Bab 2

1.8K 46 2
                                    

"Nadine Aulia, jawab papa tanya ni. Kenapa Nad buat macam tu kat kak Murni?" tanya Ashraff. Nadine hanya menundukkan kepala, tidak berani menjawab pertanyaan papanya. Sedikit sahaja salahnya. Dia hanya menumpahkan air di atas lantai dapur menyebabkan Murni terjatuh.

Dek kerana tidak tahan dengan perangai Nadine yang suka buat kacau, dia berhenti kerja serta-merta. Lantaklah, yang penting hati Nadine puas!

"Nadine Aulia binti Ashraff Nadim! Papa tengah cakap dengan Nadine Aulia sekarang ni! Mana dia?!" Bahu Nadine terangkat sedikit apabila terdengar jerkahan papanya tadi.

"Nad tak suka kak Murni jaga Nad dengan adik. Dia jahat," jawab Nadine. Ashraff meraup wajahnya berkali-kali. Anaknya yang sulung ini, memang nakal.

"Nad, ni dah babysitter yang ke-7 tau papa hire untuk jaga Nad dengan adik. Kenapa buat papa macam ni? Nad tak sayang papa ke?" soal Ashraff.

"Nad sayang papa, tapi Nad nak mama balik," balas Nadine. Ada nada sayu di hujung suara itu. Ashraff melepas keluhan berat.

"Nad, dengar sini. Mama dah tinggalkan kita. Dia takkan balik ke sini lagi. Dia dah bahagia dengan keluarga baru dia." Entah berapa kali Ashraff menjelaskan kepada Nadine yang mamanya sudah tinggalkan mereka dan berkahwin dengan lelaki lain.

Namun Nadine tetap tidak mahu memahami situasinya walaupun dia sebenarnya sudah menginjak usia 14 tahun.

"Nad tetap tak suka kak Murni tu. Dia tu gatal, gedik," kutuk Nadine.

"Apa yang gatal, gediknya? Papa tengok kak Murni tu baik aje," pangkah Ashraff.

"Kak Murni tu gedik bila papa ada. Nak mengorat papalah tu. Nad tak sukalah tengok," balas Nadine. Ashraff tergelak kecil mendengar alasan anak daranya itu.

"Nad, papa ni dah tua tau. Umur pun dah 41 tahun. Papa tak kuasalah nak cinta-cinta ni," pujuk Ashraff.

"Nad tak sukalah, papa." Nadine tetap dengan keras kepalanya. Sama macam mamanya.

"Ok, sekarang ni bagitau papa. Siapa nak jaga adik esok? Nad pergi sekolah, papa pulak pergi kerja. Siapa nak masak untuk Nad bila Nad balik sekolah nanti?" tanya Ashraff.

"Ala, papa tak payahlah kerja. Papa kan bos?" Ashraff membulatkan matanya.

"Amboi, senangnya cakap! Kalau awak pun pandai masak, tak apalah jugak. Ni papa jugak kena masak?" Nadine sudah memuncungkan mulutnya.

Perbualan anak-beranak itu terhenti apabila terdengar bunyi tangisan di tingkat atas. Ashraff bergegas naik ke tingkat dua sebelum membuka pintu bilik tidurnya. Seorang anak kecil berusia setahun lebih diangkat dari katil bayi sebelum ditepuk-tepuk belakang badannya.

"Shh, anak papa lapar ya? Nanti papa buatkan susu okey?" Ashraff memujuk seraya keluar dari bilik, menuju ke ruangan dapur.

"Hah, Nad, tolong pegangkan adik. Papa nak buat susu dia kejap." Ashraff menghulurkan si kecil kepada Nadine. Gadis itu hanya menurut. Seketika dia menjarakkan diri daripada adiknya.

"Papa!!!" Jerit Nadine.

"Kenapa? Papa baru siap bancuh susu ni, pegang kejap tak boleh ke?" Kelam kabut Ashraff menuju ke ruang tamu sambil memegang botol susu.

"Adik eyakkk...." beritahu Nadine sambil menutup hidungnya dengan sebelah tangan.

Allahu! Ingatkan apa tadi. Ashraff berbisik sendiri.

"Tolonglah tukarkan pampers adik tu," usik Ashraff. Nadine mencebik.

"Eiii, gelilah papa~ Papa buatlah," rengek Nadine, manja.

"Papa jugak?" Ashraff menggelengkan kepala. Anak daranya itu memang manja, tetapi tetap boleh diharap. Selalunya dia okey sahaja menukarkan pampers adiknya cuma malam itu dia saja hendak bermanja dengan papanya.

Usai menukar lampin, Nadine membantu papanya menyusukan si adik. "Nad penat kan jaga adik?" soal Ashraff. Nadine tahu maksud papanya.

"Papa tak kira, ini last time papa ambik babysitter. Kalau Nad masih buat perangai lagi sampai babysitter lari, papa hantar Nad balik kampung. Duduk kat sana dengan nenek. Nak tak?" ugut Ashraff.

"Tak naklah, papa. Nad tak suka duduk kampung. Nenek garang." Nadine menggelengkan kepalanya. Takut benar dia dengan nenek sebelah mamanya. Garang tak bertempat.

"Janji dengan papa, Nad akan behave lepas ni."

"Ya, papa. Nad janji. Tapi papa pun kena janji tau!" Nadine membalas.

"Papa pulak kena berjanji?"

"Papa kena janji, yang papa takkan kahwin dengan babysitter yang baru nanti. Papa takkan jatuh cinta dengan dia. Kalau papa nak kahwin jugak, papa cuma boleh kahwin dengan mama aje," beritahu Nadine panjang lebar.

Ashraff tersenyum mendengarnya. Lah, ingatkan apalah tadi. Dia bersetuju sahaja kerana dia memang tidak berniat untuk berkahwin lagi selepas bercerai dengan isterinya, Amna Sofea.

Cukuplah sekali dia melayari bahtera rumah tangga yang pahit. Dia dah serik nak berkahwin lagi. Bimbang dia kecewa dan diperbodohkan untuk kali kedua.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now