aku supaya dia bebas untuk buat apa saja yang dia suka kat luar sana tu!"

Mangkuk bubur yang ditatang kemas di tangan Ashraf Izuan ditolak kasar sehingga tercampak ke atas lantai. Berderaian mangkuk kaca itu pecah dengan serpihan yang hampir menyucuk kakinya.

Ashraf Izuan tergamam. Tidak pula dia mengelak daripada serpihan kaca yang berselerak di sekitar kakinya. sebaliknya dia merenung serpihan mangkuk kaca itu dengan pandangan sayu.

"Terima kasih. Terima kasih, Tuan. Terima kasih kerana menghargai air tangan saya," ucap Ashraf Izuan. Perlahan dan terketar-ketar, kerana menahan sebak yang mengasak-asak. Lantas, dia terus melangkah keluar meninggalkan Tuan Aizatt yang sudah mula dihinggapi rasa bersalah itu.

Dengan hati yang retak, selepas mengutip serpihan-serpihan kaca tersebut, dia berjalan dengan pantas meninggalkan bilik Tuan Aizatt. Tanpa disengajakan, dia telah terlanggar tubuh seorang lelaki yang tinggi lampai persis seorang model. Habis berterabur barang-barang yang sedang dikendong oleh lelaki tersebut. Serpihan-serpihan kaca mangkuk bubur yang dikutipnya sebentar tadi juga terhempas sekali lagi jatuh ke atas lantai. Malang sungguh nasibnya malam ini!

"Tuan Fahryan?" Ashraf Izuan meneka. Tuan Aizatt pernah memberitahu nama pasanganya itu. Mungkin, inilah agaknya pasangan Tuan Aizatt.

"Dah buta ke kau? Dah dibagi mata bukan tahu nak guna! Kau nak aku toreh mata kau dengan kaca tu agaknya..." tengking Tuan Fahryan sebelum matanya kembali melekat pada serpihan kaca yang berselerak di hujung kakinya.

“Kau orang gaji baru dalam rumah ni kan? Jadi, kau dengar sini baik-baik. Kalau orang tua tu tak nak makan jugak, kau tak payah bagi dia makan! Biar dia mampus kat dalam bilik tu. Lagi senang kerja kau nanti. Kau pun tak perlu buang masa nak cuci berak dia. Berlambak-lambak lagi kerja-kerja yang lagi berfaedah yang kau boleh buat kat dalam rumah ni!" Tuan Fahryan sengaja meninggikan suaranya untuk menyakitkan hati Tuan Aizatt. Dia yakin, pada waktu-waktubegini, pasangannya itu tentu belum tidur.

Biar dia sakit hati. Lagi sakit, lagi senang aku nak minta cerai nanti. Tak payah susah-susah turun naik makhamah banyak kali.

Sambil mendengus, dia terus melangkah keluar daripada rumah tersebut dengan barang-barang kepunyaannya termasuk barang-barang yang pernah dihadiahkan oleh Tuan Aizatt kepadanya.

"Mieyka!" panggil Ashraf Izuan. Suaranya kedengaran sedikit kasar. Masih terluka sebenarnya dengan kata-kata Tuan Fahryan sebentar tadi. Walaupun Tuan Aizatt telah banyak menyusahkannya dan melukakan hatinya, tetapi dia tidak tegar melihat lelaki separuh usia itu dihina sebegitu teruk sekali. Jantan tu memang kejam.

"Warghh... Mieyka... kat... kat sini lah... Mana Papa Ash," teriak Mieyka dengan kuat sebelum dia ketawa terkekeh-kekeh.

"Lain kali Mieyka jangan buat macam ni lagi. Terkejut Papa Ash tau." Ashraf Izuan mengurut-urut dadanya beberapa kali. Adakalanya anak kecil itu memang agak nakal. Ada ke patut tubuhnya yang kecil itu dibalut dengan selimut putih? Kalaulah Mieyka terus mendiamkan dirinya, silap-silap sampai bila-bila pun dia tidak akan perasan.

Namun, bila difikirkan kembali, itu sahaja lah cara Mieyka untuk menghiburkan hatinya sendiri. Dia bukannya ada kawan-kawan lain yang boleh diajak bermain. Jauh sekali rakan sebayanya. Kalau dengan begitu Mieyka gembira, biarkanlah...

"Papa... Papa Ash... takut ke?" aju Mieyka sebelum dia tergelak besar. Seperti biasa air liurnya cepat sahaja meleleh keluar.

"Tak, sayang," balas Ashraf Izuan lembut sebelum dia merenung wajah anak kecil itu dalam-dalam. Lenyap terus rasa marahnya terhadap Tuan Fahryan sebentar tadi. Entah mengapa, hatinya cukup tersentuh. Dia cuba membayangkan dirinya berada di tempat Mieyka. Kehidupan Mieyka tidak ubah seperti burung jinak yang hanya mampu bernyanyi riang di dalam sangkar emas.

Hanya Dia Aku CintaWhere stories live. Discover now