BAB 6

63 8 0
                                    

Siling rumah, aku tenung lama. Mak pula ke pekan, beli barang dapur. Cuma aku yang malas nak ikut sebab mak pergi dengan Mak Cik Kiah. Mak Cik Kiah tu pantang nampak aku, mesti mulutnya membebel sahaja. Aku tahu, Mak Cik Kiah membebel tanda sayang. Cuma itulah, aku jenuh nak mendengar.

Mestilah duduk di rumah untuk membuat kerja rumah. Mak sudah mengarahkan aku untuk melipat kain dan sekarang aku sedang mengular. Procrastinate sambil merenung siling.

Hmm... tiba-tiba mengidam rokok pula. Aku terus bangkit, lalu berjalan masuk ke dalam bilik. Beg galas, aku capai untuk diselongkar. Kotak rokok Winston putih dikeluarkan daripada zip bahagian depan beg galasku. Aku terus melangkah keluar untuk duduk di depan tangga rumah.

Ini kalau mak nampak, bernanahlah telinga. Kerana itu, aku terus tutup dan kunci rumah sebelum masukkan kunci ke dalam poket seluar. Aku keluarkan sebatang rokok, lalu disua ke bibir sebelum aku seluk kotak putih itu ke dalam poket.

Aku nyalakan api di hujung rokok dan dihisap perlahan. Aku selit rokok itu celah jariku sebelum rambut aku kuak ke belakang.

Kakiku terus melangkah malas. Mata pula memandang ke arah pemandangan hijau yang terbentang luas di sebelah kanan. Mataku mula teralih apabila ternampak sebuah pangkin lama di bawah pokok. Aku dapat membayangkan susuk tubuhku dahulu. Mengejar Noah yang merajuk akibat aku terlupa akan janjiku.

Langkahku terhenti buat seketika. Senyuman nipis terukir di bibir apabila teringat betapa comelnya Noah ketika itu. Aku kembali melangkah untuk ke arah pangkin itu. Sempat juga aku bergerak ke tepi supaya tidak menghalang laluan kereta hitam di hadapanku.

Sebaik sahaja aku sampai ke pangkin bawah pokok itu, aku mula melabuhkan dudukku sambil memandang sawah yang mula kekuningan.

Mata aku pejam, menikmati angin yang menyapa wajahku dengan halus. Aku dapat mendengar gelak tawa kanak-kanak yang bermain jauh di tengah-tengah bendang. Aku hanya mampu berdoa, agar gelak tawa itu akan berkekalan selamanya.

Kanak-kanak perlu ketawa, bermain dan hidup tanpa masalah. Itulah lumrah hidup seorang kanak-kanak. Mereka tak sepatutnya melalui fasa derita di usia yang muda. Kalau orang dewasa yang lalui fasa duka pun terasa sakit tak terduga, inikan pula kanak-kanak.

Mereka perlu kekal bahagia, ketawa, ceria... sehinggalah waktu yang sepatutnya. Sehingga mereka mececah usia yang sepatutnya.

Bahagia mereka tidak sepatutnya diragut di usia muda. Namun, dunia ini terlalu kejam untuk merealisasikan kenyataan itu.

Aku menghembuskan nafas berat. Rokok dihisap dan dihembus lagi.

Tia Amelia.

Keningku bertaut sedikit. Cis! Kenapa aku teringat suara garau dia? Aku menggeleng kepalaku berkali-kali untuk menghalau suara itu daripada fikiranku. Kes Rina sudah hampir tamat. Bukan urusan aku lagi. Aku, Noah mahupun Rina tidak akan berjumpa, selamanya! Kisah kami tamat di situ. Rina juga sudah berada di tempat yang sepatutnya. Yang penting, dia sudah selamat.

Aku hanya sekadar saksi yang kebetulan dicabul juga. Silap besarlah pak cik itu sentuh aku. Kalau ikutkan hati aku, aku dah patahkan saja tangan pak cik tua itu. Aku akan pastikan dia mandul seumur hidup.

Keningku berkerut. Hmm? Kenapa rasa macam tiba-tiba mendung, ya?

"Tia Amelia."

Bulu roma di belakang leherku mula menegak apabila mendengar suara itu. Suara garau ini kedengaran terlalu nyata untuk dikatakan halusinasi. Aku terus celik sebelah mataku dan alangkah terkejutnya apabila ada manusia yang memandangku dengan penuh bengis sekali.

Aku mula terbatuk dek tersedak asap rokok. Pergh! Pedihnya, ya Allah! Silap hari bulan, meninggal sebab tersedak saja. Bukan sebab paru-paru merosot.

"What are you doing, Tia Amelia?" soalnya keras. Itu adalah soalan aku! Apa dia buat dekat sini?

"Kau ni stalker ke? Macam mana kau tahu aku dekat sini?" soalku keras. Masih mendongak tinggi memandangnya.

"You smoke!" ujarnya dingin. Aku mengangguk kepalaku sambil bangkit dari dudukku.

"And you're a stalker." Putusku sambil menjentik rokokku ke arahnya. Hampir sahaja terkena lengannya, namun dia menepis laju. Tapak kasutnya terus mematikan bara api yang masih menyala.

"Mister stalker. Dengar sini elok-elok, eh. Aku tak tahu macam mana kau jumpa aku? Dari hari pertama lagi, kau dah tahu nama aku, tempat kerja aku, dan kau tahu aku dekat balai polis. Dan sekarang kau dekat sini. Aku tak kenal kau siapa..."

"Noah Aiden. Aku Noah Aiden," potongnya laju. Aku mengeluh berat. Aku tahu dia siapa. Cuma aku yang menafikannya!

Dan, kalau dia Noah Aiden aku sekali pun, jadi? Apa motif dia untuk muncul secara tiba-tiba di hadapan aku? Kalau pun dia Noah Aiden, semua itu tidak boleh nak mengjustifikasikan kenapa dan macam mana dia tahu aku berada di sini.

"Still a stalker."

Noah terus tayang muka bosan sebelum mencekak pinggangnya.

"Lupa ke ni kampung aku juga? Aku dengan umi balik kampung, ziarah saudara aku yang nak kahwin. Kau ingat aku ni rajin sangat nak stalk kau? Kau ingat aku nak sangat balik sini? Hah? Hari tu pun kebetulan jelah aku terjumpa dekat kafe tu. Manalah aku tahu kau kerja situ! Tapi, aku cam kau! Tak salah kan aku rasa teruja apabila aku terjumpa kau di situ?" balasnya keras dan dingin.

Aku tergelak sinis. Teruja? Jangan nak bergurau dengan akulah! Raut wajahnya ketika itu kelihatan terlalu dingin untuk dikatakan 'teruja'. Senyumannya juga terlalu sinis di mataku.

Teruja sangat sampai berjam-jam melepak di dalam kafe sambil pandang aku? Itu teruja? Tak kedengaran seperti teruja langsung. Tak ada motif untuk dia rasa teruja!

"Oh yeah? Explain dekat balai polis. Macam mana kau boleh ada dekat situ!" Alasan Noah tak masuk akal. Aku tak rasa semua tu kebetulan.

Noah diam. Raut wajahnya masih kelihatan dingin. Namun, keningnya beransur kendur.

"Whoa. Kuat perasan rupanya kau ni, Tia Amelia. Jadi, kalau aku terserempak dengan kau tengah padang pasir pun, maksudnya aku stalk kau lah? Okay, interesting. Now, give me a reason why would I do that?" Noah mula memulangkan persoalan kepadaku.

Sungguh, manusia kalau dah buat salah, tak akanlah nak mengaku yang mereka bersalah?

"Let me tell you what happened the other day, even if you do not believe me. I got scammed by one of my partners, rugi beratus ribu dan aku pergi ke syarikat rakan kongsi aku. Tapi, dah gulung tikar jadi aku singgah kedai kopi yang paling dekat dengan tempat untuk redakan sakit hati aku! And I bumped into you— a miracle! I know it's you, and that's it," katanya keras.

"Lepas tu, dah kena tipu, mana lagi aku nak pergi kalau bukan balai polis? Kebetulan kawan aku kerja dekat situ! Kawan aku cerita dapat kes bapak perkosa anak, dan niat aku untuk pertahankan hak Rina sebagai manusia. Sebab tu aku approach Rina. Kebetulan kau dekat situ. What can I do?"

Aku merenung matanya lama. Masih tidak logik dek akalku. Aku terus melepaskan keluhan berat sebelum melangkah meninggalkannya. Baik aku balik sajalah! Berkurung dalam rumah lagi selamat daripada keluar mengambil angin. Semuanya gara-gara dia di kampung untuk 'menziarah saudara dia yang kahwin' itu.

Dasar stalker!

Aku terus mengeluarkan sepuntung lagi rokok untuk dihisap. Asap rokok berkepul-kepul aku hembus sebelum lelaki itu melelar tanganku, lalu merampas rokok di bibirku.

"Stop it!" Larangnya keras.

Ya Allah... apa lagi ni? Aku dah terlalu pening untuk berfikir. Kenapalah dia muncul hanya untuk menganggu ketenangan aku?

OUR MARRIAGE/ SUNNY (DITERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang