Bab 10

423 65 6
                                    

Setelah berbelas jam berada diawan, pesawat yang dinaiki aku akhirnya mendarat di bumi Itali.

Selesai mengambil luggage, aku berjalan keluar daripada lapangan terbang dan menuju kearah sebuah kereta mewah yang diparkir dikawasan menunggu.

Bibirku tersenyum lebar disaat melihat Daddy yang baru saja keluar daripada kereta mewah tersebut.

Aku berlari masuk kedalam dakapan Daddy. Lama kami berpelukan.

"Mimpi apa ni sampai balik Itali?" soal Daddy pelik. Aku menghuraikan pelukan kami. Mata memandang tepat kedalam anak mata Daddy yang berwarna hijau cerah itu.

       "Saja, rindu kampung halaman" jawabku tidak jujur. Dapat aku rasakan mataku sedang berkaca saat ini.

       "Queen Lyvia Alessa. Daddy kenal anak daddy, Queen tak pandai menipu" ujar Daddy sambil mengusap perlahan pipiku.

"Nothing, daddy. Win cuma penat dengan life Win. Win nakkan ketenangan, that's all" balasku senada. Daddy hanya mengangguk sambil senyum manis kearahku.

"Jom, Queen balik rehat. Lepas hantar Queen daddy nak kena pergi meeting" aku mengangguk sekali sebelum memasukkan luggage kedalam bonet kereta dengan bantuan Daddy.

Tiba di Lanzo's Mansion, aku melangkah masuk sambil mengheret luggage milikku. Daddy pula sudah berlalu keluar semula.

Mataku tertumpu kearah seorang wanita yang berumur lingkungan 40-an. Wanita itu sedang duduk disofa diruang tamu sambil memandang kearahku.

"Perché sei tornato qui? ( Kenapa kau balik sini? )" tegur wanita bernama Julya itu.

Aku mengerling kearahnya sebelum aku melangkah mendekati Julya.

"Questa è la casa di mio padre, la domanda dovrebbe essere rivolta a te ( Ini rumah bapak aku, soalan itu selayaknya dituju pada kau )" balas aku dingin.

Aku sememangnya tidak sebulu dengan wanita bernama Julya itu. Julya merupakan ibu tiriku, dia telah berkahwin dengan Daddy semenjak aku berumur 4 tahun.

Aku sangat bencikan wanita tua itu kerana dia lah ibu kandungku meninggal dunia. Dendam ini akan sentiasa tersemat di hatiku.

"Don't rude, I'm your mother" aku gelak sinis. Ibu kepala hotak kau. Sejak bila aku jadi anak kau.

"Oh really? I'm sorry to hear that shit" balasku seraya melangkah kearah lif.

Sebaik sahaja aku ingin membuka pintu bilikku. Aku disapa oleh seorang pembantu rumah yang sedang menyapu ruangan luar bilikku.

"I'm sorry, Miss Queen. But your room key with Mrs. Julya" aku berdecit geram. Orang tua itu sengaja nak cari pasal dengan aku!

       "Woi! Orang tua tak sedar diri!!" jerit aku kuat. Boleh bergema ruangan itu. Kaki aku melangkah laju menuruni anak tangga.

       "Kau memang tak serik kena selam dengan aku tempoh hari kan?!! Kan?!!!!" suaraku naik dua oktaf. Aku memang tiada kesabaran kalau dengan Julya.

Aku berdiri tegak dihadapan Julya yang hanya menayangkan riak wajah selamba.

       "Where. Is. My. Key" satu persatu aku tekan perkataanku.

       "Huh? Your key? Kenapa tanya mama?" soal Julya yang masih tidak fasih berbahasa Melayu.

       "Tak ada dah setan dekat dalam rumah ni kecuali kau. Bagi kunci bilik aku, aku nak rehat" dingin nadaku bertutur.

Queen's Obsession Where stories live. Discover now