BAB 32 : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

5.1K 84 3
                                    



Kejadian tempoh hari telah membuatkan aku menyampah pada Cikgu Nabila. Aku tak tau apa yang dia ceritakan pada suaminya, dan aku tak tau bagaimana penerimaan suaminya, dan aku tidak tahu adakah Cikgu Nabila benar atau salah. Namun, apa yang berlaku telahpun berlaku, semuanya kerana dia. Aku menerima tempias, aku malu, aku rasa nak marah, dan Cikgu Nabila pula mendiamkan diri selepas peristiwa itu. Dia tidak mengambil insiatif untuk call atau message aku mencerahkan keadaan, sebaliknya makin keruh dibuatnya.


Setelah Cikgu Nabila dan suaminya balik hari tu, Pengetua meminta aku bertenang, sebab dia tahu aku memang nak marah. Beliau meminta aku tidak memanjang perkara itu, kerana aku ada terdetik nak buat laporan polis. Aku akur apabila memikirkan kesan jangka panjang, apa yang penting warga sekolah sedia maklum apa yang terjadi, mereka tidak akan memandang serong padaku. Pada pandangan rakan sejawat, aku adalah seorang yang baik, jujur dan suami yang setia. Sikapku yang peramah dan suka membantu sesiapa sahaja menambahkan keyakinan mereka padaku yang aku tidak seperti yang dituduh oleh suami Cikgu Nabila. Kalaulah mereka tahu dark side aku, pasti lain jadinya.


Dua hari selepas itu Cikgu Nabila tidak hadir ke sekolah, aku pasti dia berkrisis dengan suaminya, pasti dia sedang berusaha menjernihkan keadaan. Biarlah, aku malas nak ambil tahu, bagiku, krisis itu timbul disebabkan dia juga, pasti ada perkara yang dia beritahu suaminya yang membuatkan suaminya menuduhnya sebegitu, dan aku yakin pasti dia ada memetik namaku, kalau tak, takkan la aku diserang. Sepanjang dua hari tu, jenuh aku menjawab soalan-soalan dari rakan sejawat yang ingin tahu apa yang terjadi, ada yang aku layan, ada yang aku malas nak jawab. Memang menjadi lumrah manusia yang suka jaga tepi kain orang, semua yang berlaku ingin diketahuinya, lepas tu membawang sana sini, tokok tambah, hingga cerita sebenar pun hilang begitu sahaja.


"Tu la hang, yang pi kacau Bella tu pasai apa, dia tu kan jenih lagu tu, suka dok sorang-sorang, tak bercampoq dengan orang" sindir Kak Yati


"Takkan saya nak biaq dia sorang kat tepi jalan tu?"


"Kalau akak, akak tunggu, teman je sampai orang lain ambik dia"


"Saya cadang macam tu la jugak, tapi dia kata dia call merata, takdak sapa jawab, tu yang saya offer hantaq dia tu. Last-last jadi lagu ni" rungutku


"Naya kat hang"


"Apa nak buat kak, niat kita elok, tapi orang pikiaq lagu lain"


"Takpa Sham, orang percaya kat hang"


Mujur rakan sejawatku percaya akanku, bagus juga kalau kita rajin bergaul dengan orang, menunjukkan sikap yang baik, repo yang baik, nescaya kita akan diback-up. Sedang aku memikirkan akan perkara itu, aku dikejutkan dengan suatu arahan yang meminta aku menghadiri mesyuarat yang akan diadakan pada hari esok nanti, kulihat surat itu dan aku menarik nafas lega kerana mesyuarat itu diadakan di daerah yang sama dengan kediamanku, maka tidak perlu aku menguruskan lojing atau hotel untuk bermalam kerana ia mengambil masa tiga hari dua malam. Mesyuarat itu berkenaan dengan data verifikasi dan infrastrukur, dan diadakan di sekolah yang berada lebih kurang 10km dari rumahku. Kulihat surat itu dan kudapati guru-guru yang hadir adalah dari seluruh negeri, dan mereka boleh claim lojing atau hotel kerana penginapan tidak disediakan.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now