Bab 1

633 24 0
                                    

DESINGAN bunyi bilah pedang berlaga dalam dewan Thunder. Transformasi sebatang lembing bertukar menjadi dua bilah pedang adalah satu cabaran sukar bagi Nawwar. Daya fokus harus kuat. Tinggal sebulan sebelum majlis pelantikan gelaran Tuan Muda berlangsung. Kemahiran transformasi senjata penting kerana ia merupakan salah satu ciri khas sebagai Tuan Muda.

Pedangnya sering berlanggar antara satu sama lain tatkala Nawwar menggunakan teknik telekinesis. Awalnya terbang di udara umpama boomerang, akhirnya jatuh ke lantai dek kemalangan kecil berlaku.

Nawwar mengalah. Terduduk atas lantai bersama dua pedangnya dalam genggaman. Kira-kira tiga jam berlatih benda sama. Tetap jua gagal.

"Jangan give up awal sangat. Memang mencabar sikit kalau kamu nak jadi Young Master. Belum lagi mendalami sisi gelap kami," ujar Tuan Zachary memberi sedikit motivasi kepada Nawwar.

"Susah, tuan. Transform lembing jadi pedang saya dah mahir. Nak kawal tu... Haih."

Bawah pemegang kedua-dua pedang disatukan lalu percikan petir membentuk lembing asalnya. Diletakkan di sisi. Nawwar memeluk lutut, menunduk keletihan.

"Tarik nafas dulu. Tenangkan diri. Lapangkan minda. Kamu anggap fokus pergerakan pedang macam main gitar. Fokus untuk tukar chord but at the same time you're doing plucking."

Kepalanya diangkat. Raut wajah Tuan Zachary dipandang. Nawwar menghela nafas ringan sebelum bangkit semula untuk berlatih. Kedua-dua tangan menggenggam pemegang pedang rapat. Percikan petir terhasil lalu lembingnya mengalami transformasi kepada dua bilah pedang biru kehitaman.

Nafas ditarik dalam. Nawwar melempar salah satu pedangnya ke udara. Tuan Zachary menyusul masuk bersama pedang milik sendiri. Mereka saling berbalas serangan sehinggalah Nawwar telah berupaya mengawal telekinesis pedangnya.

Pedang yang masih berlegar di udara ditujukan ke arah Nawwar lalu disambut cermat. Sipi-sipi mengenai wajah Tuan Zachary. Kaget. Risau nyawa melayang awal.

"Kamu nak bunuh saya sebab dendam kesumat ke?" sinis Tuan Zachary bertanya.

"Maybe," jawabnya bernada gurau.

Tuan Zachary menggeleng seraya menghalakan mata pedangnya ke arah Nawwar. "Second round, shall we?"

"As you wish... Master Zachary."

Shing! Shing! Gaya pencak silat dibuat Nawwar mempengaruhi kawalan fokusnya terhadap dua bilah pedang itu. Tangan kanan ajuk gaya cengkaman. Salah satu pedangnya berpatah balik ke tuan empunya.

Direntap laju lalu memintas serangan Tuan Zachary sepantas kilat. Sedang asyik melawan Nawwar yang sudah mula mahir dengan telekinesis, Tuan Zachary terpandang satu pedang yang masih berlegar di ruang udara. Serta merta dia mengelak tatkala mata bilah pedangnya tepat menyasar ke Tuan Zachary.

Second round lasted for ten minutes.

"Hm... Not bad. You've improved so fast at this point," puji Tuan Zachary melenyapkan pedangnya dengan sekali libasan. Senjata disimpan melalui aksesori elemen.

Pedang Nawwar ditransformasi menjadi lembing sebelum dihentak atas lantai. Lesap melalui partikel halus biru kehitaman. Kini, latihan mereka sudah tamat. Senjata telah disimpan. Waktu rehat tengahari menyusul tiba.

"Pergilah balik dulu. Isi perut. Esok kita sambung lagi." Fail dalam pegangan Tuan Zachary dipegang kemas. Sedia mengorak langkah ke pejabatnya.

"Nak saya tolong tuan hantarkan fail ke?"

Berkerut dahi Tuan Zachary mendengar tawaran Nawwar. "Isteri kamu? Tak jemput dia ikut balik ke?"

Eh... Dahinya ditepuk. Istighfar dilafazkan. Nawwar lupa dia sudah keluar dari zaman bujangnya tiga minggu lepas.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now