𝓝𝓲𝓴𝓝𝓮𝓮𝓶 | 8 🍬

326 71 6
                                    

TASNEEM menanti penuh sabar si suami bersiap kerana petang ini Nika berjanji untuk bawa dia ke bazar Ramadhan. Sesekali dia kerling jam di pergelangan tangan. Pukul 4.30 petang. Macam awal tapi Nika yang mahu pergi awal. Risau tersekat dalam jem pergi dan balik nanti.

Nika menuruni anak tangga sambil bercakap dengan seseorang ditelefon. Bila hampir sampai ke muka pintu, panggilan dia tamatkan.

Kelihatan si isteri sudah menunggu dia di pangkin luar rumah. Manis isterinya itu dengan shawl biru lembut menutupi aurat kepalanya, blouse navy blue yang labuh dan seluar slack warna hitam gaya bootcut.

Dia menilik pula baju di tubuh. Eh? Kebetulan. Warna dark blue. Hampir sama dengan isterinya. Nika tersenyum seraya atur langkah ke arah Tasneem.

"Lambatnya awak siap." omel Tasneem.

"Kawan call lagi tadi tu. Tanya pasal kerja." Nika capai tangan Tasneem dan dia sulamkan dengan jari jemarinya. Digenggam erat.

"Kita naik motor, nak?" tanyanya. Risau kalau Tasneem tidak suka naik motor. Tapi bagi mengelakkan jem, motorlah paling sesuai untuk mereka naiki.

"Motor?" Mendengar perkataan motor, entah kenapa Tasneem rasa teruja pula. Dia tidak pernah naik motor. Tak pernah terfikir langsung tapi memandangkan dia jenis yang suka mencuba sesuatu yang baru, kepala terus dia angguk laju. Berkali-kali.

"Nak!" Bersinar-sinar mata si isteri menyetujui ajakannya itu. Nika tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik. Untungnya seorang Tasneem. Senyum lelaki itu hanya dia yang selalu saksikan.

"That's my girl." Nika cuit pucuk hidung si isteri. Dia berlalu masuk ke dalam rumah untuk mengambil helmet. Mujur helmet untuk Tasneem sudah dia belikan.

Mereka melangkah ke arah garaj di mana motorbike Kawasaki NINJA® e-1 milik suaminya terletak.

Tasneem ternganga melihat motorbike itu. Warna silver, ada campuran warna hitam dan hijau sedikit. Sangat cantik hingga buat dia terpegun. Walaupun dia tidak berapa minat dengan motor, tapi dia suka melihat motorbike jenis ini.

 Walaupun dia tidak berapa minat dengan motor, tapi dia suka melihat motorbike jenis ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nika sarungkan helmet ke kepala si isteri dengan penuh berhati-hati. Mata pula tidak dari merenung Tasneem. Bibir tersenyum kecil. Melihat isterinya sentiasa terbuka untuk ikut kemahuannya, dia jadi senang hati.

Sangat berbeza dengan bekas isterinya yang keras kepala dan pentingkan diri sendiri.

"Okay tak?" dengan lembut dia menyoal sambil mengetatkan tali helmet isterinya.

"Okay je ni." Tasneem tersengih comel.

Dia excited! Naik motorbike dan ke bazar!

.

TAK sampai 10 minit, pasangan itu sudah sampai di bazar berdekat dengan perumahan mereka. Jalan raya memang sesak, apa lagi keadaan di bazar. Turun saja dari motorbike, Nika bantu tanggalkan helmet isterinya sebelum helmetnya sendiri.

N I K A : Duda Milik TasneemWhere stories live. Discover now