Bab 64

1.2K 33 2
                                    

Sudah dua minggu arwah Sofea meninggal dunia. Dan selama dua minggu itulah Kirana tidak bercakap sepatah pun dengan Ashraff. Ashraff buntu. Nadine juga tidak tahu bagaimana dia hendak membantu papanya memujuk ibu tirinya itu. 

Kirana juga enggan tidur di bilik tidur mereka berdua. Dia hanya tidur di bilik kosong yang berada di ruang dapur. Puas Ashraff memujuk agar Kirana tidur di dalam bilik mereka, namun isterinya itu sejenis keras kepala.

"Papa, mama masih marahkan papa lagi ke?" tanya Nadine sewaktu dia dan Ashraff sedang duduk di gazebo di halaman rumah. Ashraff mengangguk, lemah. "Semua ni salah papa, Nad. Papa tak jaga hati mama, sampai mama merajuk macam ni sekali.

Papa tak berniat pun nak sakitkan hati mama, Nad." Nadine menepuk bahu papanya.

"Nad tahu, papa. Nad faham, mama mesti kecewa bila dia ingat papa tak sayangkan dia. Betul ke, papa tak cintakan mama?" tanya Nadine.

"Papa sayangkan mama, Nad. Papa cintakan dia setulus hati papa. Cuma mama salah faham dengan papa pasal kes arwah mama meninggal tu," balas Ashraff.

"Papa memang tak cintakan arwah mama dah kan, lepas kahwin dengan mama Kira?" tanya Nadine lagi.

"Tak, Nad. Hati papa dah tertutup untuk perempuan yang bernama Amna Sofea sebaik saja papa bercerai dengan dia. Hati papa cuma untuk mama Kira aje," jawab Ashraff. Kirana sebenarnya terdengar perbualan anak beranak itu, namun dia tidak mahu terus percaya.

Dia menutup jendela bilik. Perutnya diusap perlahan. Dalam beberapa minggu lagi, anaknya bakal dilahirkan. Dan apabila masa itu tiba, hubungannya dengan Ashraff akan terlerai. Kirana memejamkan matanya. Ingatannya melayang pada peristiwa di hospital tempoh hari.

"Encik Ashraff," panggil Kirana. Ashraff menoleh ke arah Kirana dengan dahi yang berkerut.

"Sayang, kenapa panggil abang macam tu? Kenapa sayang tiba-tiba ubah cara panggilan ni?" tanya Ashraff.

"Hubungan kita hanya sebagai majikan dan pekerja. Suami isteri di hadapan Nad. Encik Ashraff ingat kan?" Kirana memandang ke arah suaminya.

"Sayang-"

"Saya ada satu permintaan yang saya nak Encik Ashraff tunaikan, walaupun saya sedar permintaan saya ni agak melampau." Kirana bersuara tegas. Ashraff hanya mendengar sambil mencuba menahan hati.

"Saya nak mintak izin untuk guna nama Encik Ashraff pada nama anak saya nanti."

"Sayang, itukan anak abang jugak? Mestilah nama dia akan dibinkan dengan nama abang nanti."

"Encik Ashraff jangan salah faham. Saya cuma mintak izin untuk guna nama encik pada nama dia. Bukan untuk mintak harta encik. Saya akan pastikan dia takkan tuntut harta encik. Harta encik hak mutlak Nadine dan Haikal. Bukan anak saya."

Kirana terus berjalan meninggalkan Ashraff yang tercegat di koridor hospital itu. Ashraff menyeka air matanya. Isterinya benar-benar nekad untuk berpisahkah? Dia tidak sanggup! Sumpah, dia tidak sanggup!

Kirana membuka matanya apabila terdengar bunyi guruh di langit, menandakan hujan akan turun pada petang itu. Pinggangnya terasa sengal-sengal namun dia cuba bertahan. Dia duduk di atas comforter sebelum bersandar pada dinding.

Sejak dia melancarkan perang dingin dengan suaminya, Kirana enggan menggunakan apa-apa barang milik suaminya. Comforter itupun dia beli sendiri. Kirana tidak kisah. Bayi di dalam perutnya mula bergerak perlahan.

"Afieq Khalish bin Ashraff Nadim..." Terlintas nama itu di bibir Kirana. Perlahan-lahan bibirnya mengulum senyuman. "Nama anak mama, Afieq Khalish bin Ashraff Nadim." Bayinya bergerak lebih aktif kali ini. Kirana tergelak kecil.

"Sayang suka ya nama tu? Okey, kita pakai nama tu ya sayang? Nama sayang tu kena dibinkan dengan nama papa ya? Sebab sayang anak dia. Tapi kita takkan minta apa-apa daripada papa ya sayang? Mama akan usaha sedaya upaya mama untuk bahagiakan anak mama ni.

Kita akan hidup seadanya. Kita kena bersyukur dengan apa yang Allah akan beri nanti, ya?" Sayu suara Kirana menuturkan ayat itu. Bunyi hujan turun membasahi bumi seolah-olah memahami gelora hati Kirana kala itu.

"Hujan dah turunlah, sayang. Mama takut betul dengan guruh. Pernah satu hari tu kan, mama terpeluk papa sebab mama terkejut dengar bunyi guruh kuat macam ni. Papa tu apalagi, gelakkan mamalah. Nakal kan papa sayang?" Kirana tiba-tiba berasa sebak.

Selepas ini, dia akan merindui segala kenangan bersama Ashraff. Kenangan bersama Nadine dan Haikal juga akan sentiasa di ingatannya.

"Mama sayang sangat kat papa. Tapi kenapa papa tak sayang mama? Dalam hati papa masih ada perempuan lain, walaupun perempuan tu dah tak ada kat dunia ni. Mama tak layak untuk dicintai ke, sayang? Mama tak layak untuk bahagia ke?

Tapi tak apalah, sayang. Mama takkan menagih kasih dari papa lagi. Cukuplah mama ada Afieq Khalish bin Ashraff Nadim ni dalam hidup mama. Mama sayang anak mama ni," ucap Kirana.

'Afieq Khalish bin Ashraff Nadim.' Sedap nama anak papa. Pandai mama pilihkan nama untuk anak papa ni. Ashraff tersenyum.

Ashraff sedari tadi sebenarnya terdengar luahan hati isterinya. Pedih hatinya, fikirannya buntu. Bagaimana dia hendak menjelaskan perkara sebenar kepada Kirana jika isterinya itu enggan berbicara dengannya.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now