Bab 5

303 18 0
                                    

BILIK rehat dituju selepas Nawwar membelikan Emara secawan coklat milkshake dari kafetaria. Puas Emara pujuk Nawwar pelbagai cara. Nasib baik ada bawa duit dalam poket.

"Assalamualaikum." Salam diberi Nawwar. Pintu dikuak dari luar.

"Waalaikumsalam. Lama tak jumpa," balas Aryan menayang riak mesra.

"Haiya you orang lama betul. Penat tunggu," omel Zhan menyilangkan tangannya di dada.

"Sorry. Isteri aku ni ha... Tak habis-habis pujuk nak minum coklat milkshake." Jelingan tajam diberi Nawwar kepada Emara. Tersengih malu Emara memeluk lengan Nawwar sedari tadi.

"Biasalah, perempuan jenis kuat makan. Semua benda nak melantak. Macam kau tak tahu. Kan, Aryan?" Hadeena menyiku Aryan yang santai baring bersebelahan dengannya atas beanbag.

"Well, that's because you're pregnant, Hadeena. Our child needs some nutrition from you." Hujung hidung Hadeena dicuit manja. Tangan lembut mengusap perutnya.

Emara tersenyum dari jauh. Andai dia boleh merasai pengalaman membawa malaikat kecil dalam rahimnya. Pasti bahagia membesarkan anak kecil itu sehingga dia dilahirkan di dunia ini. Siapa aje tak mahu genetik mereka diwarisi anak?

Alangkah sedihnya, kesihatan Nawwar diutamakan. Terpaksa menunggu. Lagipun, Emara sudah berbincang dengan Nawwar. Lebih baik tunggu Nawwar betul-betul bersedia dan sihat sepenuhnya.

Mereka berdua duduk serentak di salah satu beanbag antara Zhan dan dua pasangan itu. Emara bersandar pada dada bidang suaminya sambil menyedut airnya. Nawwar melingkar lengannya di pinggang ramping isterinya. Sebelah tangan terletak elok atas abdomennya.

"Ada sebab kenapa aku ajak kau orang ke sini. Kita akan masuk dimensi Di-Monze dalam masa tiga hari." Kenyataan Nawwar membuatkan Zhan terkejut.

"What!? Di-Monze!? My birth place?"

"Err... Ya. Kenapa? Aku pergi sana sebab amanah Tuan Zachary. Bukan saja-saja."

Terkulat-kulat Zhan ingin membalas persoalan Nawwar.

"Dan dalang kepada special case yang Tuan Zachary bagi dekat aku adalah pihak akademi Aerugo. Kita kena ceroboh masuk untuk dapatkan maklumat pasal dia orang yang cuba dapatkan cyrstal orbs aku atau seangkatannya."

Zhan menggaru lehernya yang tidak gagal. Akademi Aerugo agak brutal dari segi lawan. Maklumlah, nama pun manusia separuh syaitan. Memang gaya lawan lebih kuat. Boleh meragut nyawa kalau tersilap langkah. Nak ceroboh masuk pun fikir banyak kali sebelum jadi santapan terlazat mereka.

Dimensi kelahirannya tidak indah mana. Suram. Setiap hari bermandi darah. Jeritan nyaring macam kena histeria. Dimensi Di-Monze ibarat dimensi untuk pesakit mental tak siuman.

Penduduk berdarah syaitan lebih ramai daripada manusia separuh syaitan.

"Plan kau bila kita sampai sana? Nak buat apa?" soal Aryan serius.

Nawwar beralih fokus antara dua sahabatnya. "Mula-mula, kita akan cari akademi Aerugo. Bila dah jumpa, kita kena bijak menyelinap masuk akademi dia orang. Cari apa yang patut berkaitan dengan akademi kita. Dia orang bukan cari crystal orbs aje tau. Akademi Quricity pun sasaran utama pihak Aerugo pada masa akan datang."

"What do you mean by that?" Kerutan dahi Zhan kelihatan.

"The cataclysm of this academy might be happen in the future once again."

Serentak penghuni bilik tertumpu kepada Nawwar. Gila betul. Akademi ini baru rasmi ditubuhkan empat bulan yang lalu. Jika hancur, kemana lagi mereka akan pergi berlindung? Akademi Quricitiy adalah satu-satunya akademi terkemuka di wilayah Tzuvillida.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें