Bab 4

269 16 0
                                    

SUASANA rumah agak hening. Entah mengapa Nawwar berdiam sahaja setelah menjemput Emara pulang. Tak mungkin Fariz terserempak dengan dia lagi. Riak wajah datar. Pandangannya kosong.

Emara bersandar di sofa. Menonton hiburan di kaca televisyen. Namun, hati berasa tidak tenang. Gundah-gulana. Selang beberapa minit, dia sering mengalihkan pandangan ke pintu bilik yang sedikit terbuka.

Mengapa Nawwar tidak mengeluarkan sebarang suara?

Panggil pun tidak. Waktu makan senyap memanjang. Termenung jauh. Ada yang tak kena pada jejaka itu.

Perasaan curiganya membuak. Lantas Emara mencapai remote control untuk padamkan televisyen tersebut. Dia bangkit perlahan. Melangkah senyap menuju ke pintu bilik. Dikuak sedikit agar terpampang jelas suasana bilik mereka.

Sepi.

"Abang? Buat apa tu?"

Matanya meliar ke seluruh bilik. Tiada kelibat Nawwar dilihat. Gelongsor pintu terbuka luas. Angin dingin menyejukkan suhu bilik. Emara menjenguk keluar. Susuk tubuh suaminya juga tidak kelihatan.

Dia menutup pintu gelongsor dengan cermat. Langsir kelabu menghalang cahaya menembus masuk. Gelap.

"Nawwar! Mana a-"

Serasa kakinya terpijak cecair likat. Darah merah menitik di lantai? Bagaimana boleh Emara tidak perasan?

Dia menjejaki titisan darah merah tersebut. Sontak bulu romanya berdiri tegak. Titisan itu berhenti tepat di hadapan pintu stor bersebelahan dengan dapur. Pintu masih terkatup rapat.

"Nawwar?" Terketar-ketar ingin memulas tombol. Nak buka atau tak? Kalau tetiba ada encik bungkus terpampang depan muka macam mana?

Membaca ayat pendinding sebagai perlindungan diri. Pintu stor ditendang kasar. Lecakan darah penuh di lantai. Terdapat sebilah pisau disaluti cecair merah. Terbuntang luas biji mata Emara melihat sekujur tubuh tergantung di udara.

"Abang! Allahuakbar!"

Emara menarik kerusi yang terjatuh untuk dipanjat. Pisau yang tergeletak atas lantai direntap. Mengerat tali yang entah berapa lama sudah menjerat leher suaminya yang sudah pucat.

Jasad itu terjelupuk atas lantai. Emara segera memeriksa kadar nadinya. Tiada denyutan langsung.

Lengannya dipenuhi darah merah. Banyak hirisan pisau padanya. Kira-kira lima belas hirisan. Tergamak Nawwar melakukan perkara sebegini tanpa pengetahuan isterinya.

"Abang! Bangunlah abang, bangunlah!"

Emara memberi tekanan penuh di dada. Selang-seli memberi bantuan pernafasan padanya. Tiada respon.

"Nawwar! Allahuakbar janganlah macam ni!"

Dia tidak putus berulang kali bagi CPR kepada Nawwar. Jejaka ini harus diselamatkan. Tak mungkin mimpi buruknya sebelum menjengah alam perkahwinan menghantuinya semula.

"Nawwar Inas Al-Qayyim!"

"Nawwar!"

"Tolonglah jangan tinggalkan saya!"

"Abang!" Serakan suaranya kedengaran.

"Abang!!!"

Luruh jantungnya mendadak tatkala terasa bahunya direntap seseorang. Mencengkam dalam. Badannya mengeras bak ais. Setahu Emara... Hanya dia dan Nawwar dalam rumah ini sendirian.

Siapa pula pegang dia dari belakang? Sejak bila ada penghuni lain dalam rumah ini?

Liur diteguk payah. Emara menoleh ke belakang. Terpampang wajah Nawwar dilumuri darah bersama anak matanya hitam penuh. Gigi taring seperti drakula ditayang habis. Emara menjerit lantang.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now