Chapter 12

5 1 2
                                    

Kolej Universiti Islam Selangor

6 tahun lalu,

Ainul merenung lama pada skrin komputer riba yang telah hitam skrinnya. Ingin membuatkan tugasan yang diberikan pensyarahnya, tapi perutnya pula berbunyi minta untuk diisi. Ruangan bilik ini terasa luas. Meja belajar di sebelahnya terasa kosong. Teman sebiliknya pulang ke kampung sempena cuti mid sem mereka selama seminggu.

Ainul memutuskan untuk menghabiskan cutinya di kampus. Jika dia pulang ke Terengganu, bukan ada sesiapa di rumah. Maklumlah ibu dan abahnya sibuk dengan persatuan. Si abang kembarnya masih di Jordan. Keluhan dihela Ainul sambil menutup komputer riba.

Bunyi ketukan pintu mengejutkannya. Segera berlari anak mendapatkan pintu dan dibuka sedikit. Terlihat dibalik daun pintu yang sedikit tertutup, seorang gadis tersenyum manis sambil menunjukkan dua bungkus plastik merah padanya. Terus melebar senyuman dibibir Ainul. Tanpa disuruh, dia membuka pintu lalu mempelawa Najiha masuk.

"Awak beli apa?" Tanya Ainul sambil menyelak salah satu plastik merah itu. Melihat isinya; dua bungkusan nasi. Salah satunya diambil. "Mana tahu saya tak makan lagi?" sekali lagi Ainul bertanya ketika soalannya tadi tidak berjawab.

"Saya tahu sebab tak nampak awak breakfast dekat cafeteria tadi." Jawab Najiha sambil mencapai satu bungkus nasi yang dibelinya tadi. Nasinya adalah nasi kerabu ayam goreng berempah dan milo ais. Manakala untuk Ainul adalah nasi lemak sambal sotong dan teh O ais limau. Najiha memandang lama Ainul yang sedang makan dengan penuh berselera. Tidak kira lapar atau tidak, dia pasti akan menjamahnya dengan berselera.

Najiha kenal Ainul adalah semasa dia mendaftar di kolej itu untuk semesta pertama. Ketika itu Ainul sudah berada di semesta kedua dan merupakan senior di falkutinya. Ketika itu juga Ainul yang banyak membantunya. Dari perwatakan Ainul yang tegas dan serius dalam melakukan tugas itu, dia seorang yang sangat baik dan lemah-lembut. Mungkin asas didikan dari keluarganya, Ainul sentiasa menjaga penampilan diri dan gaya pemakaiannya.

Walaupun Najiha tidak bertudung, Dia hanya akan bertudung ketika ke kelas sahaja, tapi Ainul tidak pernah mengejinya. Malah dia tetap akan melayan Najiha dengan baik walaupun hampir kebanyakan pelajar di kolej ini tidak mahu memandang Najiha. Kehadiran Ainul memberikan rasa kenyamanan dalam jiwa Najiha. Dia sentiasa melayani Najiha dengan baik dan menegurnya jika dia melakukan kesilapan. Bagi Najiha, Ainul adalah type seorang 'kakak' yang diidamkan dalam hidupnya selama ini.

"Awak...."

"Najiha...."

"Adik!"

Najiha mengerlip matanya. Bunyi petikan jari Ainul membuatkan dia kembali ke realiti. Nasi kerabu yang masih belum disentuh dipandang lama. Ainul yang sudah menghabiskan nasi lemaknya juga turut dipandang.

"Tenung apa tu? Awak termenung tu boleh tembus dinding bilik ni tau. Kadang tu sampai menusuk ke jantung saya." Seloroh Ainul sambil menyedut teh O ais limau ikat tepi ditangannya.

"Kenapa tak dihabiskan nasi tu?" Prihatin Ainul bertanya. Melihatkan Najiha yang menguis nasi dalam kertas bungkusan itu dipandang lama. Najiha hanya menggeleng kepala. Matanya masih merenung Ainul. Dia mengecilkan matanya. Semakin dekat matanya menghala terus ke muka Ainul. Membuatkan Ainul spontan menjauh sedikit.

"Awak ni memang suka makan comot ke? Kalau boleh sampai ke telinga nak makan." Perli Najiha. Mencapai tisu poket di lantai dan dilapkan hujung bibir Ainul yang terdapat sisa sambal. Merona pipi Ainul dengan tindakan selamba Najiha tadi. Menggunakan ibu jarinya, dia mengelap kedua hujung bibirnya. Bimbang jika ada sisa sambal yang masih tersisa. Najiha tergelak dengan tingkah Ainul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hijrahnya Seorang BidadariWhere stories live. Discover now