𝓝𝓲𝓴𝓝𝓮𝓮𝓶 | 4 🍬

407 67 3
                                    

MATA Tasneem meliar memerhati kawasan perumahan yang mereka masuki. Kesemuanya nampak mewah dan moden. Simple tapi minimalist.

Kereta Zachary membelok masuk ke dalam kawasan satu rumah yang agak mewah. Teresa telan liur. Besar tapi tak sebesar rumahnya di Milan dulu. Sebelum orang tuanya meninggal, keluarga mereka pernah tercalon dalam kategori keluarga yang kaya raya. Mereka bahagia dan harmoni. Hidupnya juga terjaga dan teratur.

Sampailah syarikat TH Automobile iaitu milik bapanya, jatuh ke tangan Tyler kerana bapa mereka sedang sakit. TH Automobile muflis dek sikap tamak dan boros abangnya itu. Thomas meninggal kerana sakit jantung manakala ibunya pula meninggal kerana jatuh tangga selepas bergaduh dengan Tyler.

Kehilangan kedua orang tuanya merubah hidup Teresa. Dia jadi liar dan suka keluar malam. Namun begitu dia masih menjaga kehormatannya sebagai perempuan sehinggalah sahabat sendiri buat dia mabuk dan memerangkap dia tidur dengan lelaki yang dia tidak kenali. Malam itu dia hilang dara yang selama ini dia jaga.

"Neem?" Tasneem tersentak bila bahunya disentuh lembut oleh Nika. Dia menoleh ke arah suaminya itu.

"Jom keluar. Kita dah sampai." Nika tarik lembut tangannya. Dia menurut. Keluar dari kereta.

"Tak seberapa, tapi ni hadiah Faris sempena kau kahwin buat kali ke dua." usik Zachary. Tangan masuk dalam kocek seluar. Senyuman terukir di bibirnya.

'Kahwin kali ke dua?' Tasneem dongak kepala memandang suaminya. 'Dia duda?'

"Banyaklah kau punya tak seberapa. Ni pun aku dah bersyukur dia bagi free. Dengan kereta lagi." Balas Nika. Tangan si isteri dia genggam. Menyulamkan jari jemari mereka.

"Jom masuk. Aku tunjuk kat korang apa ada dalam rumah ni. By the way, TNZ Home Decor yang deco rumah ni. Harap korang suka la."

Zachary membawa mereka berdua masuk ke dalam banglo yang tersergam indah itu. Suasananya sungguh tenang dan damai. Tasneem tersenyum suka dengan keadaan itu. Jarak rumah dengan rumah jiran pun agak jauh. Kereta pula jarang nampak lalu lalang di situ.

Macam kawasan perumahan yang private.

Disebelah tempat letak kereta, ada halaman yang boleh tahan luasnya. Ada gazebo di sudut sana. Terdapat pelbagai jenis bunga di tanam ditepi pagar rumah.

Masuk ke dalam, sebelah kiri mereka terletaknya ruang tamu bersebelahan dengan ruang makan. Sebelah kanan pula ada beranda serta kolam renang. Tak besar, tapi tak juga kecil.

"Kat atas ada 3 bilik. Bilik tidur, bilik kerja dan surau mini. Nanti korang tengoklah ye." Zachary bersuara.

"Kat bawah ni pula ada ruang tamu, room theater, ruang makan, dapur basah dan kering, laundry dan juga bilik tetamu." jelas Zachary seraya melangkah ke bahagian dapur. Melihat Tasneem seakan puas hati, Zachary tersenyum senang.

Dia menghampiri satu pintu ke bahagian belakang rumah. "Dan aku rasa ni akan jadi port favorites Tasneem nanti." katanya seraya menolak pintu belakang.

Serta merta angin masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang yang Zachary buka. Tasneem tergamam. Di bahagian belakang rumah terdapat beranda yang luas. Ada set BBQ, gazebo sekali dengan sofa bentuk L dan juga jakuzi.

'Subhanallah..' puji Tasneem seraya melangkah ke luar. Nika dan Zachary turut keluar.

Ternyata perumahan ini terletak di atas bukit. Bangunan-bangunan tinggi di tengah bandaraya Kuala Lumpur menjadi pemandangan yang menyapa mata mereka.

Nika tersenyum nipis melihat Tasneem yang kelihatan terpegun dengan apa yang berada di depan matanya. Nampak sangat isterinya itu teruja berada di tempat baru.

N I K A : Duda Milik TasneemTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang