𝓝𝓲𝓴𝓝𝓮𝓮𝓶 | 5 🍬

506 72 4
                                    

TASNEEM menghembuskan nafas lega saat Nika keluar dari surau mini tersebut untuk menjawab panggilan dari Faris. Kedua tangan naik menekup wajah. Rasa membahang wajahnya tika ini.

'Malunya..'

Walaupun tidak banyak yang Nika tegur dan betulkan tadi tapi dia tetap rasa malu. Enggan terus melayan perasaan, Tasneem letakkan Al-Quran tadi ke rak semula. Sejadahnya dia lipat dan sangkut ke rak sidai sejadah. Sejadah milik Nika juga dia letak di situ.

Atur langkah ke pintu surau, kakinya pula tersalah pijak kain telekungnya yang labuh.

BUKK!!

"Argh!"

Nika yang sedang berbual di telefon dengan Faris itu tersentak mendengar jeritan kecil si isteri serentak dengan bunyi hentakan pada pintu bilik surau.

"Nanti aku call balik." Kelam kabut Nika tamatkan panggilan seraya menghampiri pintu. Pintu diketuk perlahan.

"Tasneem? Kau okay tak tu?"

Tasneem di dalam sudah terduduk di tepi pintu. Tangan meraba dahi yang sakit.

"Aduh.."

Risaukan Tasneem, Nika terus buka pintu. Berkerut dahinya melihat Tasneem duduk ditepi pintu.

"Are you okay?" Dia duduk bertinggung di tepi isterinya yang masih bertelekung itu. Tasneem angguk tapi masih sembunyikan wajahnya dengan kain telekung.

Nika mengemam bibir tahan senyum dengan gelagat Tasneem.

"Hey, kau terhantuk kat pintu eh? Bukan main kuat bunyi dia." usik Nika diiringi tawa kecil.

Tasneem gigit bibir. Tambah membahang dia bila diusik begitu.

"Sini aku tengok." Nika raih pergelangan tangan si isteri seraya alihkan tangan Tasneem dari terus menutup wajahnya. "Allah.. Lebam ni." Nika usap perlahan dahi licin isterinya.

"Ouch.." Wajah Tasneem berkerut menahan sakit. Berdenyut dahinya. "Sakit.." tanpa sedar dia merungut manja. Bibir muncung sedepa. Hampir saja Nika terlepas tawa.

Comel!

"Sakit? Stand up, aku sapukan ubat kat dahi tu. Macam mana boleh terhantuk ni?" Lengan Tasneem dia tarik supaya isterinya itu bangun dari duduk.

"Terpijak kain telekung ni hah.." rengek Tasneem sambil menghentak-hentak kakinya yang ditutupi kain. Tangan menarik-narik skirt telekungnya itu. Geram!

Nika tergelak kecil dengan tingkah si isteri. Tak sengaja tertunjuk sikap manjanya dengan lelaki bergelar suami. Anak bongsu, memang manja. Abangnya dulu selalu memanjakan dia.

"Dah dah. Kejap lagi aku marah kain telekung tu dah buat kau jatuh. Meh aku bagi ubat special kat dahi tu." Dengan selamba Nika tekup kepala Tasneem dan labuhkan kucupan di dahi isterinya itu. Tepat tempat kesan lebam.

Tasneem tergamam bila dahinya terasa hangat dek kucupan selamba suaminya itu. Jantung berdebar hebat. Menghadirkan satu rasa yang susah untuk dia tafsirkan.

"Still hurt?" tanya Nika sambil mengusap dahi Tasneem. Mata coklatnya merenung lembut ke dalam anak mata hijau isterinya.

"Mhm.." Tasneem mengemam bibir. "Kena sapu ubat juga kot." balasnya tanpa memandang Nika. Wajahnya sudah berona merah.

Nika tarik senyum senget.

.

TASNEEM turun ke dapur selepas solat Maghrib. Nika pula ke bilik kerja di sebelah mini surau mereka di tingkat atas. Katanya mahu bercakap dengan Faris di telefon. Walaupun dia diberi cuti seminggu oleh Faris, tapi ada sesetengah kerja masih perlu dia siapkan.

N I K A : Duda Milik TasneemWhere stories live. Discover now