𝓝𝓲𝓴𝓝𝓮𝓮𝓶 | 10 🍬

396 71 8
                                    

"SO NAK AMBIL bidang apa?" Nika duduk sebelah Tasneem yang tengah duduk bersila diatas lantai. Isterinya itu sedang menghadap laptop. Mata merenung pilihan bidang di website yang Tasneem sedang layari.

Hari ini dia cuti, jadi luangkan masa di rumah saja dengan isterinya. Nanti bila Tasneem dah mula sambung belajar, sibuk dengan pelajaran, confirm mereka dua jarang luang masa bersama.

"Tak pasti nak bidang apa.. Saya minat fesyen. Reka pakaian. Melukis lakaran baju yang saya nak buat.."

"Then carilah bidang tu." balasnya ringkas. Macam senang saja bagi lelaki itu.

Tasneem memuncungkan bibirnya sambil mata kembali melihat website salah satu Universiti berdekatan. Nika selamba menarik muncung bibir isterinya itu.

"Mhm!" Tasneem menepis tangan suaminya sekali pakej jelingan tajam. Lelaki itu sejak akhir-akhir ini suka mengusiknya. Bergurau senda.

Nika hanya tergelak kecil. Tubuh dia sandar pada sofa dibelakang mereka. Dalam diam dia merenung wajah isterinya yang sedang tekun itu.

Tasneem sangat cantik. Kulit agak tanned sedikit berbanding dia yang cerah. Kulit wajahnya bersih tanpa sebarang jerawat mahupun masalah kulit yang lain.

Tak sedar yang tangannya bermain dengan rambut panjang milik Tasneem. Rambut isterinya berwarna coklat dan bukannya hitam. Padanlah dengan status Tasneem yang sebenarnya kacukan Italy dan Melayu.

Semua info tentang Tasneem sudah dia tahu dengan bantuan Ammar selaku hacker dan member terbaru team mereka.

Tasneem perasan belaian si suami pada rambutnya itu hanya menahan rasa gugup yang menyerang. Telan liur berkali-kali. Dia teruskan fokus pada laptop depan mata walaupun belaian itu buat dia sedikit terbuai.

"Malam ni kita berbuka kat luar, nak?" soal Nika tiba-tiba.

"Nak!" Tasneem menjawab seraya menoleh pada suaminya di sebelah. Nika tersenyum lebar.

"Good girl. Aku nak keluar kejap. Sebelum berbuka aku balik jemput kau. Pastikan siap eh." Nika bangun dari duduknya.

"Okay awak. Be careful." pesan Tasneem dengan senyuman manis di bibir.

Nika dengan selambanya mengusap kasar kepala isterinya sampai serabai rambut Tasneem dibuatnya. Dia tertawa lucu.

"Awak!" Tasneem menepis tangan Nika. Geram! Habis serabai rambutnya oleh si suami. Laju saja lelaki itu berlari anak keluar dari rumah.

Perlahan Tasneem tersenyum. Walaupun hubungan mereka tak seperti pasangan suami isteri yang lain, tapi dia tetap rasa bahagia dengan layanan baik Nika terhadapnya. Tak pernah lagi lelaki itu berkasar atau melayannya dengan buruk.

.

URUSAN permohonan sambung belajarnya diurus oleh Nika. Kata lelaki itu dia ada kenalan di Universiti berdekatan. Kenalan itulah yang membantu Tasneem agar dapat masuk ke sana.

Bukan melalui 'cable', tapi kenalan itu yang mengajar Nika macam mana nak urus memandangkan Tasneem sebelum ini belajar di Universiti di luar negara. Kenalan itu juga menghubungi salah seorang sahabat yang menjadi tenaga pengajar di universiti lama Tasneem untuk mendapatkan segala maklumat tentang Tasneem.

Ternyata Tasneem adalah pelajar yang cemerlang dalam bidang yang diceburi. Namun di tahun akhir pengajian, gadis itu tiba-tiba saja mahu berhenti hanya kerana dapat tawaran menjadi model.

Diploma Seni Reka Fesyen, itulah tawaran yang Tasneem terima daripada salah satu universiti yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Bukan main gembira Tasneem bila Nika bagi dia sampul surat tadi pagi. Bila di buka, rupanya surat tawaran sambung belajar.

N I K A : Duda Milik TasneemWhere stories live. Discover now