Chapter 7

19 3 4
                                    


Ainul ralik memandang senarai mata pelajaran yang diajarkan di Tahfiz Darul Nadwa Mustaqim ini. Sebelah tangannya sempat memeriksa portal rasmi Pejabat Agama Islam Terengganu untuk memeriksa sama ada mata pelajaran yang disenaraikan di tahfiz ini ada tersenarai dalam mata pelajaran yang berlandaskan ahlul Sunnah.

Ainul terpana sekejap. Ketika dia sedang asyik memeriksa, tiba-tiba dia ditendang keluar dari portal rasmi yang hanya boleh diakses oleh kakitangan pejabat agama sahaja. Menyebabkan tangan dengan pantas mencari telefonnya yang terletak elok tepi meja batu tempat dia sedang duduk. Terus dia membuka whatsApps kumpulan kakitangan pejabat agama daerah.

'Portal kita ada problem ke? Kenapa aku tengah check webside kena log keluar tiba-tiba.'

Terpaksa menunggu beberapa minit untuk pesanannya dibalas. Sementara itu dia memerhati sekitar kawasan. Suasana tahfiz yang cukup nyaman dan menenangkan. Lokasi tahfiz ini juga tidaklah terlalu jauh dengan bandar utama di Kuala Dungun. Memudahkan pelajar yang sudah diwajibkan menetap diasrama untuk membeli keperluan harian mereka di bandar. Bunyi notifikasi telefonnya kedengaran. Terus Ainul memeriksa telefonnya dan mendapati hanya seorang yang membalas pesanannya.

'Ya, Ainul. Penyelia baru saja maklum tadi yang portal secara talian ada problem sikit. Memerlukan beberapa jam sebelum portal tu dipulihkan. Dalam beberapa jam mungkin kau boleh log in balik portal tu.'

Jawapan itu membuatkan Ainul kesal. Sudahlah tidak sempat untuk dia memeriksa secara keseluruhan senarai mata pelajaran yang ada dalam portal itu. Nampak gayanya, memang dia kena bersabar dan tunggu untuk beberapa jam lagi. Dia menutup tablet yang dia gunakan untuk membuka portal rasmi Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu. Bangun dari duduk dan mengorak langkah memeriksa sekitar kawasan Tahfiz.

Kakinya terhenti di kawasan tanah kosong yang ditutup dengan zink pembinaan. Dia pernah memasuki kawasan itu semasa pemantauannya kali pertama. Tanah kosong itu akan dijadikan tapak asrama pelajar perempuan. Buat masa kini, Tahfiz Darul Nadwa Mustaqim ini hanya menerima kemasukan bagi pelajar lelaki berusia 10 tahun sehingga 17 tahun sahaja. Memandangkan tapak asrama perempuan sedang dalam proses pembinaan.

"Assalamualaikum, apa yang ustazah buat dekat sini? Ni kawasan pembinaan, bahaya ustazah duduk dekat kawasan ni." Suara lembut menegur membuatkan Ainul berpaling. Alisnya sedikit terangkat ketika dirinya dipanggil dengan gerangan 'ustazah' oleh lelaki yang segak berjubah putih, kemas berkopiah dan dilengkapkan dengan hiasan rida' warna hijau menghiasi bahu kanannya.

"Waalaikumsalam. Maaf, siapa yang ustaz maksudkan dengan ustazah? Saya rasa tak ada sesiapa pun di sini selain saya." Wafi tertawa kecil dengan jawapan balasan itu. Terlihat jelas dua lekuk lesung pipit di kedua belah pipinya. Jika ada wanita yang melihatnya, pasti mudah jatuh cinta.

"Siapa lagi kalau bukan awak. Tak akan lah saya nak cakap ustazah dekat makhluk-makhluk ghaib kawasan ni pula." Semakin melebar senyuman Wafi ketika dia berusaha mengenakan Ainul. Ainul mengusap lengan kanan dengan tangan kiri. Cuba mengurangkan ketakutan dan perasaan gugupnya ketika Wafi mengatakan soal 'makhluk ghaib' kawasan itu.

"Hahaha! Ustaz ni kelakarlah. Ada pula berlawak tentang makhluk ghaib." Ainul ketawa janggal. Walaupun sekarang baru jam 10 pagi. Entah kenapa bulu romanya boleh berdiri tegak jika bercerita soal hantu.

"Saya cuma nak buat awak tenang je. Dari tadi saya tengok macam ada rungsing je. Saya tak ingat dengan jelas pula yang awak ni takut hantu." Ujar Wafi sambil bibirnya tidak berhenti mengukir senyum. Perkataan itu membuatkan kening Ainul sedikit berkerut.

Hijrahnya Seorang BidadariWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu