BAB 23 : DEMI SUATU KEPUASAN

4.2K 50 0
                                    



Aku tiba di sekolah agak awal setelah aku hantar Adam ke rumah Puan Rosnah, suaminya ada bersama, mungkin bersiap untuk keluar berkerja. Setelah bertegur sapa lebih kurang, aku terus ke sekolah, dan menuju ke Bilik Guru. Aku letakkan sekeping DVD atas meja Cikgu Siti. Dalam DVD itu adalalah folder-folder dari pendrive nya yang aku copy ketika kami sama-sama di makmal, dia inginkan beberapa movie dariku. Memandangkan pendrivenya dah penuh, maka aku menawarkan untuk menyimpan salinan kandungan pendrivenya itu agar dapat dimasukkan movie yang dikehendaki.


Pagi ini aku ada kelas di makmal, aku mengajar seperti biasa hingga habis waktu. Jam 8.30 kelas pun berakhir, dan aku ingin ke kantin bagi mengalas perut. Sebelum keluar tadi, aku dah jamah biskut sekeping dan air milo, sebab sekiranya aku ada kelas di awal pagi, aku mesti kena makan dulu, kalau tak nanti perut aku masuk angin. Sewaktu menarik daun pintu untuk keluar, terperanjat aku melihat Cikgu Siti yang turut sama ingin menolak daun pintu itu. Dia pun sedikit terperanjat.


"Eh, Cikgu Siti" kataku."Nasib baik tak terjatuh" kataku lagi melihat tubuhnya agak tak seimbang ketika aku menarik daun pintu itu tadi


"Tu la, kalau tak, tersembam saya" jawabnya."Nak ke mana ni?"


"Nak pi kantin, lapaq" jawabku ringkas


"Oo, cikgu ke yang bagi DVD ni kat saya?" tanyanya memegang DVD yang aku letakkan atas mejanya pagi tadi


"A'aa, dalam tu ada bahan yang ada dalam pendrive Cikgu Siti semalam" balasku


"Patut la, terkejut saya tengok ada DVD, saya bukak tengok-tengok memang bahan-bahan saya dalam tu" jawabnya. "Err, cikgu nak keluar sekarang ke?"


"Kenapa Cikgu Siti?"


"Nak movie lagi....heheee" jawabnya


"Boleh je, masuk la"pelawaku, lalu aku menuju ke bilikku, Cikgu Siti mengekori dari belakang. "Cikgu nak movie apa?" tanyaku membuka laptop. "Ada bawak pendrive?"


"Ada, ni haa" dia menghulurkan padaku. Aku cucuk pada laptop, dan ternyata empty.


"Haa, macam ni la, bagi pendrive kosong, baru boleh masuk movie banyak"


"Hehee.." sengihnya. "Hari tu tak dan nak transfer sebab tak tau"


"Hehee, no problem Cikgu Siti" kataku. "Nak movie apa hari ni?"


"Tapi sebelum tu, saya nak tanya, errr..... cikgu ada bukak ke folder dalam tu" tanyanya putus-putus.


"Folder mana?" tanyaku sengaja menduga


"Yang dalam pendrive saya tu"


"Errrmmm......" aku kelu. Nak menipu atau tidak.


RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now