BAB 30 : MENGAMUK

2.9K 57 1
                                    



Pagi Ahad itu aku dikejut dengan suasana riuh di pejabat ketika aku hendak key in kehadiran, kedengaran suara seorang lelaki yang menjerit memaki hamun sambil membentak.


"Mana cikgu yang gatal kacau bini orang tu, hah!!!" jeritnya


Kedengaran juga suara Pengetua yang cuba mententeramkan lelaki itu, dan juga Penolong Kanan Pentadbiran. Kulihat cikgu-cikgu yang keluar dari pejabat berjalan agak pantas, mungkin enggan terlibat dalam konflik itu. Aku melangkah kaki masuk, dan....


"Haaa, dia dia!!" jerkahnya sambil meluru ke arah ku, lalu dia mencengkap bajuku, dengan satu tangan lagi nak menghayunkan penumpuk. Aku segera menempis, lalu berundur beberapa tapak ke belakang dalam kedudukan yang bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kelihatan Cikgu Nabila memegang lengan lelaki itu dan menarik ke belakang. Pengetua dan Penolong Kanan juga menahan lelaki itu dari terus mara. Aku dah menggenggam penumbuk sekiranya dia ingin meneruskan niatnya itu.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Sudah la bang!!" jerit Cikgu Nabila menahan lelaki itu, dan aku dapat agak yang lelaki itu adalah suaminya. "Sudah!!!, malu Bella camni" katanya lagi


"Oooo, kau tau malu pulak, masa berdua dengan bangsat ni kau tak ingat malu" jerkah suami Cikgu Nabila ke muka isterinya itu.


"Kan Bella dah cakap, kenapa abang tak paham jugak!" sambung Cikgu Nabila


"Encik, jangan buat yang bukan-bukan kat sini" kata Pengetua. "Saya dah cakap tadi, kawal emosi Encik, jangan sampai saya telefon Polis, benda boleh bincang"


"Saya faham cikgu, tapi saya hangat hati dengan bangsat ni" katanya menuding ke arah muka ku


"Encik, apa yang tak puas hatinya?" jawabku perlahan. Aku masih mengawal emosi dan amarahku. Aku mesti bersikap professional


"Kau tanya aku?" tudingnya lagi. "Apa kau dah buat dengan bini aku hah?!!" lantang dia bertanya sambil menjegil mata.


"Buat apa nya? Saya tak paham. Cikgu Nabila, cuba bagitau apa hal nya ni" soalku pada Cikgu Nabila


"Macam ni...."


"Hah Sudah!! Aku tak mau dengar" sampuk suaminya

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now