Chapter 8

14 2 2
                                    

"Apa yang merepek ni, Man?" Nuha menaikkan sedikit nada suaranya. Pertanyaan Aiman kepadanya tadi membuatkan dia merasakan bahawa lelaki ini sedang merepek. Sirap limau yang masih berbaki separuh dihirup rakus. Aiman yang berada di depannya ditenung lama. Semakin lama menatap, membuatkan jantungnya berdebar kencang.

"Cepatlah jawab?" Desak Aiman. Ish, mamat ni! Paksa-paksa pula. aku cepuk karang baru padan muka kau. Desis Nuha. Jari-jemarinya mengetuk meja berkali-kali. Mengisyaratkan bahawa dia sememangnya tidak selesa berada dalam situasi seperti itu.

"Jawapan macam mana yang kau nak? Cuba kau jelaskan dekat aku. Jawapan macam apa yang boleh buat kau berpuas hati." Berusaha tenang, Nuha menginginkan kepastian dari jawapan yang mungkin Aiman inginkan.

"Aku cuma nak kau jawab je soalan aku. Jujur je. Betul ke tidak?" Kata Aiman mengulang sekali lagi soalannya. Nuha menghela nafas kesal. Ketulan ais yang berbaki dalam gelasnya diambil menggunakan straw lalu dicampak tepat ke muka Aiman.

"Woi, apa ni?" Marah Aiman ketika mukanya terkena balingan ketulan ais dari Nuha.

"Aku yang patut marah kau. Kau tu yang kenapa? Ajak aku jumpa sebab urgent. Last-last kau asyik suruh aku jujur. Apa bendanya nak kena jujur? Kau tanya pun belum lagi." Marah Nuha. Aiman mendengus perlahan. Kopiah putih tersarung dibetulkan. Meraup mukanya berkali-kali.

"Pasal Ainul." Ringkas perkataan Aiman.

"Aku tahu pasal Ainul. Pasal apa tu?" Nuha menegaskan kenyataan Aiman. Walaupun dia yakin lelaki ini ingin mengetahui sesuatu yang mungkin dia tahu tentang Ainul, tapi dia harus buat lelaki ini berterus terang dengan kehendaknya.

Sunyi. Aiman membeku di tempatnya duduk. Seakan berputus asa dengan Nuha. Melihatkan hal itu, Nuha segera bersiap. Mengemas barangannya dan ingin bangun ke kaunter.

"Okey, fine! Aku tanya." Ujar Aiman dikala melihat reaksi Nuha yang ingin beredar. dia segera menghalang. Nuha mematikan niatnya buat seketika. Ingin melibat tindakan Aiman. Aiman menarik nafas panjang. Dihembuskan perlahan-lahan. Merapatkan sedikit tubuhnya ke Nuha yang kembali duduk.

"Adik kembar aku, Ainul... dia songsang?" Soalan Aiman membuatkan tubuh Nuha bagaikan direnjat elektrik. Peluh sejuk mengalir di dahinya sebaik mendengar persoalan langsung yang diutarakan. Kakinya digoyangkan tidak tentu hala resah terhadap keinginan Aiman yang mahukan jawapan dari soalannya.

"Kau ni, tak baik tuduh Ainul macam tu. Dia tu adik kembar kau tahu tak?" Nuha mencuba berdalih menjawab soalan. Aiman menggeleng kepalanya. Seakan tidak puas hati dengan jawapan yang cuba dielak Nuha dari menjawab.

"aku tahu dia adik aku. Sebab dia adik aku. Dan kau kawan baik dia. Tambah pula kau duduk serumah dengan dia dekat bandar tu. Aku nak kau jawab. Ya atau tidak." Jelas Aiman panjang lebar. Nuha menghela nafas panjang. Seperti yang sudah dia jangka sejak dari awal pertemuan lagi. Aiman pasti akan menyoalnya tentang hal ini.

"Sorrylah, Man. Aku rasa aku tak boleh jawab soalan kau ni." Nuha bingkas bangun dari duduknya. Tidak mahu terus tersepit dengan janjinya pada Ainul dan keinginan Aiman untuk dapatkan kepastian dari tanda tanyanya.

"Ada seorang perempuan datang rumah aku semalam. Dia kata dia kawan baik Ainul masa Ainul belajar dekat KL. Tapi dari cara dia, aku tak rasa diorang tu kawan baik." Aiman memulakan cerita. Cerita Aiman membuatkan Nuha tidak sedap hati. Perempuan? Aiman maksudkan Najiha ke? Nuha bicara sendiri dalam hati. Benak fikirannya tidak berhenti dari memikirkan apa-apa kemungkinan buruk telah berlaku.

"Aku nampak, Nuha. Dengan mata aku sendiri. Apa yang perempuan tu buat sepanjang dia di rumah aku. Mulanya aku nak abaikan dan cuba fikir baik. Tapi lepas aku nampak apa yang jadi depan bilik tetamu, aku tak rasa aku tak boleh terus fikir baik, Nuha." Ujar Aiman. Dari raut wajahnya, jelas kelihatan kerisauan. Mana tidaknya, Aiman dan Ainul adalah kembar. Sejak kecil mereka rapat dan tidak pernah berpisah. Sehinggalah masing-masing terpaksa berjauhan kerana mengejar cita-cita. Membuatkan Nuha dihuni rasa bersalah. Apakah wajar dia beritahu Aiman?

"Kau... nak aku jawab?" Aiman hanya mengangguk dengan soalan itu. Sudah tentu dia inginkan jawapan dan kepastian dari persoalannya. Dia inginkan agar apa yang dia fikirkan tidaklah benar. Nuha menarik nafas panjang. Menghembus perlahan-lahan. Mencari keselesaan dan mindanya berfikir untuk mengatur ayat yang mungkin tidak akan mengejutkan Aiman setelah mendengar jawapannya.

"Jawapan dari soalan kau, Ainul tu songsang atau tidak. Jawapannya adalah ya. Ainul pernah terlanjur dengan perempuan." Nuha memulakan kata-katanya. Aiman yang masih mengekalkan riak tenangnya terpana dengan jawapan Nuha.

"Tapi, kau jangan salah faham. Sekarang Ainul tengah berusaha kembali ke fitrah dia. Lagipun dia masih bernasib baik sebab dia masih tertarik pada lawan jenis." Sambung Nuha lagi. Segera membetulkan kesalahfahaman Aiman.

"Maksud kau... Ainul tu... bisexsual?" Hanya anggukan ringan yang menjadi jawapan dari perkataan Aiman tadi. Aiman menghela nafas. Kopiah di kelapa dicabut dan diletakkan atas meja. Meramas rambut potongan two block itu dengan tangan kanan.

"Aku... tak sangka. Patut dia dah lama tak beri khabar berita sepanjang dia dekat KL dulu. Aku tak sangka jadi sampai macam ni sekali." Luah Aiman. Nuha juga turut menunduk pandangan merenung permukaan meja yang licin.

"Aku percaya, Aiman." Perlahan suara Nuha. Namun masih boleh didengari lelaki ini. "Aku percaya pada Ainul. Aku percaya dia boleh berubah. Setiap orang ada peluang kedua, kan? Allah sentiasa lihat usaha dan niat kita." Ucap Nuha perlahan. Bunyi berdeting dari telefonnya dijeling sekilas. Pesanan masuk dari seseorang yang sedang mereka bicarakan. Secara tidak langsung membuatkan Nuha tersenyum sendiri.

'Nuha, cepatlah balik office. Aku phisang sorang-sorang dalam ni tak ada kawan berborak. Semua sebab meeting aku habis lambat. Nanti kau balik tolong belikan aku keropok dan keledek goreng dekat gerai tepi jalan biasa tu, ye.'

Nuha tidak membalas pesanan itu. Sebaliknya dia hanya menjeling memandang Aiman yang juga sedang merenungnya. Alis kanannya diangkat sedikit tanda tanya. "Aku nak balik office dulu. Ada banyak kerja lagi yang tak siap." Sekali lagi Nuha bersuara meminta diri. Dia mengalas beg tangannya dan berjalan ke kaunter.

*****

Aiman resah. Kitab Minhaj yang sedang dibacanya sempena jemputan kuliah Maghrib ditutup kasar. Meletakkannya ke sudut meja tempat dia berada. Meraup muka dengan kedua tapak tangan. Bersandar pada kerusi pejabat sambil merehatkan leher dan kepalanya. Tumpuannya hilang sejak dia berjumpa Nuha. Jawapan yang Nuha berikan padanya benar-benar membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan rasional.

Disebalik kegusaran kepalanya memikirkan perihal si adik, terlintas beberapa detik di kepalanya wajah insan bernama Ulin Nuha. Sahabat adiknya. Sekaligus merangkap manusia yang sering menjadi sebutan dalam doanya setiap lima waktu. Raut yang tidak pernah berubah sejak kali pertama dia mengenali Nuha. Wajah yang sering memberikan ketenangan buatnya setiap kali dia menatap redup wajah manusia itu.

Alangkah indahnya sekiranya dia menjadi bidadariku. Sambil tersenyum simpul, Aimanberbicara sendiri dalam hati.

Hijrahnya Seorang BidadariWhere stories live. Discover now