Bab 10

154 6 0
                                    

Aku hembus nafas lega sebaik sahaja aku dan Wan selamat mengunci pintu kedai. Malam ini, hanya aku dan Wan yang menjaga kedai. Mujur sahaja pelanggan tidak ramai. Kalau tidak, terkehel bahu nak kejar pesanan masuk.

"Agak-agak bila bos nak hired orang baru, ya?" soal Wan sambil berjalan di sebelahku dengan keluhan berat. Aku sekadar menjongket bahuku. Entahlah. Tuan kedai ini kedekut orangnya. Aku pun hanya pernah berjumpa sekali sahaja dengan pemilik kedai. Ketika aku ditemu duga olehnya.

"Bila nametag baru kau akan siap, Tia? Asyik pakai tag nama aku saja."

Aku hanya mampu tersenyum. Mendengar omelan Wan sedikit sebanyak menghiburkan hatiku.

"Entahlah."

"Penat tak jadi cantik sampai nametag pun orang curi?" soalnya lagi. Aku menjongketkan bahuku lagi.

"Penat," balasku sepatah. Gila tak penat? "Cuma, macam mana dia boleh curi nametag tu, masih misteri."

Wan mengangguk perlahan. Memang kecurian tanda namaku masih menjadi suatu tanda tanya kerana tanda namaku ini tersimpan di dalam bilik staf, di dalam lokar. Tetapi, tiada siapa tahu atau nampak siapa yang mencuri masuk ke dalam bilik staf itu.

CCTV pula rosak dan masih tidak dibaiki. Perlu ke aku letak hidden camera untuk cari siapa yang curi tanda nama aku?

"Kau tak rasa staf kita sendiri?" soal Wan lagi. Aku mencebik. Ada juga rasa curiga, tapi apa motif curi tanda nama aku? Nak santau ke apa? Fuh, itu sangat menyeramkan.

"Aku balik dulu, Tia. Kau hati-hati. Kau tu perempuan, regardless of how you look like." Pesannya sambil membonceng motosikalnya. Aku hanya sekadar mengangguk, lalu berjalan ke arah keretaku. Mata pula memandang ke arah skrin telefon. Ada mesej daripada nombor yang aku tidak kenal.

+Kau balik pukul berapa?

Keningku mula bertaut rapat. Tak perlu aku tahu siapa gerangan yang menghantar pesanan ini. Mana dia dapat nombor telefon aku? Aku terus menekan nombor itu untuk menghubunginya.

Tidak sampai tiga deringan, panggilan itu dijawab.

"Dah balik?" soal suara garau itu dengan mendatar.

"Macam mana kau dapat nombor telefon aku hah?" sergahku geram. Mukaku juga sudah berkerut bagai kertas ronyok.

"Mak Cik Kamsah. Aku bukan nak sangat nombor kau! Mak kau yang suruh aku tanya kau dah balik belum," bidasnya pula. Nak naik pekak telinga aku dibuatnya.

"Dahlah! Tak payah nak gedik sangat boleh tak kau—" belum sempat aku habiskan bicaraku, bahuku sudah mula ditolak ke grill kedai. Keningku terus bertaut rapat, memandang ke arah dua orang lelaki di hadapanku.

Mereka berdua memakai pelitup muka dan hoodie hitam — sangat tipikal, dan salah seorang antara mereka mula menghunus pisau ke arah wajahku. Seorang lagi mula tote bag yang terjatuh di atas lantai. Aku hanya diam, memandang si lelaki di hadapanku ini dengan tajam.

"Dia perempuan, Li," ucap lelaki yang menyelongkar beg duitku itu. Lelaki di hadapanku mula meletuskan tawanya sambil memandangku dari atas sehingga bawah.

"Perempuan? Bos tak cakap pun kau perempuan," getusnya dengan suara yang menjengkelkan. Tapi, bos? Siapa?

Li mula mencengkam wajahku sebelum dia melepaskan tawanya.

"Cantik juga kau ni," getus Li lagi.

"Aku dah dapat apa yang bos suruh kita cari, Li. Jom," ajak kawannya itu. Sempat mataku mengerling ke arah si kawannya itu. Barang yang dia cari itu adalah telefonku. Huh?

"Siapa bos kau?" soalku perlahan, dan persoalanku itu membuatkan Li tergelak.

"Suara kau pun seksi," ucapnya sambil melarikan hujung pisaunya di batang leherku. Ugh... Aku sudahlah penat. Aku mula menggenggam pisau itu dengan kemas, lalu mengayunkan kepalaku ke arah kepalanya.

Li terhuyung ke belakang dan aku terus menarik pisau itu daripada tangannya.

"Sadly, I'm not in the mood to play," getusku sambil membaling pisau di tanganku ke arah bahu kiri lelaki yang sedang memegang telefonku itu. Dia terus mengerang kesakitan sebelum cuba melarikan diri. Aku cuba mengejarnya, namun lenganku dipaut oleh Li dengan kuat.

Aku mula ayunkan kaki ke arah kepala Li, membuatkan dia rebah di atas lantai. Aku mula membuka jam tanganku lalu dililit ke atas kekuraku.

"Tia?"

Aku terus mendongak kepalaku ke atas. Wajah Noah yang sedang berkerut menyapa mataku. Apa dia buat di sini?

"Tia!" Jeritnya kuat, membuatkan aku berpaling ke belakang. Lelaki yang mencuri telefonku itu betul-betul berada di belakangku sambil mengayunkan pisau ke arahku. Aku terus mengelak, lalu menghalakan penumbukku ke arah wajahnya.

Apabila dia rebah, aku cepat-cepat menindih tubuhnya dan terus menumbuk wajahnya lagi dan lagi.

"Okay Tia, enough!" Getus Noah sambil menarik pinggangku dari belakang. "Jom telefon polis, okey?"

Keadaan mula terasa sunyi. Mataku terhala ke arah lelaki di hadapanku dan Li silih berganti.

"We're good. So, calm down."

Aku terus menolak lengan Noah yang melilit pinggangku ini, lalu berpaling untuk memandangnya.

"Kau hantar orang untuk pukul aku ke?" soalku dengan nafas yang tidak teratur.

"Apa jadahnya aku hantar, Tia Amelia? Kau ingat aku gengster? Aku pekerja NGO! Tak ada kerja sangat ke aku ni nak menyamun kau?" sergahnya pula. Kami saling berpandangan buat seketika sebelum Noah mengeluarkan telefonnya.

"Aku datang sebab mak kau risau! Bukan aku nak datang sangat!" Ucapnya lagi. Noah mula melekapkan telefon itu pada telinganya.

Aku mencebik. Ceh!

Aku mula bergerak, lalu membelek poket seluar lelaki yang sedang mengerang kesakitan itu untuk mencari telefonku dan telefonnya.

Apabila aku menjumpai telefon miliknya, aku cuba untuk unlock telefon itu.

"Thumbprint...," gumamku sendiri. Ibu jarinya aku capai untuk mengakses telefon pintarnya sebelum aku menyelongkar aplikasi WhatsApp, Telegram, mesej, e-mail dan log telefonnya. Hanya ada beberapa nombor telefon yang tidak disimpan di log panggilan.

Aku terus menekan nombor yang paling atas dengan keluhan di bibir.

"Dah selesai?" tanya gerangan yang menjawab panggilanku itu. Selesai? Apa yang selesai? Merompak aku? Tapi, kenapa nak rompak telefon sahaja? Kenapa tinggalkan dompet sedangkan dompet adalah harta yang perompak atau peragut perlu ambil terlebih dahulu?

"Dah. Anak buah kau dah tergolek atas lantai. I got few scratches too," balasku sambil memandang tapak tangan yang tercedera dek menggenggam pisau tadi.

"Apa kau nak?" soalku. Wanita di hujung talian itu kembali bisu. Tak semena-mena, panggilan itu dimatikan. Aku cuba menghubunginya lagi, namun sudah tidak dapat bersambung.

"Tia!" Jerit Noah tiba-tiba. Aku terus berpaling dengan kening yang bertaut rapat. Tubuh Noah aku renung dengan jantung yang berdegup laju.

Noah mula menendang Li dengan kuat dan mengayunkan penumbuknya bertalu-talu ke arah wajah Li. Bunyi siren polis kedengaran dari jauh.

Noah kembali bangkit dengan sendirinya. Tangannya menekap sisi perutnya sebelum Noah kembali untuk memandangku.

"Kau tak perlu nak tolong aku, Noah," getusku sambil mengeluh sendiri. Mataku melirik ke arah sisi perutnya. Baju-T putihnya mula berubah warna menjadi tompokan merah. Keningku mula bertaut rapat sebelum mataku kembali memandangnya.

"Hei, kau okey tak?"

Noah hanya mengangguk sambil mengukir senyuman nipis.

"I paid my debt, Tia," getusnya perlahan. Bunyi siren polis semakin mendekat. Aku juga dapat lihat cahaya biru dan merah yang semakin hampir.

"I paid my debt."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 22, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OUR MARRIAGE/ SUNNY (DITERBIT)Where stories live. Discover now