Bab 4

536 56 4
                                    

Hari ini tubuhku terasa sungguh letih memandangkan banyak kerja yang perlu diselesaikan. Aku menghela nafas lega kerana sudah dapat ruang untuk berehat.

Aku kini berada disebuah restoran yang agak mewah untuk mengisi perut memandangkan daripada pagi aku belum makan.

Aku hanya berseorang diri kerana Aurel mempunyai temujanji dengan kekasih hatinya, Ziyad. Ya, macam biasalah.

Sambil menunggu makanan yang dipesan tiba, aku membuang pandanganku dengan memandang suasana di restoran itu.

Tiba-tiba mataku terpandang kearah satu meja. Aku mengecilkan mataku untuk melihat tiga orang jejaka segak yang sedang duduk dimeja tidak jauh dariku.

"Aryan, Elvan and.. Alvin?" bisikku sendiri. Mata masih memerhati kearah mereka bertiga.

Tiba-tiba mataku bertembung dengan Aryan. Jelas lelaki itu mengecam keberadaanku. Aku terus mengalihkan bebola mata kearah lain.

Seperti yang ku sangka, Aryan berdiri dari duduknya dan berjalan kearah mejaku. Hanya beberapa saat berlalu, jejaka itu sudah berdiri ditepi mejaku.

"Mampus" bisik aku sendirian. Aryan berdehem sekali sebelum aku dengan terpaksa menoleh kearahnya.

"Seorang je ke Lyv?" soal Aryan ramah. Tidak dinafikan jejaka itu sangat tampan, tapi lebih tampan lagi kawannya.

"Haah" jawab aku sepatah. Senyuman tipis diberikan kepada Aryan.

"Jom join Ar dekat meja sana, ada kosong. Kesian pulak tengok Lyv seorang diri" tutur Aryan lembut. Dia senyum manis sehingga terserlah lesung pipitnya disebelah kanan.

"Err takpalah, Lyv duduk sini je" balasku seraya mata mengerling kearah Alvin dan Elvan yang sedang memerhati kami dari jauh.

Aryan turut memandang kearah yang dipandang olehku. Dia kemudian tergelak kecil.

"Takpa, diorang ok. Jom" ajak Aryan lagi. Aku akhirnya mengalah.

Aku berdiri dari dudukku manakala Aryan sudah berlalu kearah meja itu semula.

Selangkah, dua langkah, tiga langkah. Semakin dekat aku dengan meja itu, semakin kuat rasa debaran didadaku. Ini gila.

Tiba aku dimeja itu, Aryan menarik kerusi yang berada disebelahnya. Aku melabuhkan punggung dikerusi itu.

Kepala masih lagi menunduk kebawah kerana aku sedang duduk berhadapan dengan jejaka yang aku cinta. Alvin Dayren.

"Lyv, kenalkan. Ini Elvan dan itu Alvin. You mesti dah kenal Elvan kan sebab haritu dia ada sekali masa makan dekat rumah you" Aryan mula bersuara memecahkan kesunyian.

Aku memberanikan diri untuk mengangkat kepalaku dan ketika itu juga matanya bertembung dengan anak mata Alvin. Jelas dia memerhatikan aku daripada tadi.

"Err hi Elvan, Alvin" tegurku dengan rasa awkward yang melampau. Nak balik!

"Halo" balas Elvan sepatah bersama suara garaunya. Wajahnya tenang tetapi terselit kedinginan.

Aku senyum kepada Elvan sebelum mataku beralih kearah Alvin. Menunggu balasan teguranku darinya.

"Hm" hanya itu yang keluar daripada mulut Alvin. Itupun dengan intonasi suara yang paling rendah. Ibaratnya bercakap dalam tekak.

Queen's Obsession Where stories live. Discover now