•|LAST ROSE - 03|•

187 20 0
                                    

PETANG itu, Ifyan terkena gastrik teruk sampai naik pitam. Paksa punya paksa, sekarang barulah Ifyan akur dengan perintahnya. Tapi lelaki itu tak henti-henti merengek.

Ifyan buat muka memelas. Dia berharap agar Caivan luluh dan segera bawa dia pulang. Namun dia silap. Malahan, Caivan mengetawakan dia.

"Suntik kejap je. Siapa suruh kena gastrik."

"Abi..." rengeknya. Dokter itu ketawa kecil melihat dua beranak itu.

"Jangan risau, sakit sikit je. Macam kena gigit semut," ujar dokter itu.

"Dengar tu? Dokter cakap tak sakit."

"Semut merah ke semut hitam?" soal Ifyan memastikan.

"Hitam... kut?" jawab dokter itu ragu. Caivan ketawa. Ifyan punya takut jarum tu sampai buat dokter sekali naik pening.

"Hah! Sakitlah tu! Tak nak! Abi! Iyan nak balik! Iyan dah sembuh! Jom lah balik!"

"Iyan, kalau sakit gigit je lengan abi. Dokter suntik tu sekejap je." Ifyan mencebik.

"Abi belanja Iyan nanti. Okay?"

"Betul ke sekejap?" Dokter dan Caivan mengangguk membenarkan.

"Okay..." Pasrahnya.

"Kalau macam tu, mari kita mulakan." Lengan Ifyan diikat.

"Pejam mata kalau takut." Ifyan memejam rapat matanya dan letakkan kepala di dada Caivan. Kuat dia cengkam baju Caivan. Takut.

Caivan usap lembut kepala anaknya itu dan memerhati saja apa yang dibuat dokter itu. Kesian dengan Ifyan, tapi semua ni salah lelaki itu sendiri. Siapa suruh tak makan? Sekali makan dia makan makanan pedas. Memang kena lah. Itu pun Caivan baru tahu tadi.

"Sst... Sakit..." ringis Ifyan saat merasakan jarum yang menembus kulitnya itu. Rasanya sedikit menyakitkan.

"It's okay, Iyan. Sekejap je. Ni nak siap dah. Bagi dokter cabut jarum dulu." Ifyan teresak kecil. Caivan ketawa. Tahu sangat Ifyan tu takutkan jarum.

Esakan perlahan yang didengari itu buatkan dokter itu juga ikut ketawa. Jarang-jarang nak jumpa lelaki yang dah besar panjang tapi takut jarum macam ni. Cukup menghiburkan hati.

"Okay... Dah siap!" Belakang tubuh Ifyan itu Caivan usap lembut bagi menenangkan lelaki itu.

"Okay, Iyan... Dah siap dah. Jangan nangis lagi. Malulah." Ifyan tolak perlahan tubuh Caivan. Dia kesal. Dia pun malu, tak payahlah cakap. Air mata diseka.

"Kalau ada rasa sakit kepala, mual-mual lagi, datang balik," pesan dokter itu. Mendengar itu, Ifyan terus pandang Caivan dengan wajah basahnya.

"Jom balik, abi! Jom balik!" ajak Ifyan tak sabar. Mereka ketawa.

"Ni, jangan lupa ambil ubat. Makan yang kerap, tak sampai kenyang pun tak apa, cuma jangan bagi perut kosong. Hindari dulu makanan pedas, makanan masam yang Iyan suka tu. Satu lagi, pola fikiran tu pun kena jaga. Jangan tertekan sangat. Boleh effect pada gastrik juga. Okay?" Ifyan mengangguk laju dan terus merengek-rengek pada Caivan mahu pulang.

Dia takut kena suntik lagi. Bahu dia betul-betul terasa sakit. Rasa berat saja. Dia tak suka kesan daripada suntikan ini.

"Saya minta diri dulu. Terima kasih." ujar Caivan. Dokter itu tersenyum saja dan menghantar pesakit itu keluar dengan ekor mata.

"Abi lah ni! Sakit dah bahu Iyan... Hiks..." Caivan ketawa. Haih, dia sambung balik.

"Alah, baru kena suntik. Untung tak kena masuk antibiotik. Kalau tak mesti Iyan dah melalak dalam tu," balas Caivan selamba. Ifyan mencebik dan berpeluk tubuh berjalan mendahului Caivan.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu dan pusing semula ke arah Caivan. Tangan dihulurkan.

"Kunci kereta," pintanya tanpa memandang Caivan. Nak merajuk.

"Ubat siapa nak ambil?"

"Abi lah ambil. Iyan sakit." Caivan terkekeh ringan dan menyerahkan kunci kereta pada Ifyan.

"Jangan tekan apa-apa. Nanti terlanggar kereta depan susah." Ifyan mencebik.

"Orang bukan budak kecil!" omelnya dan terus beredar. Caivan menggeleng. Haih... Anak buah dia yang sorang ni memang mencuit hati betul.













- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz