Chapter 5

16 6 1
                                    

Jadi, gadis berpurdah tu Ainul? Masya Allah, cantiknya! Lain sungguh berbanding 10 tahun lepas.

Aiman memandang Wafi yang masih kaku di tempatnya. Demi menyedarkan kembali sahabatnya ini, dia memetik dua jarinya betul-betul di depan muka Wafi. Segera Wafi kembali ke dunia realiti. Renungan tajam diberikan kepada Aiman.

"Kau kenapa?" Tanya Wafi sedikit tidak berpuas hati.

"Aku yang patut tanya, kau tu kenapa? Tiba-tiba je senyap." Aiman menjawab juga dengan soalan yang dirasakan dia yang sepatutnya tanyakan kepada Wafi.

"Tak. Aku cuma teringat somethings. Kau nak jumpa aku ni kenapa? Katanya ada hal penting." Wafi mengelak menjawab soalan Aiman. Dia membawa Aiman ke tujuan utama Aiman meminta dia untuk menunggu di Restoran Mamak ini. Soalan yang diajukan membuatkan Aiman menghela nafas. Rasa serba salah untuk dia katakan hal ini kepada Wafi.

"Ini tentang Ainul. Aku risaulah dengan dia. Kau tahu, kan. Aku lama pisah dengan dia lepas kita orang ambil STAM. Aku sambung Jordan dia tolak tawaran belajar dekat Jordan dan sambung KUIS je." Aiman memulakan cerita. Wafi mengangkat sebelah keningya seakan tidak mengerti dengan apa yang diceritakan Aiman.

"Jadi, apa yang kau risaukan? Ainul tu boleh jaga dirikan?" Ujar Wafi yang masih tidak mengerti apa yang sedang cuba disampaikan Aiman.

"Inilah masalahnya yang buat aku risau. Selama dia belajar dekat KUIS tu, dia tak pernah cerita dengan aku yang dia ada minat mana-mana lelaki. Dia share gambar pun gambar dia dengan perempuan je. Bila aku tanya siapa dia balas kawan baik." Sambung Aiman lagi.

"Biasalah tu. Tak kan lah dia nak cerita dengan kau yang dia minat lelaki. Kau tu abang yang jenis overthinking. Takutlah budak tu." Wafi tenang memberi balasan. Namun dari reaksi Aiman seolah masih tidak bersetuju dengan balasan itu.

"Benda yang buat aku lagi risau adalah bila aku tengok perubahan dia bila dia balik semalam. Dia sumpah dah lain. Kalau selama ni selamba je tepuk-tampar aku. Sekarang nak salam aku pun malu. Katanya dia tak selesa dengan lelaki. Dia selesa dengan perempuan je. Masalahnya aku ni abang dia." Ujar Aiman lagi.

"Bukan benda biasa ke kalau adik perempuan malu dengan kau walaupun kembar? Lagi pun kau dengan dia lama juga pisah. Janganlah nak overthinking sangat." Setenang tiupan angin suara Wafi di saat ini. Merasakan apa yang dirasakan oleh Aiman adalah perkara yang ringan baginya.

"Kau ni, masih tak boleh tangkap kea pa yang aku cuba sampaikan? Aku tak nak cakap dekat sini dan aku takut aku fitnah adik aku sendiri." Wafi menggeleng kepalanya menandakan bahawa dia masih tidak memahami makna yang cuba disampaikan Aiman. Aiman mengisyaratkan tangannya ke hadapan agar Wafi mendekatinya. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga kanan Wafi. Membisikkan erti dari maksud setiap perkataannya.

"Astaghfirullahal a'zim!" Laju tangan Wafi menghayun lalu menghempuk kepala Aiman yang tertutup kopiah. Terperanjang dia mendengar apa yang dibisikkan Aiman beberapa saat tadi. "Sampai ke situ kau fikir pasal adik kau? Tak baik sangka buruk. Tak mungkin dia macam tu. Didikan agama abah dan ibu kau dah elok. Tak mungkinlah dia akan jadi macam tu." selepas puas menghempuk kepala Aiman, Wafi mengeluarkan kata-kata tarbiahnya untuk Aiman.

"Aku buka fitnah, Fiy. Aku cuma risau. Lagi pun keimanan ni bukan boleh diwarisi. Mungkin keluarga aku dah bagi didikan agama elok, mungkin aka nada juga yang terlepas pandang." Ujar Aiman pula.

"Itulah gunanya doa. Doa tu senjata orang muslim. Kau doa yang baik-baik untuk adik kau. In sha Allah, Allah akan pelihara adik kau tu dari perkara yang tak elok." Nasihat Wafi lagi. Aiman hanya mengangguk kepalanya. Menerima nasihat Wafi dengan hati terbuka. Seketika kemudian, terdengar suara Wafi sedang ketawa.

"Penceramah macam kau pun ada masa kena bagi tarbiah sentap juga, ye? Aku ingatkan pelajar aku je yang kena tarbiah sentap." Seloroh Wafi memerli Aiman. Aiman berdecit kecil. Kesal dengan ejekan yang diterima dari sahabatnya ini. Melihatkan reaksi Aiman yang tidak puas itu membuatkan Wafi semakin geli hati.

"Memanglah aku ni penceramah. Pergi masjid sana sini bagi kuliah. Tapi aku pun manusia juga. Iman turun naik." Jawab Aiman. Wafi mengangguk dengan kata-kata itu. Sungguh bersetuju dengan Aiman. Keimanan manusia ini lemah. Tidak seperti keimanan para malaikat, yang sentiasa naik dan bertambah. Keimanan manusia ini imannya ada kala naik. Ada ketika turun. Disetiap kali keimanannya menurun, Tuhan akan jentikkan hidayah-Nya untuk kembali ke jalan yang benar semula.

******

Ainul berjalan menuruni tangga. Kakinya melaju kea rah dapur. Bauan harum menyengat rongganya untuk melajukan langkah. Namun langkah kakinya terhenti ketika dia tiba di pintu dapur. Susuk manusia yang tidak mahu dilihatnya sedang mesra berbual bersama ibunya, Puan Wahida. Ingin saja dia membawa tubuh kembali ke bilik. Niatnya dihentikan dengan teguran Puan Wahida.

"Buat apa tercegat dekat situ. Mari tolong ibu ni. Ibu masak gulai daging salai kegemaran kamu ni." Dengan langkah berat, Ainul masuk ke dapur. Menghampiri periuk yang sedng mendidih. Dikacau-kacau isi dalam periuk itu tanpa memandang manusia yang sedang menjamu roti yang dihidang Puan Wahida.

"Ibu, abang dengan abah mana?" Tanya Ainul yang masih mengacau periuk. Sunyi rumah ni tanpa suara Aiman dan abahnya, Encik Fuad. Biasanya akan ada saja suara pergaduhan kecil antara dua beranak itu. Kalau tidak pun beberapa perbincangan kecil berkaitan umat.

"Abah kamu sibuk sekarang ni. Jarang nak lekat dekat rumah. Dia tengah kumpul dana untuk hantar bantuan ke sempadan Rafah. Abang kamu pula keluar jumpa kawan." Jawab Puan Wahida. Ainul hanya mengangguk. Mengerti kesibukan abahnya sebagai pengerusi Persatuan Kebajikan Ummah yang diuruskan oleh Encik Fuad dan beberapa orang kenalan kepercayaan keluarga mereka. Ainul menjeling ke luar mencari kereta. Tidak ditemui bayang kereta kesayangannya itu.

"Ibu, kereta Ainul mana?" tanyanya sedikit cemas. Seingat dia, semalam dia meletakkan keretanya dalam garaj. Petang ini, garaj itu kosong.

"Abang pinjam kereta kamu. Kereta dia dekat bengkel. Lusa baru dia nak pergi ambil. Kamu pun duduk rumah lama lagi, kan?" Ujar Puan Wahida.

"Tak rasanya, ibu. Khamis kena balik. Jumaat pagi Tuan Qahdi Daerah Dungun nak turun. Jadi, Ainul kena masuk kerja balik pagi jumaat. Dan soal tahfiz tu Ainul akan cuba siapkan sebelum akhir bulan ni." Jelas Ainul menjawab. Dia melihat ibunya berjalan menghampiri Najiha yang masih duduk di meja makan.

"Najiha jangan balik dulu, ya. Bermalamlah dekat sini semalaman." Buntang mata Ainul mendengar pelawaan Puan Wahida. Dah kenapa minah ni masih ada dekat sini? Pergilah balik! Rungut Ainul dalam hati.

"Boleh ke saya bermalam dekat sini. Saya takut pakcik dan Abang Ainul tak selesa nanti." Sopan Najiha menolak pelawaan Puan Wahida.

"Tak apa. Pakcik dan Aiman okey je. Bermalam dekat sini dulu, ya. Lagi pun bahaya memandu malam-malam balik Rantau Abang. Nanti makcik suruh Ainul siapkan bilik tetamu." Ujar Puan Wahida memujuk lagi. Mengetahui bahawa Najiha merupakan kawan Ainul semasa anak gadisnya belajar di kolej. Dia dengan senang hati melayani Najiha bagaikan anaknya sendiri.

Ya Allah! Bermalam dekat sini? Bermalam! Kalau macam ni, baik aku telefon Nuha suruh jemput aku. Macam mana aku nak lari? Ainul bermonolog sendirian. Jantungnya berdegup kencang. Terasa bagaikan dia baru selesai menghabiskan larian paginya. Kenapa ibunya menjadi terlebih peramah pula.

"Baiklah, makcik. Tapi pagi-pagi esok, saya kena balik kampung. Risau pula saya dengan nenek saya." Najiha membalas sambil matanya memandang tepat kepada Ainul yang kebetulan menoleh. Segera Ainul melarikan pandangan itu. 

Hijrahnya Seorang BidadariWhere stories live. Discover now