Bab 10

200 13 1
                                    

EMARA tenang duduk di kerusi sebelah pintu masuk dewan. Menunggu Nawwar selesai menjalani latihan peribadi dengan Tuan Zachary. Perut berkeroncong kuat meminta diisi. Mengapalah dewan Thunder dan dewan Flame jauh sangat jaraknya.

Fikirannya sudah membayangkan makanan lazat terhidang depan mata. Masakan Nawwar ada identitinya sendiri. Seperti ada resepi tambahan yang membuatkan makanannya rasa enak. Lain daripada yang lain. Boleh request setiap hari bila sekali dah merasa.

Mesti arwah ibu dia handal mengajar Nawwar dalam bidang masakan.

Tiba-tiba terbit rasa sebak di dada. Emara kehilangan arwah mama sejak lahir. Dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu. Apatah lagi memahami perasaan seorang ibu jika ada anak suatu hari nanti. Hanyalah gambar lama Puan Emaryn bersama Tuan Ibrahim ditatap lama dalam album keluarganya. Asyik melayan galau sendiri, dia disapa jejaka bermisai keli.

"Menunggu encik suami ke tu?" soal Fariz suara seakan mengejek.

"Taklah. Tunggu hubby saya,"

"Tak ada beza pun. Sama aje cuma beza gelaran,"

"Dah tu? Eh awak pergi dari sini! Awak tak serik ke apa yang Nawwar buat dekat awak?" Suara Emara naik seoktaf. Mahu tak Fariz kaget setempat. Masih berdiri utuh di sebelah kerusi.

"Tak. Ala Nawwar tu acah psikopat. Awak pun satu. Cepat sangat fall in love dengan lelaki gila macam dia. Trauma lapan tahun, kan? Uish, boleh masuk wad psikatri sebab suka ugut orang sampai main nyawa. I'm better than him,"

"Diamlah! Awak tak tahu apa yang Nawwar lalui selama ini. Jangan nak menuduh dia sembarangan! Dia lagi bagus daripada awak. Bahkan, dia pandai jaga maruah seorang wanita. Bukan macam awak!" bentak Emara sepuasnya. Dahlah tengah lapar, kena kacau pula ex perangai iblis bertopengkan malaikat suci. Memang kena sembur habis-habisan.

"Aw, berapa banyak nafkah Nawwar bagi dekat awak untuk benci saya? 3000 Tz? Huh, sikit betul. Saya boleh gandakan jadi 6000k tahu,"

"Dengan duit haram hasil jual video dan gambar dekat website private? Eee saya taknak masuk neraka sebab awak!"

"Sekurangnya saya berduit juga," riak bangga pada Fariz memudar saat terlihat jejaka yang dibenci mampir ke arah mereka.

"Kerja haram memang senang dapat duit. Patut hidup susah diberkati Allah. Hanyut dalam dosa dan nafsu sendiri, betul tak?" Nawwar bersedakap dada seraya menolak isi pipi. Panas hatinya. Fariz masih tidak serik dari dulu.

"Berambus dari sini. Aku taknak tengok kau menggeletis dengan bini aku."

Fariz mendengus geram. Serta merta langkahnya dipercepatkan meninggalkan suami isteri berdua di situ. Tak guna! Rosak hari aku melepaskan rindu dengan Emara.

Nawwar menggenggam penumbuk sambil meletupkan setiap sendi pada jarinya. Gigi bergeser sesama sendiri. Sepatutnya dia lunyaikan budak tu cukup-cukup. Biar dia tahu erti bezanya langit dan bumi.

Lengan blazer terasa ditarik. Dia menjeling dari anak mata melihat Emara beriak gentar.

"Balik. Jangan bersuara selagi kita tak jejak kaki dekat rumah!" ajak Nawwar yang sudah maju ke hadapan. Membiarkan Emara tercengang seorang diri sebelah pintu dewan.

Emara terpegun. Moodnya tidak stabil. Baru nak mengada suruh masakkan lauk tengahari.

Langkah Nawwar dipercepatkan. Emara sudah tercicir di belakang. Main kejar-kejar untuk sesi pujuk memujuk ke apa? Hm... Risau juga jika dia mengalami tekanan perasaan yang boleh memudaratkan kesihatannya seperti dulu. Amarahnya harus dikawal sebelum terlambat. Sudahlah lima hari lagi majlis pelantikan itu akan berlangsung. Jangan kecundang masa hari kejadian.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now