•|LAST ROSE - 04|•

178 16 0
                                    

MALAM itu, setelah menemani Ifyan sampai tidur, Caivan memilih keluar dan membuat satu panggilan.

Beberapa deringan buatkan dia mengeluh dan mematikan talian. Panggilan sekali lagi dibuat. Kali ini dijawab.

"Assalammualaikum. Bang, kau memang tak nak tengok Iyan ke?" soal Caivan terus pada agenda utama.

"Untuk apa? Dia sihat je kan? Kalau sakit bagitahu, nanti aku transfer du-"

"Kau betul, bang. Iyan sakit. Sekarang dia perlukan kau." Caivan mengepal tangannya. Bekas abang iparnya ini sungguh menyakitkan hati.

"Sakit apa? Aku busy. Kau jelah urus dia. Aku banyak benda lagi nak kena urus. Lagipun, itu anak kakak kau. Jagalah dia. Dah lah."

"Kau memang tak berhati! Iyan tu sakit, bang. Mental dia kacau! Silap langkah, silap pertimbangan, dia boleh mati atau jadi gila! Kau sanggup tengok anak kau dalam tanah? Kau sanggup ke tengok anak kau masuk hospital gila? Iyan tu perlukan kau."

Caivan mengetap rahangnya geram. Bekas abang iparnya ini langsung tak kisahkan anak sendiri ke?

Ifyan tu dah bertahun-tahun kurung diri dalam rumah. Masa tingkatan lima sahaja dia masuk sekolah. Itupun untuk ambil SPM. Kalau tidak, sampai sekarang pun dia takkan keluar. Homeschooling je sampai akhir.

Belum lagi soal makan minum, tidur dan bagaimana Ifyan jalani hari selama ini. Sikit pun bekas abang iparnya itu tak pernah bertanya.

Sejak kehilangan mamanya, Ifyan betul-betul tertutup. Untung ada Qazrael yang menemani selama ini.

"Aku tengah sibuk ni, Ivan! Boleh tak kau jangan banyak cakap pasal budak tu sekarang? Aku dah cakap kan? Budak tu aku tanggung semua perbelanjaan dia termasuk bil lain. Upah pun kau dapat. Apa yang susah sangat?"

"Tunggu satu hari nanti kau tak nampak dia depan mata kau, bang. Menyesal dah tak guna masa tu. Tahniah, kau dah hancurkan harapan dan kepercayaan aku pada kau. Aku salah biarkan kakak aku kahwin dengan jantan tak guna macam kau." Talian terus ditamatkan sepihak. Caivan kesal.

Bapak jenis apa itu? Anaknya itu hampir gila dengan keadaan dan lelaki itu masih sibuk dengan kerjanya. Caivan benar-benar sakit hati dengan kelakuan lelaki itu.

Anak sendiri diabaikan dan kerja diutamakan. Ifyan tu memerlukan keluarganya. Ibu bapanya sendiri. Caivan kesal. Apa yang harus dia lakukan lagi untuk Ifyan?

PAGI-PAGI lagi Ifyan dah merengek-rengek tak nak Caivan pergi. Tadi lepas subuh Ifyan duduk termenung dekat dapur. Lepastu Caivan turun dengan satu beg ditangannya.

"Abi... Iyan tak nak kena tinggal! Jauh abi pergi tu!"

"Eh, budak ni. Abi pergi kejap je lah, Ifyan. Nanti abi balik lah. Tu, Qazrael dah tunggu tu. Janji nak keluar sama kan?" Ifyan pandang Qazrael yang menatapnya dengan tatapan mengejek sambil menghirup air yang dibuat sendiri tadi.

Yelah, Ifyan sibuk merengek dan melekat dengan Caivan saja. Dia layan diri je lah. Bukan tak biasa.

"Ekhem! K-kalau Iyan rindu macam mana?" Dia berdehem sebelum menyoal. Malu. Lupa yang Qazrael sedari tadi menunggu sambil memerhati.

"Video call kan boleh." Ifyan mencebik. Tak rela nak lepaskan Caivan pergi tinggal dia.

"Iyan, abi dah lambat ni. Flight pukul lapan tau." Ifyan memeluk Caivan erat.

"Jangan lama... Iyan tengah mood nak ada bapak ni..." Caivan ketawa. Bertuah punya anak buah. Kepala Ifyan diusap.

"Yelah... Dah, pergi siap-siap sana, mandi. Masam bau Iyan. Cepat, kesian Qazrael tunggu. Abi pun kena pergi dah ni." Lambat-lambat Ifyan akur. Baik dia ikut je arahan.














- Continue -




Hai! Busy ke tu? Selamat hari semua 🤍

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now