BAB 37 : POLIS

4.2K 93 7
                                    



Ahad itu, baru aku nampak kelibat Cikgu Sham. Aku mesti jumpa dia, aku ingin minta maaf dengan apa yang telah berlaku. Aku tak mau kami bermasam muka, kami kerja satu sekolah, tak molek rasanya tak bertegur sapa. Biarlah aku yang memulakan dulu, aku tahu dia marah dan geram dengan apa yang suami aku lakukan pada dia. Setelah berbincang dengan Cikgu Siti, dia pun menasihati aku supaya beralah dan minta maaf. Cikgu Siti berjaya yakinkan aku yang Cikgu Sham bukan jenis yang marah lama-lama.


"Biasalah, lelaki panas hati tak lama, ego pun sama, kita kena beralah sebab dah memang salah kita" katanya pagi itu selepas perhimpunan.


"Ye la Tie, nanti aku pi jumpa dia" balasku


"Jangan risau, dia OK punya" Cikgu Siti meyakinkan aku lagi.


Aku yakin, sebab sepanjang aku di sekolah ini, memang ramai akui yang Cikgu Sham seorang yang periang, dia kalau boleh nak buat baik dengan semua orang. Semasa dia mengendalikan Annual Dinner, semua orang suka dia. Tambah-tambah Cikgu Suriani yang asyik puji je. Begitu juga Cikgu Faizal, Kak Nab, Kak Yati, semuanya menyatakan perkara yang sama. Teringat aku masa Annual Dinner tahun lepas, ramai yang dijadikan bahan olehnya semasa dia mengacarakan majlis. Aku pun turut terkena dek celotehnya itu. Kami seronok malam itu, terhibur dan makanan pun sedap. Tahun ini, Cikgu Sham tidak lagi menjadi Pengerusi, harap-harap Cikgu Faizal boleh meneruskan legasinya itu.


Selepas habis waktu pertama aku pagi itu, aku begerak ke Makmal Komputer, aku harap dia ada dalam makmal, aku ingin clarify kan perkara ini dan minta maaf daripadanya. Sewaktu melewati blok makmal Sains, aku berselisih dengan Cikgu Siti yang aku rasa dia dari arah makmal computer.


" Tie..." aku menyapa. "Cikgu Sham ada di makmal tak?"


"Tak tau la Bella, aku dari makmal Fizik" jawabnya.


"Ooo...cadang nak pi jumpa dia ni"


"Try la, rasanya dia ada, sebab tak nampak dia kat kantin"


"OK ..OK....aku try" kataku meninggalkan Cikgu Siti yang turut sama melangkah menuju ke arah bertentangan


Setibanya di makmal, aku menarik pintu, aku jenguk, kelihatan makmal kosong. Aku letakkan kasut di rak, lalu menuju ke biliknya. Kedengaran lagu Semangat Perjuangan Harmoni, nyanyian XPDC memenuhi suasana makmal yang dipasang tidak terlalu kuat. Aku jenguk, kelihatan Cikgu Sham sedang terbongkok-bongkok membetulkan PC. Selain mengajar, dia juga melakukan penyenggaraan kecil-kecilkan peralatan di makmalnya ini.


"Assalamualaikum Cikgu Sham..." aku menyapanya di muka pintu.


"Err...Waalaikumussalam" jawabnya menoleh ke arah aku yang senyum. "Ooo...Bella, masuk la" pelawa Cikgu Sham terus menghentikan kerja-kerjanya. Aku melangkah masuk lalu duduk di kerusi yang berhadapan mejanya. Cikgu Sham turut duduk.


"Sihat ke?" tanya Cikgu Sham, sebelum sempat aku membuka mulut.


"Alhamdulillah, sihat"


"Dah makan??" aku angguk mengatakan dah semasa di rumah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now