Bab 7

265 15 0
                                    

USAI bacaan Yasin, mulut botol ditiup kemudian dipulas tutup dengan penutup. Diletakkan atas kabinet sebelah katil.

Kain basah yang ditekap atas dahi Emara diambil. Nawwar merendamkan kain itu dalam besen kecil berisi air sejuk. Ditempel semula pada dahinya. Demam panas naik mendadak setelah dia dibawa pulang dari dimensi Di-Monze.

Hatinya terkilan apabila isterinya alami histeria mengejut.

Nawwar risau sekiranya ia memberi kesan mendalam dari segi mental dan emosinya.

Melihat Emara diam terbaring kaku membuatkan Nawwar rasa bersalah. Tak pernah sesekali Emara meninggikan suara padanya apatah lagi menggunakan bahasa kasar. She's a soft spoken girl.

Benar kata Aryan. The dimension was disturbing.

Waktu makan tadi rasa sepi. Tiada insan ajak main suap makan hari ini. Termenung lama macam putus cinta. Tangan mulus isterinya diusap. Sejuk.

"Abang minta maaf, cinta. Abang tak expect pun benda ni terjadi. Abang harap cinta tak trauma, ya?"

Tangannya berpindah ke pipi isterinya. Makin lama makin naik gebu tampaknya. Macam pau. Itu yang buat Nawwar rasa nak gigit pipi dia. Geram!

Senyuman nipis di bibir Nawwar terbentuk. Dulu, seringkali berasa resah jika membiarkan Emara bersendirian asbab kehadiran Fariz membuatkan Nawwar berasa tidak tenang. Beberapa hari lepas, selamba pegang isterinya tak fikir batas walaupun Fariz tahu Emara sudah menjadi milik Nawwar.

Hak milik yang sah dan mutlak.

Lepas kahwin, mudah Nawwar pantau pergerakan Emara kemana sahaja dia pergi. Ada juga dia terpaksa bersikap tegas untuk elak dirinya disentuh lelaki lain. Kekadang Nawwar jadi bodyguard peribadi untuk Emara. Dia ingin memastikan Emara selamat bawah lindungannya.

Bila diingatkan semula, tergamak sungguh Fariz buat dia sebegitu. Mengapa perlu cintakan orang demi nafsu semata-mata? Berkudis tangan satu hari nanti biar padan muka.

Nawwar menguap kecil. Bosannya tak ada suara Emara menjadi penghibur setianya. Buka telefon bukannya ada chat masuk. Contact number pun dua belas orang aje. Banyak sangat simpan buat apa? Collection? Buang masa.

Laci kabinet dibuka. Membawa keluar coolfever yang diambilnya setelah usai makan malam tadi. Masih sejuk beku. Plastik dicarik buka. Tuala basah pada dahi Emara ditukar dengan pelekat coolfever yang lebih dingin.

Dia bangkit pergi ke bilik air untuk cuci apa yang patut. Besen kecil, tuala dan wajahnya. Segar sikit sebelum masuk tidur.

Katil empuk dipanjat. Baring bersebelahan isterinya yang lena dibuai mimpi. Badan kecil itu dipeluk erat. Ubun-ubun rambut dicium harum.

"Goodnight, Emara..."

Nawwar baring mengiring semata-mata mahu melekat dengan isterinya. Entah mengapa susah sangat berenggang walaupun sekejap sejak akhir-akhir ini.

Baru sahaja ingin melelapkan kelopak mata yang terasa berat, jeritan nyaring menjengah sistem pendengarannya. Hampir berhenti detakan jantung Nawwar dibuatnya. Hilang ngantuk seketika dikejutkan Emara berterusan menjerit naik seoktaf.

"Astaghfirullahalazim..." Ayat kursi dibaca Nawwar lancar seraya mengusap kepala Emara.

"Jangan tinggalkan saya Nawwar!!"

Separuh tenaga Nawwar beransur hilang lawan pergelutan bersama Emara. Mulutnya tidak henti melafazkan kalimah suci Allah sehinggalah suasana bilik bertukar sunyi. Mata isterinya dicelik buka. Bersinar dek air mata yang bertakung penuh di tubir.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now