BAB 17

555 36 13
                                    

SUASANA di meja makan itu suram. Tan Sri Nazmi tenggelam dalam fikiran sendiri. Puan Sri Ruby pula menguis isi pinggan. Dia juga tak lalu untuk menelan makanan memikirkan masalah Intan. Makin hari perut anaknya semakin jelas kelihatan.

Jatuhlah air muka dia dan Nazmi nanti kalau rakan-rakan perniagaan mereka tahu tentang perkara ini. Nak tak nak dia perlu segera bertindak untuk menutup aib yang Adam dah buat pada Intan.

Mengingatkan hal itu, terkepal tangan Ruby yang memegang sudu. Ting! Berdenting kuat bunyi sudu berlaga dengan pinggan bila dihempas kasar olehnya sehingga suaminya yang mengelamun tersentak.

Lelaki itu menoleh memandang ke arah dia dengan riak tanda tanya.

"Apa masalah you?"

Berdecit wanita separuh baya itu.

"Takkan you nak biarkan saja Adam buat sesuka hati pada kita? You papa dia. you lagi berkuasa! Anak you dah rosakkan Intan! Takkan tak ada apa-apa tindakan dari you? Sibuk termenung fikirkan bekas bini you yang dah mati tu ke?" Sergah Ruby penuh geram.

"You jangan nak kaitkan Noreen boleh tak? Dia dah tak ada, Ruby! For once! Boleh tak you biarkan Noreen tenang dekat sana setelah apa yang kita buat pada dia dulu?" Melengking suara Tan Sri Nazmi. Riak wajahnya merah menahan marah sekaligus rasa bersalah.

"Kenapa? You dah menyesal la ni?" Ruby bertanya sinis.

Sejak Nazmi tahu Noreen dah mati, lelaki itu berubah drastis. Termenung memanjang macam dia tunggul saja di sebelah. Nak bermesra pun terbantut bila Nazmi tayang riak sendu begitu.

Benci betul dia tengok!

Atau Nazmi sebenarnya masih cintakan Noreen? Yelah, dulu pun dia yang mulakan langkah menggoda suami bosnya itu. Setiap kali dia menemani Noreen bekerja, dia selalu dengar cerita tentang suami Noreen dan anak-anak.

Dia cemburu. Bagaimana hidup Noreen terlihat sempurna dengan suami yang penyayang, kaya dan sangat mencintai wanita itu. Sedangkan dia? Suaminya kaki pukul. Penghisap dadah dan langsung tak peduli tentang dia dan Intan.

Setelah suaminya mati akibat pengambilan dadah berlebihan, terus dia menggunakan cerita-cerita sedih hidupnya itu untuk meraih simpati Nazmi.

Dia tak sangka, setahun kemudian Nazmi jatuh juga ke tangan dia.

Noreen dibuang begitu sahaja. Dia bahagia hidup dengan Nazmi walaupun dia geram perlu menjaga Adam yang tak mahu mengikut Noreen.

Satu kerja pula dia perlu jadi ibu penyayang pada Adam. Mujur dulu Adam tak banyak songeh. Apatah lagi ada Intan yang menemani Adam. Jadi dia rasa tenang saja menjalani kehidupan sebagai isteri Nazmi.

Tapi tak sangka...

Adam rupanya gunting dalam lipatan! Senyap-senyap menusuk dia dan Intan! Padahal anaknya itu sangat mencintai Adam. Tak guna!

"I menyesal."

"Nazmi!" Seiring dengan itu bunyi seretan kerusi kedengaran nyaring. Ruby dah berdiri tegak dengan riak wajah bengis penuh kemarahan.

"You!"

"Ruby... please stop! I dah tak nak hancurkan lagi dengan apa yang kita ada sekarang. I menyesal buat dia begitu, ini semua kifarah kita! Kita kejam dengan dia selama ni." Pujuk Tan Sri Nazmi lembut. Ruby kena beri dia masa untuk menyesali semua ini.

Dia tak boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi sedangkan Noreen sampai mengambil nyawa sendiri dek perbuatan kejam dia dan Ruby.

"Kita? You yang kejam nak salahkan I pula? You yang curang!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ADAM NAKHAIEWhere stories live. Discover now