BAB 12 : TERUS ATAU STOP

3.3K 44 0
                                    



Sesampai sahaja di rumah, aku susukan Husna dan letakkan dia dalam babycourt, aku biarkan dia sendirian sementara aku mandi, aku perlu segarkan diri setelah berhempas pulas bertarung dengan Abang Sham tadi. Aku biarkan pintu bilik air terbuka agar mudah aku melihat Husna. Terasa sengal tubuhku diulit sebentar tadi. Aku biarkan air shower mencurah lama sambil aku mengenang kembali detik indah bersamanya tadi. Tidak sangka aku akan bersetubuh dengannya. Aku senyum.


Tubuhku kini agak berisi dan perutku juga agak buncit kesan kelahiran anakku. Aku rindukan bentuk tubuhku sebelum ini, dan aku akan berusaha untuk dapatkannya kembali. Sepanjang aku bersama Abang Sham, sedikit pun dia tidak menyentuh berbicara tentang tubuhku. Dia melayaniku seperti yang pernah aku rasai sebelum mengandung. Tidak seperti suamiku, yang suka perli akan bentuk tubuhku yang berisi ini. Dia takkan tak faham yang perempuan apabila selepas bersalin, memang berubah bentuk fizikalnya. Kadang-kadang aku geram jugak dengan usikan dan perliannya, dia tak sedar yang dia jugak berubah, makin boroi aku lihat. Aku terus membersihkan tubuhku, menyabun dan menyegarkan dengan air mandian. Aku basahkan seluruh tubuhku dengan niat mandi wajib agar kembali segar kerana suamiku pasti akan tiba bila-bila masa sahaja lagi. Sebelum itu, aku sempat telefon minta suamiku belikan lauk untuk makan tengah hari kerana aku tak larat nak masak.


"Ikah, Kak Sal OK ke, boleh ke dia ngasuh Husna?" soal suamiku ketika kami makan bersama


"A'aa, Alhamdulillah, dia terima" jawabku sambil menyuapkan nasi ke mulut.


"Lega rasanya, selesai satu perkara" sambung suamiku. "Tadi dengan Abang Sham, Ikah ada wat apa-apa tak?" soalya lagi dengan nada sinis. Aku kaget dan tersentak lalu memandang wajahnya.


"Apa-apa, apanya bang?" tanyaku jegil


"Ye la, takkan dia tak buat apa-apa kat Ikah?"


"Ish abang ni, dia hantar Ikah balik je, pastu Ikah lepak minum dengan dia masa on the way tu" jawabku. Aku rasa gusar pulak bila suamiku bertanya seperti itu, adakah dia syak atau tahu yang aku telah bersetubuh dengan rakannya itu.


"Jangan la marah, abang tanya je"


"Tak la marah, kan kita dah janji nak stop" sengaja aku mengingatkan kembali janji kami semasa aku disahkan mengandung dahulu.


"Ye, abang tahu, cuma risau je bila Ikah dengan dia berdua tadi, kut-kut la dia goda Ikah....heheee" sindir suamiku.


"Memandai je abang ni, Ikah dalam pantang lagi la bang, lagi pun janji tetap janji"


"Ye la sayang oi" juih suamiku.


"Abang nak ke Ikah jadi macam dulu, buat dengan dia?" tergamam dia mendengar soalan aku itu. Terhenti dia makan sambil memandangku.


"Errmm....."


"Haaaa, tau pun terdiam...hehehee..." sindirku pula. "Tu la cakap tak fikir perasaan orang"

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Onde histórias criam vida. Descubra agora