BAB 33 : LOJING

4.2K 74 3
                                    


"Ermm.....Nurul" aku ditegur seeorang membuatkan aku menoleh, kelihatan raut wajah yang pernah aku kenal sedang memandangku dengan wajah yang ceria


"Eh, Abang Sham" sahutku dengan mata yang bulat. "Errr....Cikgu Sham..." sambungku lagi sambil memerhati kanan dan kiri. "Mujur takde orang dengar...hehe.."


"Tu la, jangan panggil abang, naya nanti" jawabnya duduk di hadapanku. "Nurul sekarang kat sekolah mana, dapat kat mana? Lepas pindah dari sekolah abang, senyap terus " soalnya bertalu penuh semangat dengan pertemuan semula dengan aku yang pernah menumpang di rumahnya suatu ketika dahulu ketika aku ditempatkan di sekolahnya.


Tak sangka aku bertemu semula dengannya, lelaki yang mengajarku erti seks, yang membuatkan terawangan-awangan ketika bersamanya, dalam keadaan aku yang masih dara, dia tidak mengambil kesempatan. Dia menghormatiku, menghormati kehendakku. Sepanjang aku menumpang di rumahnya ketika penempatan pertamaku, tubuhku dan tubuhnya sering bersatu mengecapi nikmat hubungan badan tanpa seks. Perhubungan kami tidak dihidu oleh isterinya, juga rakan sekolahku pun tidak tahu yang aku menumpang di rumahnya. Namun, setelah aku berjaya pindah, aku lost contact, silapku juga kerana bertukar nombor telefon, dengan telefon pun aku tukar, habis semua contact terputus.


Dunia ini tak besar, aku bertemu semula dengannya hari ini. Penampilannya tetap sama, tutur katanya tetap sama, senyumannya juga sama, membuatkan aku terkenang saat kami mesra bersama suatu ketika dahulu. Kami berbual kosong, bertanya khabar sementara menunggu mesyuarat bermula. Aku juga memberitahunya yang aku telahpun berkahwin, mempunyai sorang anak kecil yang kutinggalkan dengan keluarga mentuaku buat sementara waktu sepanjang aku menghadiri mesyuarat ini. Aku juga tahu yang Kak Nor bekerja di luar negara.


"Apa kata macam ni, Nurul lojing kat rumah abang" Abang Sham memberikan cadangan. "Tak sampai 10km pun dari rumah ke sini"


"Eh, takpe la bang, segan la saya"


"Nak segan apanya, bukan Nurul tak pernah stay dengan abang kat umah tu"


"Memang la, tapi segan la bang"


"Nurul fikir dulu ya, kalau sudi, Nurul tahu kat mana rumah abang"


"OK bang, Nurul ingat lagi jalan ke rumah abang"


Pelawaannya aku hargai, namun aku dah berjanji dengan suamiku nak cari hotel murah-murah area sini untuk tinggal semalam dua malam. Ini disebabkan pihak penganjur tidak menyediakan tempat penginapan untuk semua peserta, namun boleh dibuat tuntutan sekiranya bermalam di hotel atau pun lojing dengan syarat tidak melebihi RM120 satu malam. Selepas habis mesyuarat petang itu, aku merayau-rayau mencari hotel dalam lingkungan 10-20KM dari tempat mesyuarat. Memang aku temui beberapa hotel bajet, namun keadaannya agak menakutkan, maka aku batalkan hasrat. Aku ke hotel yang agak baik, tetapi harganya melepasi tuntutuan yang boleh dituntut, mahal dan aku pun tidak mempunyai wang yang mencukupi dengan keadaan akhir bulan dan perbelanjaan telahku serahkan pada mentuaku sedikit bagi menampung keperluan anakku yang dijaganya.


Hari makin menjelang senja, sehingga kini aku masih belum dapat tempat tinggal. Aku pula keseorangan, walaupun masa mesyuarat tadi ada rakan yang offer untuk aku stay bersamanya, di rumahnya. Aku menolak dengan berhemah. Aku tidak mahu susahkan sesiapa. Apabila berlaku situasi begini, hari makin menjengah senja, lembayung jingga mula menyelubungi ufuk barat dan aku masih merayau-rayau dengan kereta melihat kiri kanan mencari-cari yang mana aku rasa tidak berkesudahan. Aku memusingkan stereng kereta menuju ke destinasi yang telah lama aku tidak singgah.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now