•|LAST ROSE - 18|•

108 13 0
                                    

SUDAH dua hari berlalu dan Caivan sangat dingin dengannya. Ifyan jadi makin serba salah. Dia masuk ke dalam bilik abinya itu.

"Abi..." panggilnya. Caivan hanya menoleh sesaat sebelum kembali fokus pada kerjanya.

Ifyan menunduk. Pipi dalamnya digigit. Dia meremat tangannya sendiri. Marahkah Caivan? Atau kecewa dengannya?

Ifyan duduk di sebelah Caivan di atas sofa.

"Abi... Iyan minta maaf..." Caivan hanya acuh.

Mata Ifyan mula bergenang. Dia tak pernah mendapat perlakuan begini daripada Caivan.

Sejak hari itu, bunga mawar putih juga tak datang padanya. Dapat ia simpulkan bahawa Caivan benar-benar marah.

Bukan niatnya ingin mencederakan diri lagi. Hanya saja, semua itu tak dapat ia kawal. Dia menarik tangan Caivan dan digenggam.

"Abi... Please, say something... Iyan minta maaf..." Caivan memandang Ifyan sekejap sebelum menarik tangannya dan kembali buat kerja. Air mata mengalir turun ke pipi Ifyan.

"Abi... Abi nak tahu satu benda tak?" soal Ifyan dengan suara yang bergetar. Caivan tak merespon.

"Satu-satunya sebab kenapa lyan masih... masih bertahan hidup ialah sebab abi..." ujarnya. Caivan masih tak merespon. Nampaknya benar, Caivan benar-benar marah padanya.

"Jadi... lyan merayu dengan abi... Tolong... Jangan tinggalkan lyan. Cukup mama dengan papa yang tinggalkan lyan... Abi jangan..."

"Jangan diam macam ni... Jangan buat tak nampak kehadiran Iyan..." Ifyan teresak kecil. Caivan hentikan kerjanya. Dia pandang Ifyan.

"Kenapa? Iyan kan tak nak dengar cakap abi. Buatlah apa Iyan nak buat. Abi tak larang dah." Ifyan menggeleng laju.

"Tak! Iyan tak sengaja... Sumpah, Iyan tak sengaja..." Caivan hanya diam memandang Ifyan.

"Abi... Iyan dah lama nak cakap benda ni... Iyan..." Ifyan teresak.

"lyan nak juga rasa macam mana banggakan ibu bapa. Tapi Allah tak bagi lyan peluang untuk banggakan mama dengan papa. Tapi, lyan bersyukur sebab Allah berikan lyan peluang untuk banggakan dan balas semua jasa abi pada lyan..."

"Jadi... Tolonglah..." Ifyan tatap mata Caivan.

"Abi... Marah, kecewa, sedih macam mana pun abi... lyan merayu... Jangan tinggalkan lyan sorang-sorang... lyan cuma ada abi..."

"Iyan dah tak ada orang lain lagi... Mama dah tinggalkan Iyan, papa dah buang Iyan... Iyan cuma ada abi... Please... Jangan diam macam ni. Jangan buat tak nampak kehadiran Iyan... I'm sorry, abi... I'm sorry..." lirihnya.

Tubuh Ifyan dipeluk erat. Lelaki itu teresak- esak dibahu Caivan. Ifyan takut andai silap hari ini dan beberapa hari lalu melukai hati Caivan dan buatkan abinya itu pergi meninggalkan juga.

"Iyan tak nak abi tinggalkan lyan... Don't do that... I'm scared..." bisik Ifyan perlahan. Caivan tersenyum nipis.

Ifyan membalas pelukan Caivan. Abinya itu mengusap lembut kepalanya dan bisikkan kata-kata yang mampu buatkan dia tersenyum.

"Abi tak tinggal Iyan. I'm sorry..." bisik Caivan. Suara lelaki itu kedengaran sedikit serak.

Ifyan mendongak memandang wajah pucat Caivan. Tangannya terhulur mengusap cairan jernih dipipi Caivan.

"Iyan nakal sangat... lyan buat abi nangis... lyan minta maaf... Don't cry, abi. Don't cry..."

Caivan ketawa kecil dan menyeka air matanya sendiri. Dia memeluk erat tubuh Ifyan dan menahan kepala Ifyan dibahunya.

"It's okay, Iyan. Abi cuma sedih bila Iyan lagi-lagi cederakan diri. Abi rasa tak guna."

"No! I'm sorry, abi... Iyan janji tak buat dah. Iyan tak sengaja. I-Iyan tak sedar pun... I'm sorry..." Caivan mengangguk dan mengusap kepala Ifyan. Dia biarkan anaknya itu menangis dibahunya.













- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now