𝓝𝓲𝓴𝓝𝓮𝓮𝓶 | 7 🍬

407 70 9
                                    

PUKUL 4 pagi lagi Tasneem dengan semangat turun ke dapur. Nika yang lena itu langsung tidak sedar pergerakan si isteri keluar dari bilik. Tangan Tasneem naik menyanggul rambutnya ketika kaki diatur ke ruang dapur.

Paha ayam dan bahan-bahan lain dia keluarkan dari dalam peti sejuk. Direndam paha ayam yang beku tadi di dalam besen. Kemudian dia bergerak ke periuk nasi. Nasi semalam yang tinggal sedikit itu dia buang ke dalam bakul sampah.

Sedang Tasneem sibuk menyiapkan menu sahur untuk puasa pertamanya bersama si suami, Nika di dalam bilik pula terjaga kerana ketiadaan isterinya disebelah.

Jam di atas meja sisi dia pandang. Baru pukul 4.30 pagi. Bangun dari pembaringan, Nika terus ke dalam bilik air. Cuci muka kemudian keluar dari bilik. Di anak tangga turun ke bawah, dia sudah terhidu bau masakan isterinya. Nika tersenyum nipis. Rajin betul isterinya itu memasak untuk sahur.

"Masak apa?"

Tasneem tersentak dek teguran itu. Terhinjut sedikit tubuhnya. Dia menoleh laju ke arah Nika yang santai masuk ke dapur dengan bersinglet hitam dan seluar pendek paras lutut.  Tangan naik meraup rambutnya ke belakang.

Terpana Tasneem seketika namun cepat-cepat dia gelengkan kepala. Nika memang good looking. Tambah lagi dengan ketinggian dan tubuh badannya yang tegap itu. Kulit pula putih melepak mengalahkan dia yang sedikit tanned.

"Malam semalam nampak resepi Nasi Ayam Thai kat fb. Bahan-bahan dia tak banyak pun. Simple saja." jelas Tasneem sambil mengacau nasi yang sudah masak. Nasi itu dia masak dengan air rebusan ayam tadi. Lebihan air rebusan akan dia jadikan sup nanti.

Nika tersenyum merenung wajah Tasneem di sisi. Kedua tangan masuk dalam poket seluar. Dia bersandar pada kabinet dapur. Mata sentiasa memerhati isterinya itu sampai Tasneem naik segan.

Rona wajah si isteri yang kemerahan buat Nika menggeleng perlahan. Pemalu rupanya isterinya itu. Teringat pula moment malam semalam. Bukan main nervous si isteri bila dia tidur disebelah. Sebelum ini Nika tidur di sofa kerana risau Tasneem tidak selesa.

Tapi sampai bila nak macam tu? Jadi Nika buat keputusan untuk tidur sekatil dengan isterinya. Peduli dengan perasaan nervous Tasneem.

"Ada apa-apa yang boleh aku tolong?" Nika menawarkan bantuan.

"Erm.. Tolong sediakan meja makan? Dah nak masak ni." Tasneem pamer sengih cantiknya.

Nika mengangguk faham. Dia mencapai dua pinggan, mangkuk kecil untuk sup, gelas, dan sudu lalu di bawa ke ruang makan. Tasneem tersenyum bila si suami menurut katanya persis kanak-kanak kecil disuruh berbuat sesuatu.

Selesai masak nasi dan sup, Tasneem buat pula sos kicap dan sambal lada. Tak sampai 5 minit dah siap. Terus dia bawa masuk ke ruang makan. Nika suda duduk di situ menantinya. Nasi, ayam dan sup sudah suaminya angkat ke meja makan ketika dia sibuk buat sambal.

"Bau dia je dah buat saya lapar." komen Nika ketika Tasneem meletakkan pinggan berisi nasi ayam yang masih hangat itu di hadapannya.

Tasneem tertawa kecil.

"Awak rasalah dulu."

Nika geleng kepala.

"Aku tunggu kau. Kita makan sama-sama." balas Nika. Tasneem sedikit terharu. Dia letakkan mangkuk kecil berisi sup yang dia campur dengan beberapa ketul bebola ayam.

"Sit, Tasneem. Kau bukan maid nak sediakan semua. Aku masih boleh ambil sendiri." Nika tarik lembut lengan si isteri supaya duduk disebelahnya.

Tasneem menurut. Turn si suami pula melayan si isteri dengan meletakkan ayam di pinggan Tasneem. Sempat dia mencuit pucuk hidung isterinya. Saja mengusik.

N I K A : Duda Milik TasneemWhere stories live. Discover now