𝓝𝓲𝓴𝓝𝓮𝓮𝓶 | 1 🍬

582 65 0
                                    

TERESA keluar dari bilik air. Tubuhnya rasa segar selepas mandi. Langkahnya terhenti di tepi katil. Mata memerhati sekeliling bilik yang baru dia diami beberapa jam lalu.

Entah kenapa dia rasa sedikit lega kerana akhirnya dia keluar dari bilik penuh dosa itu. Dia akhirnya selamat dari kurungan abangnya sendiri.

Betapa malunya dia tadi berdepan dengan Rayyan, lelaki yang pernah bergelar tunangnya dulu. Ternyata Rayyan yang mengarahkan dia untuk diselamatkan. Sungguh dia bersyukur.

Kaki diatur ke katil yang bersaiz king itu sebelum matanya meliar memandang sekeliling. Mansion yang jadi tempat tinggalnya untuk beberapa hari ini punyai tema old english. Ala british pun ada. Cantik dan kemas. Entah rumah siapa. Yang dia pasti, bukan milik Rayyan.

Pintu bilik diketuk, laju dia melangkah ke pintu dan dibuka.

"Nah, untuk kau." Nika hulur beberapa beg kertas pada Teresa. Lambat-lambat wanita itu menyambutnya dengan wajah penuh tanda tanya.

"Wife Rayyan bagi. Dia kata kau mesti perlukan ni sepanjang tinggal kat sini nanti."

"Huda?"

Nika mengangguk sebelum berlalu pergi. Teresa tutup pintu dan labuhkan duduk di birai katil. Beg kertas tadi dia periksa isinya satu persatu. Ada beberapa helai baju t-shirt, seluar track suit, pajama, pakaian dalam dan keperluan mandi dan skincare.

Teresa tersenyum nipis saat membuka beg kertas yang terakhir. Ada telekung, sejadah, tiga helai shawl satin dan abaya dengan warna yang sama. Hati Teresa tersentuh dengan keprihatinan Huda.

Ternyata, wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga. Tak seperti dia yang penuh dengan dosa. Telekung di tangan dia bawa ke dalam pelukan. Air mata mengalir di pipi mengingati dosa-dosanya yang lalu. Mungkin belum terlambat untuk dia berubah.

.

"MACAM mana dengan Teresa?" tanya Faris. Sejak di bawa oleh Nika ke sini, Teresa langsung tak keluar bilik.

"Kata Mary tadi lepas bagi dia makan, rawat dan bersihkan diri, dia nak berehat." balas Nika.

Faris ambil tempat duduk disebelah lelaki itu. Sudah seminggu lebih mereka di Milan, Italy. Akhirnya misi yang sudah lama dirancang berjaya juga. Bolehlah mereka balik ke Malaysia secepatnya.

"Baru habis on call dengan mommy Adam ke?" usik Nika bila Faris tersenyum sendiri.

"Ha'ah. Since misi dah settle, aku ingat nak balik Malaysia esok."

"Aku.."

"Kau stay sini jaga Teresa." potong Faris dengan senyuman nakal di bibirnya.

"Kenapa pula aku kena jaga dia?"

"Sebab kau orang yang selamatkan dia. She only know you here. Kata Rayyan, Teresa tu dah tak ada mak bapak. Abang dia pula dah kena tangkap. Buat sementara waktu ni, biarlah dia stay kat sini dulu. Risau kalau kat luar sana, ada orang yang pernah langgan dia dulu kenal dia dan kacau dia." Faris berkata sambil fokus pada skrin telefon. Berwhatsapp dengan puan isteri.

Nika mengeluh perlahan.

"Nik Adam Arish. Kau stay sini, okay? Atau kalau kau nak ikut balik.. Boleh je. Teresa ikut sekali. Kau jaga dia kat Malaysia nanti."

"Fine.. Aku bawa dia balik Malaysia." Nika bangun dari duduknya. "Aku malas nak duduk sini. Kau tahulah kan siapa ada kat sini?"

Faris mengangguk faham.

Nika keluar dari situ. Lelaki itu bercerai dengan isterinya Lydia beberapa tahun lalu. Cerai kerana Lydia curang dengan sahabat Nika sendiri ketika dia sibuk dengan misi dan kerja. Sejak itu Nika sudah tidak lagi bukakan hatinya untuk sesiapa.

N I K A : Duda Milik TasneemWhere stories live. Discover now