Chapter 6

19 6 0
                                    

Wafi termenung sendiri di meja makan. Kitab Hadis Riyadus shalihin yang sedang di ulangkaji dibiarkan terbuka. Entah kenapa, bibirnya mengukir senyuman indah. Terpancar lesung pipit di kedua belah pipinya. Saat itu, kelihatan bagaikan dirinya sudah hanyut ke alam lain.

"Astaghfirullah, senyum sorang-sorang tu dah kenapa? Umi tengok dah macam kucing tepi jalan tu dah." Tegur Puan Maimunah. Menyedari bahawa anak sulungnya ini dari tadi asyik senyum seorang diri. Wafi terus saja sedar dari lamunannya. Memandang Puan Mainumah yang duduk di depannya sambil tersenyum mengusik. Tersipu malu dibuatnya.

"Bukanlah, umi. Teringat tadi masa keluar lepak dengan Aiman. Dia cerita adik kembar dia balik." Beritahu Wafi. Terus Puan Maimunah merapatkan dirinya kepada Wafi.

"Kamu nak masuk meminang anak bongsu Encik Fuad tu ke? Bila nak masuk meminang. Umi boleh pergi esok kalau Fiy nak." Tersentak Wafi mendengar perkataan yang keluar dari mulut Puan Maimunah.

"Ish! Apa umi ni. Ke situ pula dia. Fiy tak ada cakap apa-apa pun. Lagi pun biarlah. Kalau dah itu jodoh Fiy, tetap bertemu juga. Allah akan bagi tepat pada masanya." Ujar Wafi. Pinggangnya terasa sakit dicubit. Cubitan Puan Maimunah memang berbisa.

"Sakitlah, umi." Adu Wafi sambil mengusap pinggangnya yang berbekas cubitan.

"Itulah. Selalu mengelak bila umi cerita bab kahwin. Kamu tu dah 25 tahun. Dah boleh kahwin. Nabi kahwin dengan Saidatina Khadijah pun masa umur 25 tahun." Kata Puan Maimunah.

"Kahwin ni bukan benda kecil umi. Fiy kena menanggung anak orang. Kena bagi nafkah. Kena bimbing dia. Dosa sendiri pun tak tertanggung lagi. Ini nak tanggung dosa anak orang." Jawab Wafi. Dia bukan tidak suka bila Puan Maimunah membuka cerita tentang perkahwinan. Tapi baginya, jika sudah sampai masa untuk dia menemui pasangan, tidak akan dapat dia lari.

"Yalah. Ada je kamu nak menjawab umi ni cakap. Umi doa semoga jodoh kamu tu sampai cepat sikit. Tak adalah umi ni kempunan nak gendong cucu sebelum umi tutup mata. Nak harap adik kamu tu, dia baru 15 tahun. Memang umi kena harapkan kamu jugalah." Sayu suara Puan Maimunah. Wafi tersenyum lagi. Datang sudah rajuk Puan Maimunah. Terus dipeluk tubuh tua ibunya itu.

"Umi jangan risau ye. Doakan yang baik-baik je untuk Fiy. Semoga Fiy bertemu dengan wanita solehah seperti yang umi impikan. Buat masa sekarang, izinkan Fiy bahagiakan walid dan umi dulu." Pujuk Wafi.

Ainul melangkah keluar dari bilik tetamu. Sambil sebelah tangannya memegang tombol pintu untuk menutup kembali bilik yang sudah siap dikemaskan atas permintaan Puan Wahida. Jika diikutkan kehendak hati, tidak ingin dia melayan 'tetamu' tidak diundang itu.

Tutup saja bilik itu, kelibat Najiha sudah kelihatan. Sambil memandang tepat wajah Ainul. Ainul hanya membalas renungan itu dengan pandangan kosong tanpa perasaan. Berwajah dingin bak salju. "Bilik kau dah siap aku kemas." Sapa Ainul dingin. Dia ingin berlalu ke biliknya. Tapi tangannya dipegang Najiha. Pantas pegangan itu direntap kasar.

"Aku tak sudi nak layan kau sebenarnya. Tapi disebabkan ibu aku yang suruh aku kemas bilik kau aku terpaksa ikut." Selamba Ainul berkata. Dia ingin berlalu ke biliknya. Tapi langkahnya sekali lagi dihalang Najiha. Dia menolak Ainul ke arah dinding dan mengepungnya dengan kedua belah tangan.

"Tak nak teman aku ke?" Pipi Najiha terasa perit dan sakit. Wajah dingin Ainul dipandang lama.

"Kau... tampar aku?" Soal Najiha.

"Memang itu yang patut kau dapat." Sinis Ainul bersuara. Najiha membalas senyuman sinis Ainul. Pintu bilik tetamu dibuka perlahan lalu ditolak Ainul masuk ke dalam. Membuatkan tubuh kecil Ainul terjatuh ke lantai. Ingin melarikan diri, tapi pergerakannya dihalang oleh Najiha yang memegang kedua tangannya.

Hijrahnya Seorang BidadariWhere stories live. Discover now