BAB 7

338 24 0
                                    

AISYAH baru selesai masak nasi lemak. Beria pagi tadi sebelum subuh dia mengejutkan Nakhaie agar menebas sehelai dua daun pisang untuk dijadikan alas pada pinggan, kemudian akan diletakkan nasi lemak di atasnya. Barulah semerbak haruman nasi lemak daun pisang.

"Malaslah," keluh Nakhaie. Rambut yang serabai baru bangun tidur itu buat Nakhaie nampak comel. Macam budak-budak. Tapi memang Nakhaie budak lagi pun. Baru 18 tahun!

"Tolong la. Please..." Aisyah buat muka comel. Tangan naik ke dagu dengan bibir tercebik agar nampak kesian. Malah mata dikelip-kelipkan menambah kesan comel.

Nakhaie yang melihat muka si kekasih hati mula rasa nak cair. Belum masuk subuh lagi Aisyah dah buat muka comel. Mahu semangat dia solat subuh kejap lagi. Sujud syukur sebab Aisyah bermanja dengannya.

Lambat-lambat Nakhaie selak selimut lalu turun dari katil. Sempat lagi mata dia jeling jam pada dinding. Baru lima pagi kut!

"Ambil yang elok-elok, ya sayangku." Sempat lagi Aisyah berpesan sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

Terdengar aje sebutan sayangku keluar dari mulut Aisyah, Nakhaie tersenyum lebar di atas katil itu.

"Dengar tak?" Sergah Aisyah lagi bila dia berpaling dan melihat Nakhaie masih berada di atas katil siap pakej senyuman miang. Adalah tu yang lelaki itu fikirkan.

Nakhaie mengangguk dalam senyuman. Pantas tubuhnya mara ke arah Aisyah yang statik di hadapan pintu bilik.

"Dengar, sayangku. Ambil yang elok-elok, kan?" Nakhaie berdiri di sebelah Aisyah. Pucuk hidung wanita itu dicuit geram sebelum beredar ke belakang rumah.

Aisyah tersenyum teringatkan kisah pagi tadi. Macam-macam hal gara-gara nakkan pelapik nasi lemak ini. Harap-harap sedaplah masakan dia dan kena dengan selera Nakhaie.

Selepas itu Aisyah membancuh pula seteko kopi susu. Minuman kegemaran Nakhaie. Seteko tu sekejap aje lelaki itu boleh habiskan. Sampai minta Aisyah buat lagi, memang ketagih kafein gamaknya.

Puas Aisyah marah baru Nakhaie akur. Bahaya la minum kafein banyak-banyak. Dah la manis dek susu pekat. Karang muda-muda lagi Nakhaie kena kencing manis!

Dulang air diletakkan di atas meja lalu Aisyah segera melangkah ke arah pintu dapur yang terbuka luas. Ingin memanggil Nek Norma yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

"Nek!"

"Ya! Ya!" Sahut Nek Norma yang terbongkok-bongkok mencabut rumput di sekeliling pasu bunganya.

"Sarapan, nek!"

"Kejut Nakhaie dulu." Arah Nek Norma tanpa memandang Aisyah yang berdiri tidak jauh dari situ.

Bergegas wanita muda itu bergerak untuk mengejutkan si lelaki yang masih terbongkang tidur pada jam lapan pagi itu.

Elok sahaja Aisyah menguak daun pintu kayu itu jelas terpampang di hadapan mata, Nakhaie berselimut dari hujung kaki sampai ke kepala. Tergeleng kepala Aisyah dibuatnya. Selimut yang menutupi kepala lelaki itu diselak.

"Abang."

"Hurm." Nakhaie terpisat-pisat bangun. Tersedar saat terasa sentuhan lembut pada bahunya yang terdedah tidak berbaju.

"Bangun sarapan. Kata ada hal tengah hari ni nak jumpa Faizal lepas balik kebun. Jadi ke tak?"

Bilik yang berkuap panas itu segera dibuka tingkapnya. Langsir diikat agar cahaya matahari terus masuk ke dalam bilik tidur itu. Rumah kampung, jadi keadaan rumah itu sedikit berbahang walaupun masih pagi. Boleh pula Nakhaie tidur siap berselubung macam tu.

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now