•|LAST ROSE - 05|•

169 20 0
                                    

IFYAN masuk dalam kereta dan berpeluk tubuh. Qazrael di sebelah menyimpan telefonnya dan memandang Ifyan.

"Mana face mask kau?" soal Qazrael.

"Tak nak pakai. Malas. Panas pun satu hal." Qazrael menggeleng. Perangai mengalahkan budak-budak.

"Yakin? Muka kau tu macam perempuan. Jangan-"

"Ish! Aku tahulah." Qazrael jongket bahu.

"Betul tak nak pakai?" Ifyan mengangguk. Qazrael faham dan terus bersedia untuk memandu.

Haritu dah janji nak pergi potong rambut. Itu yang dia jadi bad mood. Risau nanti tak dapat main rambut dah kalau bosan.

"Mullet haircut okay?" soal Qazrael.

"Boleh juga. Oh ya, nanti singgah beli pasu bunga ya?"

"Mimpi apa nak pasu bunga? Ke..." Mata dipicing menatap pergelangan tangan Ifyan.

"Bukanlah! Uncle bagi aku white rose. Dia suruh simpan. Aku kenalah cari pasu dan letak air, nak jaga." Qazrael ketawa.

"Tahu pun kau gelabah. Yelah, ni nak gerak dah ni. Pakai seatbelt tu. Nanti benjol aku juga yang dipersalahkan." Ifyan menjeling sebelum dia akur dengan perintah Qazrael.

SELESAI memotong rambut, Ifyan keluar dan melihat Qazrael yang baru sahaja menyalakan rokok.

Rokok dibibir Qazrael diambil dan disisipkan ke bibirnya. Qazrael menjungkit sebelah keningnya.

"Apa?" soal Ifyan.

"Kalau nak patutnya cakap." Ifyan jongket bahu dan menghembuskan asap rokok itu ke wajah Qazrael.

"Eh mamat ni." Ifyan ketawa.

"Jom. Sudah merokok tu. Banyak dah harini," ujar Ifyan. Qazrael berdecit. Yang dia sama naik tu dah kenapa? Dah lah rokok tu bekasnya.

"Pergi mana?"

"Cari pasu bunga, Azra sayang." Qazrael mengusap lengannya. Meremang.

"Nyah kau setan! Allahuakbar!"

"Hoi! Patah tengkuk aku nanti lah gila!" Gila ke apa Si Qazrael ni? Boleh patah tengkuk dibuatnya. Sakit!

"Dah kau bersayang-sayang tu kenapa? Meremang bulu roma aku!"

"Aih, dah tak boleh gurau ke encik abang?" Qazrael menjeling. Dia terus mendahului Ifyan masuk ke dalam kereta. Malas layan orang gila.

Ifyan ketawa. Puntung rokok yang tinggal setengah itu dijatuhkan dan dipijak. Dia tak boleh merokok. Kaki panjangnya dihayun menuju ke kereta.

Tutup saja pintu kereta, dia buka dashboard mengambil gula-gula getah berperisa mint untuk menyegarkan mulutnya. Juga bagi menghilangkan bau rokok.

Uhuk!

Uhuk!

"Tu lah kau, dah tahu diri tu tak boleh merokok, gatal sangat nak mencuba." Ifyan masih terbatuk-batuk. Rasanya tadi masih biasa. Reaksinya lambat.

"Sesak dada..." adu Ifyan.

"Cuba bernafas perlahan-lahan." Ifyan akur. Rasa sesak didada perlahan-lahan berkurang.

Ifyan tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya. Qazrael berdecit. Boleh pula dia senyum macam tu.

"Perangai tak semenggah."

Tuk!

"Auh! Jari besi ke?!" Dahinya yang dijentik oleh Qazrael diusap laju. Sakit.

"Gedik. Dah, pakai tali pinggang tu. Air mineral tu minum." Tali pinggang keledar dipasang dan air mineral diambil.

"Jalan je." Qazrael akur. Kalau masuk dalam hidung jangan salahkan dia. Ifyan yang suruh.

Ifyan diam memegang air mineral itu. Dia masih mengunyah gula-gula getah.









- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang