BAB 60

130 4 0
                                    

Sabarnya lelaki itu melayan karenahnya walaupun segala yang dilakukan Hayder Rayyan langsung tidak pernah dihargainya. Bahkan adakalanya dia terang-terang menunjukkan rasa tidak senang terhadap lelaki itu. Buktinya, baru sekejap tadi Hayder Rayyan disindirnya sehingga lagi itu 'mengalah' dan terus melangkah keluar dari biliknya itu.

"Berehatlah dulu. Tak lama lagi, baiklah tu," ujar Hayder Rayyan sambil tersenyum sebaik sahaja dia membantu Ashraf Izuan menelan ubat yang dibelinya dari farmasi memandangkan Ashraf Izuan awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya untuk ke klinik walaupun sudah puas Hayder Rayyan memujuk.

Melihat Hayder Rayyan sudah pun berkira-kira untuk melangkah, mahu sahaja dia menjerit memanggil lelaki itu. Entah mengapa hatinya menjadi terlalu rindu pada lelaki itu. Dia seperti merasakan Hayder Rayyan akan pergi buat selama-lamanya kerana sesungguhnya di setiap waktu dan ketika. dia hanya mendambakan lelaki itu untuk sentiasa berada di sisinya. Serasa dia sudah tidak sanggup lagi untuk berkorban demi Tuan Aizatt sekaligus meranapkan terus perasaan cintanya terhadap Hayder Rayyan. Dia tidak cukup kuat untuk itu. Sesungguhnya, dia masih seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Dia juga mahu disayangi oleh lelaki yang betul-betul dicintainya!

Ashraf Izuan keluar dari biliknya apabila dia benar-benar yakin kesihatannya sudah stabil. Demam panasnya sudah perlahan- lahan kebah dan surut. Kepalanya juga tidak lagi terasa berdenyut-denyut dan menyucuk.

Sebaik tangannya memulas tombol pintu biliknya, matanya sedikit membulat melihatkan keadaan rumahnya yang sudahpun dikemas dan dibersihkan sama seperti keadaan asal. Bahkan lebih cantik dan bersih kerana lantainya yang licin seperti disapu dan dimop, tingkap-tingkap dan siling rumah yang sebelum ini kelihatan berdebu juga sudah dibersihkan. Tiba-tiba timbul rasa kesal di dalam hatinya kerana telah sengaja menjadikan keadaan rumah bersepah- sepah semata-mata ingin menaikkan kemarahan Hayder Rayyan. Meliar-liar matanya memandang segenap sudut di dalam rumahnya sebelum pandangannya hinggap pada sekujur tubuh yang dirinduinya itu, sedang lena terbaring di atas lantai tanpa sebarang alas.

Tercurah rasa simpati di dalam hatinya melihat betapa letihnya lelaki itu seharian suntuk menguruskan segala- galanya di dalam rumah yang agak besar itu. Betapa dia tidak dapat membayangkan bagaimana lah agaknya Hayder Rayyan membahagikan masa untuk menjaganya, mengemas serta membersihkan rumahnya dan menjaga Tuan Aizatt dalam satu masa. Itu belum termasuk melayan karenah Mieyka dan menjaga anaknya Putera Hatta lagi. Dalam diam, terbit rasa kagum di dalam hatinya terhadap lelaki itu.

Perasaannya terasa seperti ditarik-tarik untuk menghampiri Hayder Rayyan yang sedang nyenyak terlena waktu itu. Dengan sedikit teragak-agak, dia terus berjalan menghampiri lelaki itu. Badannya terbongkok sedikit apabila tangannya cuba bermain-main di bahagian rambut lelaki itu. Rambut Hayder Rayyan yang terjuntai sedikit di tengah dahi diraupnya ke belakang. Kali ini pula, baru sahaja dia ingin membelai rahang lelaki itu, dia dikejutkan dengan bunyi petikan suis. Berderau darahnya. Serta-merta, menitis juga setitis dua peluh-peluh kasar di hujung dahinya.

Siapa pula yang bangun tengah-tengah malam buta ni?

Di dalam fikirannya waktu itu hanya terlintas nama Tuan Aizatt. Tapi mustahil! Masakan mungkin lelaki itu mampu bergerak sejauh itu sehingga boleh memicit suis lampu bilik dengan sendirinya sedangkan pergerakan Tuan Aizatt terlalu terhad dan terbatas walaupun dia sudahpun menunjukkan tanda-tanda yang positif.

Mieyka?

Mieyka pun mustahil jugak. Tubuh kecil itu sama sekali tidak memungkinkan Mieyka untuk mencapai ketinggian suis lampu. Tapi, boleh jadi jugak kalau Mieyka panjat dan berdiri di atas kerusi.

Ashraf Izuan pantas menoleh ke belakang apabila telinganya terdengar bunyi tombol pintu yang dipulas seseorang. Tubuhnya sudah seram sejuk dan sedikit menggigil namun digagahkan juga supaya dia bertahan dan tidak rebah di situ.

Hanya Dia Aku CintaWhere stories live. Discover now