Bab 50

1.4K 42 0
                                    

Ashraff melabuhkan kepalanya di atas riba Kirana. Kirana tergamam melihat tindakan suaminya itu. "Abang, kenapa baring kat riba Kira pulak ni? Bantal abang kat sinilah," tegur Kirana sebelum menunjukkan bantal tidur di sisinya. 

Ashraff menghadap wajah isterinya. "Abang taulah. Abang saja aje nak bermanja dengan isteri abang ni. Tak salah kan?" balas Ashraff. Tangan kirinya sudah melingkari pinggang Kirana.

"Hei, abang ni! Sebelum ni tak bermanja-manja ke? Kenapa malam ni, konon-konon nak bermanja? Nak apa-apalah tu," ujar Kirana sebelum mencubit pipi Ashraff. Suaminya sudah tersengih. Ingat handsome lah tu? Tapi, memang handsome pun, puji Kirana dalam hati.

"Sayang, boleh abang tanya?" tanya Ashraff.

"Tanya apa?"

"Sayang mula jatuh cinta dengan abang lepas kita kahwin ke?" Kirana menelan liur. Kena jujur ke? Mesti dia akan gelakkan aku nanti, bisik hati Kirana.

"Sayang?" panggil Ashraff lembut.

"Sebenarnya, Kira dah mula sukakan abang masa Kira pertama kali mintak kerja sebagai babysitter. Gambar whatsapp abang masa tu, Kira usyar dan Kira terus jatuh suka dengan abang.

Jatuh cinta tu, Kira tak pasti bila. Tapi, yang Kira tahu sebelum kita kahwin lagi Kira dah jatuh cinta dengan abang," balas Kirana dengan pipi yang merona merah, menahan malu. Ashraff tidak membalas sebaliknya dia merenung isterinya tanpa berkelip.

"Kenapa abang, tengok Kira macam tu?" tanya Kirana. Ashraff masih tidak mengeluarkan kata-kata. Kirana mula gelisah. Suaminya tidak sukakah pada pengakuan jujurnya itu?

"Sayang, baring kejap," arah Ashraff sebelum bangun dari ribaan Kirana. Kirana hanya menurut. Dadanya berdebar melihat wajah Ashraff yang serius itu.

Sebaik sahaja Kirana berbaring di atas katil, Ashraff melabuhkan kembali kepalanya di atas dada isterinya. Tergamam Kirana dengan tindakan suaminya itu. Merah mukanya apabila tubuhnya ditindih seperti itu.

"Abang suka dengar degup jantung sayang," ujar Ashraff. Kirana perlahan-lahan mengukir senyuman. Tangan kanannya diangkat sebelum mengusap lembut rambut suaminya.

"Abang ni kan, buat suspense ajelah. Kira ingatkan abang tak suka dengan confession Kira tadi." Kirana menghadiahkan cubitan pada pipi suaminya. Ashraff tergelak kecil.

"Cuak betul muka sayang tadi kan? Sebab tu jantung sayang ni berdegup laju aje ni," komen Ashraff.

"Mestilah. Macam nak tercabut jantung Kira ni tadi. Kira takut kalau abang tak suka dan lepas tu, abang akan tinggalkan Kira," balas Kirana. Ashraff memandang Kirana namun kepalanya masih berada di atas dada isterinya.

"Kenapa fikir macam tu, sayang? Mana ada abang tak suka? Abang cuma speechless sebab masih ada lagi perempuan yang jatuh cinta dengan abang walaupun abang dah tua," ujar Ashraff. Kirana tersenyum sinis.

"Jadi abang mengakulah yang abang dah tua?" usik Kirana.

"Abang aje yang boleh cakap abang ni tua," balas Ashraff.

"Kalau Kira nak cakap jugak?" cabar Kirana sambil menjongket keningnya. Ashraff memandang tepat ke dalam anak mata isterinya itu.

"Abang denda sayang. Abang cium sayang sampai bibir sayang tu bengkak. Kalau sayang berani, sayang buatlah," cabar Ashraff pula. Kirana mencebikkan bibirnya sedikit. Macamlah dia takut setakat kena ugut macam tu.

"Abang, tahun depan abang dah umur 42 tahun kan?" tanya Kirana.

"Kenapa, kalau umur abang 42 tahun?"

"Yelah, kalau kita ada anak nanti, orang akan ingat tu cucu abang pulak," usik Kirana. Ashraff menjegilkan matanya. "Kalau Kira, orang masih percaya yang itu anak Kira," sambung Kirana lagi. Sebelum sempat Kirana menyambung ayatnya, bibirnya menjadi mangsa.

Membulat mata Kirana apabila suaminya mengucup bibirnya. Agak lama juga sehingga Kirana terpaksa menolak sedikit wajah Ashraff. Ashraff hanya tersenyum sinis pada isterinya yang terkebil-kebil itu.

"Abang dah cakap kan tadi. Puas hati abang bila tengok bibir sayang tu dah bengkak," usik Ashraff. Kirana mencebikkan bibirnya. Tidak sangka, Ashraff benar-benar serius dengan ugutannya.

"Sebab tu, abang nak anak cepat-cepat. Biar semua orang ingat itu anak abang, bukannya cucu." Ashraff membuka butang baju pijama Kirana di bahagian atas.

Kirana hanya diam tidak berkutik. Dadanya berdebar hebat seperti ini malam pertama mereka. Ashraff membenamkan wajahnya ke leher Kirana. Dia mengucup leher isterinya.

"Abang sayang Kira tau.." bisik Ashraff lembut di telinganya.

"Kira pun... sayang abang," balas Kirana sebelum memeluk pinggang suaminya, erat

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now