Bab 2

595 58 1
                                    

Hari aku terpaksa keluar membeli barang dapur seorang diri memandangkan Aurel masih belum sembuh sepenuhnya.

Aku hanya mengenakan blouse crop top berwarna putih dan loose jeans berwarna biru. Rambut pula dibuat messy bun dan dihiasi dengan kaca mata diatas kepala.

Aku berjalan kearah ruangan pasta memandangkan Aurel suruh aku buatkan dia spaghetti carbonara kesukaan dia.

Bahan dimasukkan kedalam troli lalu aku menuju keruangan basah untuk mencari ayam dan bahan mentah yang lain.

Sedang aku asyik memilih ayam, tiba-tiba beg sandangku terasa bergetar. Aku berlari anak kearah singki yang disediakan untuk membasuh tangan.

Usai itu, aku mengeluarkan telefon bimbitku lalu panggilan telefon daripada Aurel diangkat.

Mengambil masa beberapa minit untuk bergaduh mulut dengan Aurel kerana dia meminta aku untuk membeli bahan spaghetti lebih.

Katanya mahu mengajak Ziyad dan beberapa orang kawan Ziyad untuk makan sekali bersama kami. Nampaknya aku akan jadi bibik kejap lagi.

       "Menyusahkan aku betul perempuan ni, suka hati nenek dia aje nak buat jamuan tiba-tiba. Dahlah aku yang kena masak" bebel aku sendiri sambil berjalan menuju semula kearah ruangan pasta.

Seusai membayar di kaunter, aku berjalan kearah kereta mewah aku yang berjenama Porche lalu barangan dimasukkan kedalam bonet kereta.

Aku kemudian masuk kedalam perut kereta dan enjin dihidupkan. Terasa lega apabila angin sejuk menyapa kulitku memandangkan cuaca sekarang ini sangat panas.

Sempat aku menilik wajahku pada cermin. Dah serupa pakai blusher walaupun aku tidak mengenakan apa-apa hiasan hari ini.

Mungkin kerana kulitku yang putih dan cuaca yang panas terik. Memang merah lah jawabnya.

"Beautiful" sempat aku memuji diri sendiri sebelum aku memulakan pemanduanku untuk pulang ke kondo dan menjadi bibik tak bergaji.

Aku menikmati sepanjang pemanduanku dengan lagu yang dinyanyikan oleh Taylor Swift. Ya, aku peminat tegar penyanyi wanita yang sungguh berbakat itu.

Dah gaya orang putus cinta pula apabila aku menyanyi di chorus lagu bertajuk Traitor itu walaupun aku sekali pun tidak pernah bercinta sepanjang aku hidup.

Tidak pernah bercinta ok, bukan tidak pernah jatuh cinta. Yang itu pernah, tapi sekali sahaja. Dan masih.

Aku meletakkan semua barangan yang dibeli keatas meja dibahagian dapur. Bahan untuk memasak spaghetti aku keluarkan daripada plastik.

Mata mengerling Aurel yang baru saja masuk keruangan dapur. Dia sengih tidak bersalah kepadaku.

"Kau potong dulu mushroom tu lepastu basuh. Sosej, bawang putih, isi ayam sekali. Thankyou, second maid" mata dikenyitkan sebelum aku berlalu kebilik tidurku untuk menukar pakaian.

Aurel tidak membantah malah hanya menuruti perintahku. Memang kami berdua sudah mengetahu tugas masing-masing.

Selalunya kami membeli barang dapur berdua. Dia memotong bahan memasak dan aku memasak. Ya, begitulah kehidupan kami.

Hakikatnya Aurel juga mahir memasak sepertiku namun dia mempunyai satu sikap yang tidak dapat dielak. Iaitu malas.

Setelah 10 minit aku mengambil masa didalam bilik tidur, aku akhirnya kembali keruangan dapur.

Queen's Obsession Where stories live. Discover now