Bab 10

1.5K 49 4
                                    

Kirana melangkah masuk ke dalam bilik Ashraff. Walaupun semasa masih menjadi orang gaji dia pernah masuk ke dalam bilik yang sama, namun perasaannya kali ini lain macam sedikit. Pertama kali berkongsi bilik dengan Ashraff, seram sejuk pula dia rasakan.

Kirana menanggalkan tudung yang dipakai sebelum melepaskan ikatan rambutnya yang panjang separas bahu itu. Seketika kemudian, Ashraff masuk ke dalam bilik mereka. Nampak kusut sahaja wajahnya.

"Abang." Lembut suara Kirana memanggil Ashraff. Ashraff menoleh sebelum terpaku melihat Kirana di hadapan matanya. Cantik! Bisik akalnya. Ashraff segera berdehem, cuba menepis perasaan yang hadir.

"Depan Nad aje, awak panggil saya macam tu." Ringkas tapi cukup menyentap tangkai hati Kirana. Dia mengerutkan dahi, tidak mengerti mengapa suaminya berkata begitu.

"Apa maksud abang? Kira tak faham?" tanya Kirana.

"Saya tak selesa dengan panggilan tu buat masa sekarang. Saya, saya kena berterus-terang dengan awak, Kirana. Saya kahwin dengan awak sebab saya nak beri pengajaran pada Nadine. Saya nak ajar dia untuk redha apa yang berlaku dalam hidup ni.

Dan saya cuma tunaikan apa yang dia hajatkan selama ni. Dia selalu cakap yang saya akan kahwin dengan awak, jadi, saya dah tunaikan hajat dia," ujar Ashraff.

"Jadi ab-encik kahwin dengan saya tanpa ada perasaan pun pada saya?"

"Ya. Saya mintak maaf, Kirana. Saya tahu saya dah gunakan awak untuk kepentingan diri saya sendiri. Tapi awak tak perlu risau pasal nafkah awak. Saya akan tetap jalankan tanggungjawab saya pada awak." Ashraff cuba memujuk.

"Encik yakin ke, Nad boleh terima saya sebagai mama dia?" Tanya Kirana lagi. Dia sedar, tak guna dia mengharap pada hubungan yang tidak pasti. Biarlah dia berkorban perasaan asalkan Nadine terima dia seadanya.

Dia sudah menganggap Nadine dan Haikal seperti anak-anaknya sendiri. "Insya-Allah, saya percaya dengan kasih sayang awak akan buatkan Nad terima awak seadanya. Saya berterima kasih sangat sebab awak sudi curahkan kasih sayang awak pada anak-anak saya," ucap Ashraff, ikhlas.

"Saya ikhlas sayangkan Nad dan Haikal. Saya yang patut berterima kasih kat encik sebab jadikan saya mama kepada mereka." Entah mengapa hati Ashraff bagai tersentap mendengar luahan isterinya. Terasa berdosa sangat.

"Saya nak mintak izin, pinjam toilet boleh?" tanya Kirana.

"Kirana, awak tetap isteri saya walau atas sebab apapun kita kahwin. Apa jugak yang ada dalam rumah ni, awak boleh guna. Tak perlu mintak izin." Ashraff membalas.

"Terima kasih." Kirana segera berlalu sambil cuba menahan hati. Sepatutnya malam pertama bergelar suami isteri, mereka bahagia. Tetapi lain pula dengan hubungan Ashraff dan Kirana.

"Saya tidur kat sofa boleh kan?" Tersentak Ashraff mendengarnya, namun tidak pula dia menghalang. Melihat kebisuan Ashraff, Kirana menoleh untuk berbaring di atas sofa yang terletak tidak jauh dari katil.

Ashraff hanya memerhati. Tak sampai hati pula dia tengok Kirana. Memanglah dia berkahwin dengan Kirana bukan kerana cinta, tetapi dia bukanlah kejam sangat sampai tega membiarkan Kirana tidur di atas sofa tanpa bantal dan selimut.

Ashraff mengambil dua biji bantal dan selimut dari dalam almari sebelum melangkah ke arah Kirana yang sudah terlelap itu. Tidur dah? Aku baru nak bagi bantal kat dia. Ashraff menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Perlahan-lahan dia mengangkat kepala Kirana sebelum meletakkan sebiji bantal di bawahnya, manakala lagi satu diletakkan di sisi Kirana. Selimut dikibar-kibar sebelum diletakkan di atas badan Kirana.

Jujur Ashraff akui, Kirana memang cantik. Tak melampau jika dia katakan Kirana lebih cantik berbanding bekas isterinya. Tetapi Ashraff tetap tekad untuk tidak jatuh cinta pada Kirana.

Kenangan lalu cukup membuatkan dia trauma untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana perempuan.

Dia tetapkan pendirian yang berkahwin dengan Kirana hanya untuk mengajar Nadine supaya lebih redha akan apa yang terjadi. Anak sulungnya itu seakan tidak mahu memahami mengapa dia terpaksa berpisah dengan ibu kandungnya.

Ashraff segera bangun menuju ke arah katil apabila Kirana bergerak sedikit. Dia terus berselubung bawah selimut, tidak mahu Kirana perasan yang dia leka memerhatikan isterinya tadi.

"Eh, encik ke yang letak bantal dan selimut ni tadi?" soal Kirana. Ashraff membuka sedikit selimut yang menyelunginya. Kirana tersenyum dalam hati. Comel pulak dia tengok gelagat suaminya ini.

"Kalau saya tak letak bantal, nanti tengkuk awak tu sakit. Dah tak pasal-pasal terteleng pulak isteri saya ni. Dan bilik ni sejuk, sebab tu saya selimutkan awak. Nanti bangun-bangun dah beku." Selamba sahaja jawapan Ashraff.

"Terima kasih, sebab jaga saya," ucap Kirana sambil mengukir senyuman manis buat suaminya. Ashraff mengangguk. "Tidurlah. Dah lewat." Ashraff segera berbaring membelakangi Kirana. Tanpa dia sedar, Kirana tidak henti-henti merenung belakang tubuhnya.

'Kalau suka dari jauh pun, tak apalah. Kira sayang abang,' bisik hatinya.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now