Bab 8

455 60 5
                                    

Aku melabuhkan punggungku dihadapan peti ais. Wajahnya sungguh ketat. Mungkin marah kerana aku tidak tepati masa.

Bukannya aku sengaja, tapi traffic jammed tadi semasa aku dalam perjalanan ke kafe ini. Bukan salah aku kan.

       "I've been here for 30 minutes" datar suaranya. Tangannya disilangkan kedada sambil mata merenung tajam kedalam anak mataku.

       "Sorry, saya dah gerak awal tapi jalan jem" ujarku sebelum senyum tipis tanda meminta maaf.

Tetapi senyumanku itu dibalas jelingan tajam daripada Alvin. Auch, sakit.

"Ada apa awak nak jumpa saya? Tak takut girlfriend awak marah ke?" soal aku sambil senyum tipis. Menutup rasa sakit dihati.

Kelihatan kening Alvin terjongket tinggi. Dia berdehem sekali seraya membetulkan kedudukannya.

"Kalau dah tahu aku ada girlfriend, kenapa still post gambar yang ada aku dekat sosial media kau?" datar suara Alvin bertanya.

Dahiku berkerut. Lantas tanganku mengeluarkan telefon bimbit yang berada didalam beg sandang.

Aplikasi Instagram dibuka lalu aku menekan kearah ceritaku di aplikasi itu.

"Damn" bisik aku sendiri apabila melihat sudah ramai yang menekan bentuk hati di cerita itu.

Gambar aku dan Alvin sedang berpandangan antara satu sama lain terpapar didalam skrin telefon.

"Sumpah saya tak post, saya cuma tertekan" ujarku lagi sambil mata ralit membaca mesej daripada pengikutku yang mengatakan pelbagai ulasan tentang gambar itu.

Seusai itu aku terus menekan butang padam. Malangnya cerita itu sudah dilihat oleh ribuan pengikutku.

"That was ridiculous" aku mengeluh perlahan sambil menggelengkan kepala beberapa kali kearah Alvin. Menafikan apa yang dikata oleh jejaka itu.

       "Saya dah delete, sorry kalau sebab saya awak dengan girlfriend awak bergaduh" ujarku serba salah.

Alvin berdecit perlahan sebelum dia berdiri daripada duduknya dan berlalu kearah kaunter. Aku hanya memerhati jejaka tampan itu.

Tidak lama kemudian, Alvin melangkah semula kearah meja bersama segelas air lalu diletakkan dihadapanku.

       "Macam mana awak tahu mocha is my favourite drink?" soal aku kepelikan. Mata memandang kearah air berperisa mocha itu yang kelihatan sungguh menggiurkan.

       "You've got same taste with Erika" mendatar nada Alvin. Aku hanya mengangguk faham walaupun Alvin tidak menjawab soalanku.

Aku menyedut air tersebut untuk melegakan anak tekak. Alvin pula menumpukan perhatiannya kearah telefon bimbitnya.

       "Erk, stress je muka awak. Awak gaduh dengan girlfriend awak ke?" tegurku. Mata Alvin terus memandang kearahku.

       "Tak" jawab Alvin sepatah sebelum matanya kembali tertumpu kearah skrin telefonnya. Bosanlah lepak dengan peti ais.

       "Alv, saya ada nak cakap sesuatu. I know this is nonsense but I have to" ujarku memulakan perbualan setelah 5 minit mendiamkan diri.

Alvin menjongketkan keningnya sebelum telefon diletakkan keatas meja. Kini perhatiannya tertumpu penuh kearahku.

       "What if I say that I was into to you since our first meet?" soalku berani.

Queen's Obsession Where stories live. Discover now