Bab 11

492 64 3
                                    

Aku melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan dengan Jessica dan bertentangan dengan Alvin.

       "Lupa nak kenalkan. Lyv, ni kawan I dari Malaysia, Alvin namanya. Alv, ni Lyvia. Dia orang sini tapi study dekat Malaysia kan Lyv?" Jessica memperkenalkan kami berdua walaupun hakikatnya kami sudah saling kenal.

       "Ouh, I thought your boyfriend" sengaja aku berkata begitu. Ingin menyentapkan Alvin.

       "Hahaha, I? Jadi girlfriend Alv ni? Lambat lagi Lyv. Katanya dah ada buah hati sendiri tapi belum bersedia nak purpose" aku hanya mendiamkan diri mendengar itu. Entah mahu rasa lega atau tidak.

       "Miss Jess, your client just arrived. He wait for you in your office" tiba-tiba ada seorang pekerja Jessica menegurnya.

       "Oh really? Alright, later I go. Korang, I nak pergi jumpa client I, nanti kita berbual lagi ya? Korang kenal-kenal lah dulu. Mana tahu jadi jodoh ke apa" ujar Jessica sebelum dia berlalu pergi.

Aku mengangkat sedikit wajahku untuk memandang Alvin. Ternyata jejaka itu sudah bersedia untuk menyambut pandanganku.

Namun keningnya sedikit terkerut. Dapat aku lihat bebola matanya tertumpu kearah tepi bibirku.

Dengan pantas aku menutupnya dengan menggunakan tangan sebelum aku berdehem perlahan.

       "What's wrong with your lips?" soal Alvin. Nadanya kedengaran risau.

       "Nothing, saya just terjatuh tadi" entah alasan apa yang aku guna pun aku tidak tahu. Main cekau aje apa yang lalu dalam kepala otak.

       "Tak payah nak menipu, Alessa" jantungku seakan berhenti berdegup seketika. Alessa.

"Aku tanya, kenapa dengan bibir kau? Bukan suruh kau mengelamun" teguran Alvin membuatkan aku kembali ke dunia nyata.

"My stepmother slapped me, that's it" jawab aku acuh tak acuh. Mata masih lagi memandang jejaka tampan lagi mempersona dihadapanku itu. Alamak terlebih pulak.

"Why? Kenapa dia tampar kau?" soal Alvin lagi. Aku melepaskan keluhan berat. Perlu ke tanya.

"I'm rude" jawabku ringkas. Malas mahu membuka mulut tentang apa yang terjadi kerana diakhir cerita nanti aku tetap jadi pesalah.

"Jom, ikut aku beli ubat" nada Alvin bertukar dingin. Dia bangun dari duduknya dan menunggu giliranku untuk berdiri.

Aku hanya mengeluh sekali sebelum menuruti ajakan Alvin. Kami berdua berjalan kearah sebuah kereta yang dibawa oleh Alvin.

"Kau drive datang sini?" soal Alvin sebaik sahaja tiba dihadapan kereta mewah itu.

"Ya" jawab aku sepatah. Malas mahu bercakap banyak, nanti makin pedih tepi bibir aku. Kalau bercakap pun bunyinya macam orang cacat.

"Masuk kereta aku, nanti aku hantar kau kesini semula" arah Alvin. Aku mengangguk sekali lalu masukkan diri kedalam kereta berjenama Bmw M8 itu. Entah kepunyaan siapa.

Alvin juga turut memboloskan diri kedalam kereta sebelum dia menghidupkan enjin.

"Lepas beli ubat, aku nak kau luah semua benda pada aku. After luah, then lupakan. Faham?" tutur Alvin sebaik sahaja dia memulakan pemanduannya.

Aku memandang Alvin dengan pandangan pelik. Jejaka itu tidak menoleh kearahku malah hanya menumpukan sepenuhnya perhatian kearah jalan raya.

"Your mouth can lie, but your eyes don't" sambung Alvin lagi.

Queen's Obsession Where stories live. Discover now