BAB 11 : AWAL DUA MINGGU

4K 45 1
                                    



"Hah?" terkejut dan tersentak aku mendengar kata-kata Cikgu Sham. Berkecamuk perasaanku pada ketika itu. Aku memandang Cikgu Sham, memandang suamiku.


"Memang la bang, sebelum tu ada la, tapi lama dah kot" pantas suamiku menyokong apa yang diperkatakan oleh Cikgu Sham.


"Hahaha.....tu la nasib lelaki, baru hang tau, kena 'puasa' lama....hahahahaha" Cikgu mengiyakan. Aku turut ketawa, namun hambar, aku terasa ada sesuatu yang mereka rahsiakan.


Naluri wanitaku kuat memberitahu akalku yang suamiku dan Cikgu Sham ada rahsia tersembunyi di luar pengetahuanku. Aku tahu yang aku kini sedang berpantang, dan ibuku meminta aku pantang 100 hari bagi menguatkan kembali tubuh badanku. Kata ibuku, kelahiran anak sulung memang dinantikan dan itu adalah pengalaman pertama tubuh, urat saraf dan seluruh anggota badan kita berkerja dalam memastikan bayi itu selamat dan sihat lahir ke dunia. Maka sebab itulah kena berpantang agak lama, bukan hanya sekadar yang diperlukan sahaja.


Kini, lebih dua bulan telah berlalu, aku semakin kuat, aku dah boleh melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa. Anakku juga berada dalam keadaan sihat. Kalau ikut sains, lagi 10 hari aku telah boleh melakukan hubungan intim bersama suamiku, namun pesanan orang tua akan aku ikuti. Suamiku perlu "berpuasa" sehingga 100 hari, sebelum aku benarkan dia melakukan hubungan seks dengan aku. Aku juga perlu mengawal nafsuku agar berjaya melepasi had yang ditetapkan agar tubuhku kembali seperti dahulu, kesihatanku juga kembali pulih seperti biasa luar dan dalam. Aku melakukan segala pantang larang yang mampu aku buat bagi menjaga tubuh. Aku ingin langsing seperti sebelumnya, dan aku juga inginkan alat kelaminku mengecut dan ketat seperti sebelum beranak. Bagiku, itu adalah perlu bagi penjagaan diri seseorang wanita, bagi mengikat kasih suami.


Namun, kata-kata yang terpacul dari mulut Cikgu Sham membuatkan aku berfikir, dan merenung jauh. Adakah benar seperti yang aku jangka. Aku tahu, isteri Cikgu Sham memang digilai oleh suamiku, dan disebabkan itulah kami berempat melakukan aktiviti swing dengan penuh kerelaan dan menjadi suatu kemestian setiap kali isterinya pulang. Semasa aku baru melahirkan anak, isterinya pulang dan menziarahiku. Kebimbanganku muncul apabila kata-kata Cikgu Sham tempoh hari. Adakah dalam waktu itu, suamiku ada bersama dengan isteri Cikgu Sham, dan sekiranya ya, bilakah masa mereka bersama. Rungsing aku memikirkan hal ini, kerana naluriku kuat mengatakan yang suamiku telahpun bersama dengan Kak Nor. Sekiranta aku bertanyakan hal ini terus pada suamiku, aku pasti dia akan menafikan sekerasnya, dan mungkin kami akan bertengkar. Dalam keadaan aku yang masih lagi dalam tempoh berpantang, aku harus menjaga emosiku agar tidak terganggu, kelak akan menjadikan aku meroyan kata orang-orang tua. Aku harus rasional, aku tidak mahu perkara tidak baik berlaku antara kami. Kini, anak menjadi keutamaanku.


"Lewat balik bang" tegurku sewaktu suamiku tiba di rumah


"Lepak dengan Abang Sham tadi" balas suamiku pendek.


"Abang nak makan?" tanyaku. "Ikah nak panaskan lauk"


"Nak, tapi takpe, abang buat, Ikah jangan bergerak sangat, abang nak semayang dulu"


Aku akui yang suamiku banyak membantu meringankan bebanku dalam kerja-kerja rumah. Memang dia sama-sama jaga aku dalam berpantang ini. Semua benda dia nak buat sendiri. Dia hanya nak aku rehat dan jaga anak kami. Aku sayangkan suamiku, memang dia seorang suami yang baik. Aku bertuah mempersuamikan dia.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now