Bab 8

205 13 0
                                    

DERINGAN telefon yang didekatkan pada telinganya berbunyi panjang. Jari-jemari bermain di pemegang balkoni. Liat betul Zhan nak angkat panggilan orang.

"Hello? Why you call me ah?"

Terus Nawwar menjarakkan telefon dari corong telinganya. Pekikan suara Zhan menembus dalam gegendang telinga. Nak bagi orang pekak agaknya.

"Um... Aku ada something nak tanya kau,"

"Shénme? (Apa?)"

"Kau ingat tak kejadian semalam yang terjadi dekat isteri aku? Disebabkan kau bekas pelatih Aerugo, mesti kau tahu apa yang berlaku dekat Emara. Takkan dia histeria tanpa sebab,"

"The moment we confront those shadows?"

"Yes. Masa kita serang bayangan hitam tu sampai isteri aku menjerit all of the sudden. At the end, she had a high fever last night. Does it related to those shadows?"

Talian sepi berpanjangan. Zhan memikirkan respon sesuai agar Nawwar dapat fahamkan sisi gelap Aerugo.

"About the shadows... Once they touched you, it will affect you mentally. But don't worry, it won't last long if you treat Emara in a right way,"

"Treat her in a right way?" Nawwar mempersoalkan dirinya sekali. Treat yang dimaksudkan Zhan adalah rawatan atau layanan?

"I'm pretty sure she had nightmare last night, didn't she?"

Tekaan Zhan tepat. Nawwar mengiyakan pertanyaannya. Memang bukti dia ahli Aerugo.

"The shadow had touched her during the fight. The nightmares will haunt her anytime. Only you can heal her back the way she is. Now, she's in trauma phase. Bonding your love with her will let her free from that phase. Don't worry, it only take a few days or less for her to heal,"

"Oh, okay. Thank you." Talian hujung dimatikan. Tak sempat Zhan balas sepatah. Hirau apa aku, Emara lagi penting dari segalanya.

Menghela nafas ringan. Sinaran mentari menyilaukan pandangannya. Majlis pelantikan akan berlangsung kurang tiga minggu. Sempatkah dia berlatih untuk mantapkan lagi kemahirannya?

Selepas solat subuh pagi tadi, Nawwar telah maklumkan kepada Tuan Zachary bahawa dia tidak turun latihan untuk hari ini. Emara demam panas tak surut. Gusar melihat isterinya terlalu pucat.

Tidak lama selepas itu Tuan Zachary menghantar mesej peringatan agar Nawwar harus tempah uniform baru untuk majlis kelak. Uniform baru hasil rekaan sendiri. Yang pasti, warna hitam ungu harus ada pada uniform tersebut. Nak keluar buat ukuran badan, tergendala pula mengenangkan Emara sakit terlantar atas katil.

"Nawwar? Awak buat apa sini?"

Perlahan jejaka itu berpaling ke belakang. Emara mengenakan legging berwarna hitam berserta t-shirt biru muda berlengan pendek menyarung tubuhnya. Dahi mulus tidak ditampal coolfever. Rambut beralunnya masih basah. Panjang umur dah terpacak dekat pintu gelangsar.

"Ya Allah Emara... Kan abang suruh cinta duduk dalam bilik. Awak tu demam,"

"Saya dah okey lah. Tak panas dah badan..."

Tanpa bersuara Nawwar meluru ke arah Emara dengan pandangan yang menikam jiwanya. Gadis itu berundur setapak demi setapak. Baru saja ingin berlari ke pertengahan ruang tamu sudah pinggang rampingnya dilingkari oleh lengan Nawwar. Tubuh mereka bersatu. Mata mereka saling bertatapan sesama sendiri.

"Awak tak boleh tipu saya, Emara Iris."

Emara meneguk liurnya kesat. Dia menunduk. Tidak tahan buat eye contact dengan Nawwar lama-lama. Nanti tergugat iman.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now