•|LAST ROSE - 06|•

155 18 0
                                    

QAZRAEL memandang telefon Ifyan yang berdering itu.

"Iyan! Bapak kau call!"

"Bapak mana satu?! Yang real ke yang fake?!" soal Ifyan dari dalam bilik air.

"Kau ada bapak fake ke?" bingung Qazrael. Dia melihat nama yang tertera.

"Papa!" ujar Qazrael setelah membaca contact name itu.

"Ouh, yang real! Jap!" Suara pancuran air sudah tak lagi kedengaran.

Ktak!

Qazrael pandang Ifyan yang bertuala separuh badan itu.

"Tak reti nak jaga aurat langsung. Aku juga yang nak kena jaga mata," gumam Qazrael kesal dan berlalu keluar dari bilik Ifyan.

Ifyan? Lelaki itu dah sibuk bercakap dengan bapak 'real' dia tu. Nak duduk dalam tu lagi? Memang tidaklah.

Nak nak lagi Ifyan tu bertuala dari bawah pusat dan atas lutut saja. Lebih baik dia keluar daripada tengok Ifyan yang tengah 'seksi' itu.

Memang perangai tak semenggah yang sorang tu. Ada je cara dia mengumpulkan dosa. Lagipun papanya ajar untuk menghindar walau orang dah bagi free show.

Lima minit berlalu dan Qazrael kembali naik ke tingkat atas. Dia nak sambung semak assignment dia yang ada dalam biliknya.

"Bullshit! I hate you!" Qazrael terdiam. Dia patah semula ke bilik Ifyan dan memandang Ifyan yang sedang memeluk lutut atas katil itu.

'Dah kenapa pula ni?' soal hatinya.

"Iyan..."

Ifyan menoleh memandang Qazrael di muka pintu biliknya itu.

"Boleh aku masuk?"

Ifyan mengangguk sekali. Dagu ditongkat atas lututnya yang sedang dipeluk. Qazrael masuk dan mengusap lembut kepala Ifyan.

"Kenapa?" soal Qazrael seraya tangan dijatuhkan.

Bibir Ifyan bergetar dan dia terus memeluk Qazrael. Tangisannya mula pecah, air mata juga ikut mengalir.

"Kenapa papa tak pernah nak puji aku? Tak pernah nak tanya kabar aku? Tak boleh ke sekali je dia tanya aku okay ke tidak?"

"Aku dah berusaha selama ni, Azra... Aku dah cukup berusaha. Macam-macam cara aku buat untuk keluar dari kegelapan. Tapi kenapa dia seolah-olah nak terus kurung aku dalam kegelapan tu sendiri?"

"Macam-macam jadi, banyak benda bodoh yang aku dah buat untuk diri aku bangkit semula dari keterpurukkan tu. Tapi pada akhirnya aku gagal juga. Salah ke bila aku gagal, tapi aku nak pujian? Aku nak dengar kata-kata semangat dari insan yang bergelar ayah?"

Qazrael menggeleng.

"Tak. Tak salah pun, Iyan. Kau ada aku dekat sini. Aku boleh puji kau, aku boleh semangatkan kau. Bapak kau busy tu."

Qazrael berusaha untuk menenangkan Ifyan. Dia tak mahu Ifyan kembali jatuh.

"Orang lain pun sibuk juga. Banyak kerja juga, tapi sempat je tanya kabar anak dia. Aku? Kabar dia tak tanya, hidup aku dia tak tanya macam mana. Yang dia tanya sama ada aku perlukan duit? Duit cukup? Duit, duit, duit, itu je yang dia tanya."

Ifyan meleraikan pelukan dan menyeka air mata dengan lengan baju tidurnya.

"Tak apa, kau ada aku. Anggap aku bapak kau. Uncle Caiv pun lama lagi outstation. Biar aku jadi bapak kau. Mood nak ada bapak sekarang ni kan?"

Qazrael menaik turunkan keningnya beberapa kali. Ifyan ketawa kecil dengan mata dan hidungnya yang memerah.

"Alah... Comelnya dia." Lesung pipit Ifyan dicucuk dikedua belah pipinya dengan jari Qazrael.

Ifyan tepis perlahan dan mencebik. Dengan Qazrael ni nak sedih-sedih tak boleh lama. Qazrael pandai permainkan mood dia. Macam sekarang, elok dari sedih tiba-tiba nak ketawa.

"Biarlah bapak kau tu. Biar dia hidup dengan kerja-kerja dia. Kau enjoy je. Hambur duit dia banyak-banyak. Biar dia tahu rasa."

"Haah! Pandailah kau, Azra!"

Mereka berdua akhirnya ketawa bersama-sama. Kelihatan kecil, tapi Qazrael mampu bangkitkan semula mood Ifyan yang memburuk tadi.

"Dah puas nangis?" soal Qazrael. Ifyan mengangguk.

"Kalau macam tu, sambung tolong aku siapkan assignment. Tadi kau lari pergi mandi kan?"

"Ish! Assignment kau tu buatlah sendiri." Qazrael menggeleng.

"Kau je yang pandai bab data komputer ni. Tolonglah," pujuk Qazrael. Ifyan berdecit.

"Yelah-yelah, mana? Haritu berlagak sangat boleh buat. Sekarang cari aku." Qazrael tersengih.











- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now