Chapter 4

16 5 7
                                    

"Adik! Bukalah pintu ni. Sampai bila kau nak terperap dalam bilik tu, adik!" Teriak Aiman Fahmi di depan pintu bilik adik kembarnya. Dari semalam dia lihat Ainul terperap dalam biliknya. Entahlah apa yang telah berlaku semasa dia keluar ke pekan semalam. Balik rumah saja terus begitu keadaannya. Aiman menggaru kepala yang tidak gatal.

"Adik, keluarlah. Abang belanja kau pergi..." belum sempat hendak menghabiskan ayatnya, terdengar bunyi balingan tepat di belakang pintu.

"Pergilah! Tinggalkan aku sendiri! Pergi!"

Terkejut Aiman mendengar suara jeritan Ainul dari dalam bilik. Tangannya ingin saja memulas tombol pintu untuk membukanya. Namun niatnya terhenti ketika mendengar suara Ainul lagi.

"Aku tak nak jumpa sesiapa termasuk kau! Pergi!"

Aiman menghela nafas kesal. Entah apalah yang telah terjadi kepada adik kembar kesayangannya ini. Ingin dia berjalan menuju ke tangga, tapi matanya tertumpu kepada satu susuk gadis yang ingin mendaki tangga naik menuju ke bilik Ainul. Terus langkahnya dihalang Aiman.

"Kau siapa?" Tanya Aiman pada wanita itu. Selain Nuha, dia tidak pernah tahu bahawa Ainul ada kawan rapat sehingga dia mengetahui alamat rumah Ainul. Wanita itu hanya memandang Aiman atas bawah. Seluar pendek bawah lutut dan t-shirt hitam tanpa lengan. Pakaian lelaki ini jauh berbeza dengan pakaian yang dikenakan Ainul.

"Aku Najiha. Kawan Ainul masa dekat kolej. Terserempak dengan dia dekat pekan semalam. Hari ni dia ajak aku lepak rumah dia. So, dia bagi aku alamat rumah dia dekat sini. Kau siapa?" Tanya Najiha pula sebaik saja dia menjawab pertanyaan Aiman.

"Aiman. Abang kembar Ainul. Dia ada dekat atas. Dari semalam tak nak keluar. Kalau kau boleh pujuk dia untuk keluar, terima kasih." Beritahu Aiman sambil menunjuk laluan menuju bilik Ainul. Hanya membalas dengan segaris senyuman, Najiha terus mendaki anak tangga ke bilik yang ditunjuk.

Aiman memandang tubuh Najiha dari belakang. Masih ragu dengan kedatangan Najiha atas tujuan untuk bertemu Ainul. Disebabkan didikan keluarganya yang tidak pernah bersangka buruk pada sesiapa, dia tidak mahu firasat buruknya menjadi punca fitnah.

Ainul masih duduk dibucu biliknya. Kedua lututnya dipeluk. Kepala direbahkan kedalam pelukan mencari kedamaian. Bunyi pintunya dikuak dihiraukan. Sesaat kemudian pintu kembali dibuka dan telinganya menangkap bunyi klik pintu dikunci. Akhirnya dia beranikan diri mengangkat muka. Terkejut bukan kepalang diri melihat Najiha yang melutut dihadapannya.

"Apa yang kau buat dalam bilik aku? Macam mana kau tahu rumah keluarga aku?" kasar pertanyaan Ainul. Segera bangkit dan berjalan menuju pintu. Namun langkahnya dihalang Najiha. Tangannya digengam kasar lalu tubuh kecilnya dicampak ke atas katil.

"Aku ikut kau semalam. Aku tahu kau akan lama dekat kampung sebab dah lama tak balik jumpa family kau. Aku follow kereta kau sampai... aku disini sekarang." Sinis Najiha menjawab. Memanjat ke katil lalu menindih tubuh Ainul.

"Najiha, please... jangan buat aku macam ni. Aku nak berubah. Aku tak nak buat benda ni lagi. Aku bersumpah dengan diri aku yang aku tak akan buat benda ni lagi." Rayu Ainul bersama suaranya yang hampir menangis. Senyuman Najiha semakin melebar mendengar rayuan itu.

"Kau nak berubah? Kelakar. Sebab tu kau pakai bertutup macam tu. Sebab nak sorok sisi iblis kau dari dunia? Tapi tidak untuk aku." Ainul mengigit bibir bawahnya. Enggan bertatap mata memandang Najiha. "Kau tak akan boleh keluar dari dunia ni, Ainul. Sekuat mana kau cuba, kau akan tewas dengan hati kau sendiri." Bisik Najiha ke telinga kiri Ainul.

"Aku percaya yang aku boleh. Selagi aku kuat untuk lawan perasaan tu, aku boleh berubah!" Balas Ainul tegas. Tetap dengan pendiriannya. Najiha ketawa sinis. Tawa yang seakan mengejek perkataan Ainul sebentar tadi. Membelai helaian rambut keperangan semula jadi milik Ainul.

"Aku percaya kau dah taka da perasaan dekat aku. Okey, aku boleh terima. Tapi aku tak percaya yang kau akan boleh tahan hati kau untuk tak 'jatuh cinta' pada kawan baik kau sendiri." Sindir Najiha tadi. Buntang mata Ainul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Najiha. Siapakah yang dia maksudkan? Apakah kawan yang dimaksudkan Najiha adalah Ulin Nuha?

"Aku dengan Nuha akan selamanya jadi kawan. Aku tak akan ulang dosa yang sama dua kali." Balas Ainul. Kali ini nada suaranya sedikit tinggi menunjukkan ketegasannya. Dia yakin bahawa dia tidak akan mengulang dosa terkutuk itu lagi. Dia tidak akan mengulang lagi menjadi dirinya yang dulu.

"Okey, wait and see." Selamba Najiha bersuara. Dia merapatkan bibirnya ke telinga Ainul membisikkan sesuatu. "Aku tetap suka rambut kau. Macam selalu." Dia bangun dari katil Ainul dan berjalan ke pintu. Pintu yang berkunci itu di buka. Dia menoleh memandang Ainul yang masih terkaku di katilnya dalam keadaan berbaring.

"Jangan memerap dalam bilik, Nul. Tak bagus untuk kesihatan kau. Jumpa kau lagi." Tiba saja suaranya berubah mesra. Melangkah keluar dari bilik Ainul dengan senyuman puas. Membantu menutup kembali pintu bilik itu dan pergi.

Ainul merenung syiling biliknya. Semakin lama, pandangan matanya terhadap syiling itu semakin kabur. Cairan putih mengalir turun ke pipi. Kedua tangannya menutup bibir agar tangisannya tidak didengari sesiapa. Bahunya terhenjut-henjut menangis. Masih berlegar-legar dikepalanya tentang kata-kata Najiha beberapa minit lepas. Seakan kecewa dan putus asa dengan diri sendiri Ainul meraung sekuat hati. Membiarkan air matanya mengalir deras membasahi pipinya.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Hamba ingin berubah. Buanglah perasaan yang akan membawa hamba ke jalan murka-Mu. Hamba bertaubat, Ya Allah. Berilah hamba kekuatan dan kecekalan hati untuk menghadapi segala ujian yang Engkau berikan kepada hamba sepanjang penghijrahan ini.

******

Wafi menghirup teh lemon ais kegemarannya. Sesekali matanya menjeling memandang jam di tangan. Melilau matanya mencari kelibat manusia yang ditunggu. Kali ini matanya menangkap kelibat seseorang yang sememangnya dinanti sejak tadi. Tangan kananya diangkat ke udara menghantar isyarat kepada manusia itu bahawa dia sudah menunggu.

"Lama dah kau tunggu?" Sapa Aiman sambil berjabat tangan bersama Wafi.

"Lama juga lah. Habis dua gelas teh ais aku minum tunggu kau. Janji lepak mamak pukul 5 petang. Kau sampai 5:15." Rungut Wafi sambil menghirup gelas teh ais yang masih berbaki separuh. Aiman hanya tersengih sambil membetulkan kopiah putih di kepala.

"Sorrylah. Tadi ibu suruh beli barang sikit. Dia nak masak daging salai. Adik aku balik. Dia suka makan gulai daging salai." Jelas Aiman. Wafi terpana mendengar kata-kata Aiman sebentar tadi.

"Adik kau? Siapa?" Tanya Wafi. Kopiah yang tersarung di kepalanya ditampar Aiman.

"Apalah kau ni. Ainul lah. Aku mana ada adik lain. Dia balik pun sebab nak uruskan tahfiz walid kau tu katanya. Tak lama baliknya. Lepas dia pantau tahfiz tu dia balik Dungun semula." Tersentak Wafi mendengar kata-kata yang baru dilontarkan Aiman tadi. Dia memandang Aiman tajam.

"Cuba kau ulang balik? Ainul balik sini sebab apa?" Tanya Wafi meminta agar Aiman mengulang ucapannya.

"Dia balik sebab nak uruskan tahfiz walid kau yang tak dapat kelulusan tu, kenapa?" Jawab Aiman mengulang semula perkataannya. kali ini seakan dunia terhenti, Wafi kembali mengimbas kali pertama dia bertemu Ainul ketika kali pertama Ainul melawat Tahfiz Darul Nadwa.

Jadi,gadis berpurdah tu Ainul? Masya Allah, cantiknya! Lain sungguh berbanding 10tahun lepas. 

Hijrahnya Seorang BidadariWhere stories live. Discover now