Bab 66

1.2K 35 0
                                    

Usai menjenguk Nadine dan Haikal di bilik, Kirana melangkah ke tingkat bawah. Saat melalui bilik Ashraff, dia terdengar suaminya batuk teruk. Ikutkan rasa marah yang masih bersisa, dia enggan mempedulikan Ashraff. 

Tetapi hatinya tidak kuat. Pintu bilik dikuak perlahan dan tatkala dia terlihat Ashraff yang sedang tidur di atas sofa, membuatkan hatinya dipagut rasa sayu.

Kaki diatur merapati sofa sebelum dia melekapkan belakang telapak tangannya ke dahi Ashraff. Panas! Dikerling ubat di atas meja, seperti tidak berusik.

"Encik Ashraff? Encik Ashraff?" kejut Kirana. Ashraff membuka matanya perlahan-lahan. Sekali lagi dia terbatuk. Dengan badan yang lemah, Ashraff bangun menghadap isterinya yang sedang berdiri di sisi sofa.

"Encik Ashraff tak makan ubat lagi ke?" tanya Kirana.

"Dah. Tapi macam tak kebah lagi demam abang ni, sayang," jawab Ashraff.

"Tipu. Masa saya hantar bubur untuk encik siang tadi, saya ingat masih ada enam biji ubat. Sekarang pun masih ada enam biji. Encik tak makan ubat lagi kan?" Kirana menyoal.

"Abang tak perlukan ubat. Abang perlukan isteri abang," balas Ashraff seraya merenung wajah Kirana. Kirana dapat merasakan bahang panas di pipinya namun dia cuba berlagak tenang.

"Encik Ashraff tak payahlah nak buat ayat manis. Ni, makan ubat." Kirana menyuakan dua biji ubat kepada Ashraff. Ashraff mengambil juga ubat tersebut sebelum menelannya. Kirana mengerling ke arah katil yang tidak berusik.

"Kenapa encik Ashraff tak tidur atas katil? Tidur kat sofa ni kan tak selesa. Macam mana nak baik demam tu?" tanya Kirana. Ashraff tersenyum lemah.

"Abang tak selesa tidur sorang-sorang atas katil tu. Lagipun isteri abang tidur tanpa tilam, takkan abang nak tidur atas katil pulak?

Abang okey aje tidur atas sofa ni. Sayang, boleh tak kalau sayang tidur dalam bilik ni? Sayang tidur atas katil. Abang kesian tengok sayang tidur pakai comforter macam tu aje.

Sayang kan tengah pregnant. Kalau sayang tak selesa abang tidur sekali, tak apa. Abang janji abang tak tidur atas katil ni dengan sayang. Please?" rayu Ashraff.

"Yang patut tidur atas katil tu encik Ashraff. Jangan nak pura-pura baik lagi dengan saya. Saya papah encik naik ke katil." Kirana sudah memapah tangan Ashraff. Dengan langkah yang lemah, Ashraff menapak jua ke arah katilnya.

Sewaktu Kirana hendak menyelimuti tubuh Ashraff, dia perasan mata suaminya tidak lepas dari memandangnya. "Sayang?" panggil Ashraff. Kirana tidak menyahut.

"Sayang tau kan abang demam? Abang tak nak sayang berjangkit dengan abang," tegur Ashraff.

"Antibodi saya kuat." Ashraff tersenyum nipis mendengar balasan Kirana itu.

"Yeke? Bukan ke sayang pernah bagitahu abang yang sayang senang kena demam? Tambah-tambah kalau terkena hujan?" Kirana tersentak.

Ashraff ingat rupanya.

"Mana ada. Saya tak ingat saya pernah cakap macam tu dulu." Kirana cuba berdalih.

"Tak apalah kalau sayang tak ingat. Tapi abang ingat."

"Whatever. Saya keluar dulu," pamit Kirana. Namun belum sempat dia berlalu, Ashraff sudah memegang tangannya. Kirana memandang suaminya.

"Sayang nak pergi mana?" soal Ashraff.

"Saya mengantuk. Nak tidur."

"Sayang, sayang tidur ajelah atas katil ni. Abang boleh turun tidur atas sofa balik," ujar Ashraff.

"Tak payah. Saya tak layak, nak tidur atas katil encik. Yang layak cuma isteri kesayangan encik aje." Nada Kirana seperti berjauh hati sahaja.

"Isteri kesayangan abang, Kirana. Bukan Amna Sofea," balas Ashraff. Kirana cuba menepis rasa sebak yang hadir.

"Cik Sofea tu, cinta pertama encik Ashraff. Takkan semudah tu aje encik boleh lupakan dia kan?" duga Kirana.

"Betul, cinta pertama tu susah nak dilupakan. Tapi bagi abang, tanpa cinta terakhir abang ni, abang ibarat bangkai bernyawa. Sebab hati abang, abang dah serahkan pada perempuan yang berdiri depan mata abang ni."

Ayat manis lagi! Sampai bila abang nak tipu Kira? Sampai bila abang nak nafikan perasaan abang sendiri? Abang tak cintakan Kira, kenapa abang tak berterus-terang aje? Bisik hati Kirana.

"Tak payahlah encik Ashraff nak tipu saya lagi. Saya dah boleh terima cinta encik bukan untuk saya."

"Cinta abang pada sayang tak pernah berubah. Abang cintakan Kira seikhlas hati abang. Percayalah cakap abang, sayang," rayu Ashraff lagi.

Kirana tidak menjawab. Dia hanya berdiri seperti patung sahaja di hadapan suaminya. Ashraff bangun dari katil sebelum menatap ke dalam anak mata Kirana.

"Abang tahu abang salah. Abang abaikan sayang sampai sayang boleh salah faham dengan abang sampai macam ni sekali.

Abang mintak maaf sangat-sangat, sayang. Percaya cakap abang, abang tak ada apa-apa perasaan pada arwah Sofea lepas kami bercerai. Perasaan tu dah hilang."

"Apa jaminan perasaan encik pada arwah dah tak ada? Sebelum arwah meninggal, encik cakap dengan saya yang encik tak ada apa-apa perasaan pada dia.

Tapi encik tipu kan? Hari arwah meninggal, saya nampak dengan mata saya sendiri encik sedih sangat dengan pemergian dia.

Encik sedih, macam arwah tu masih isteri encik kan?"

"Sayang..."

"Dahlah, saya dengan anak saya nak tidur. Tolong, lepaskan tangan saya?" Ashraff hanya menurut. Kirana tidak menunggu lama. Dia terus keluar dari bilik Ashraff tanpa menoleh ke arah suaminya.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now