•|LAST ROSE - 09|•

145 18 2
                                    

IFYAN hanya diam saja membiarkan Qazrael sikatkan rambutnya. Dia tak ada tenaga. Mandi tadi pun ala kadar saja.

"Kau bakar leher sendiri ke apa ni?" soal Qazrael. Ifyan angkat kepala memandang Qazrael melalui cermin. Dia menggeleng sekali.

"Iyan pakai hair straightener. Terkena." jawabnya perlahan. Qazrael mengangguk faham. Sikat di simpan atas meja dan dia pusingkan tubuh Ifyan menghadapnya.

"Lain kali jangan guna dah. Tak sihat untuk rambut kau. Lagipun, normal lah rambut bergelombang sikit." Ifyan mengangguk sekali dan terus bangun menuju ke katil.

Dia masuk dalam selimut dan memejam mata. Qazrael menghela nafas berat. Deringan telefon menyentakkan dia. Dia ambil telefon Ifyan atas meja itu.

"Iyan, Uncle Caiv buat video call." Ifyan pandang Qazrael sekejap sebelum dia duduk dan bersandar pada kepala katil.

Qazrael terus mendekati Ifyan dan menyerahkan telefon itu pada Ifyan.

"Cakaplah dulu. Aku turun kejap." Ifyan mengangguk dan mengambil telefon itu. Dia ukir senyuman memandang Caivan yang tersenyum padanya.

Qazrael tersenyum nipis dan terus berlalu keluar. Biarlah Ifyan dan Caivan berbincang berdua saja.

"Lama ke abi kerja? Fyan rindu nak peluk..." soal Ifyan setelah bertanya kabar.

Caivan pandang mata Ifyan. Ada sesuatu terjadi ke? Caivan menongkat dagu memandang lama ke arah Ifyan sebelum bersuara.

"Iyan okay?" Ifyan menunduk sesaat dan menggeleng.

"Tak... Fyan tak okay. Hati Fyan sakit, abi..." adunya.

"Bila abi nak balik?"

"I'm sorry, son. Abi masih banyak kerja. Tapi jangan risau, mulai esok Uncle Riyadh akan tolong tengokkan Iyan. Boleh kan?" ujar Caivan serba salah. Yelah, Ifyan sekarang kelihatan memerlukan dirinya.

"Tak nak uncle... Fyan nak abi... Abi dah janji dulu akan ada untuk Fyan bila Fyan perlukan abi... Please, baliklah abi..." rengeknya dengan mata yang mula berkaca-kaca.

Caivan berusaha buat Ifyan faham. Tapi semua sia-sia. Ifyan sekarang benar-benar kelihatan tak baik-baik saja. Caivan kalau boleh memang mahu menemui Ifyan tika itu juga. Tapi dia sekarang sedang sibuk.

"Habistu siapa nak teman Fyan... Hiks, abi jahat! Abi tipu Fyan!"

"Tak, Iyan. Abi tak tipu Iyan. Tapi sekarang ni abi banyak kerj-"

"Abi pun sama dengan papa! Semua orang pentingkan kerja! Fyan ni memang tak penting ke?! Fyan penat macam ni! Papa marah Fyan sebab Fyan minta papa ada dengan Fyan! Sekarang abi pun sama! Fyan benci semua orang! Penipu!" ucapnya dan terus tamatkan panggilan video itu.

"Hiks... Hiks... Fyan cuma nak pelukan seorang ayah..." lirihnya perlahan.

Tok!

Tok!

Tok!

Klak!

Qazrael masuk ke dalam bilik Ifyan.

"Abang Qaz..." tangan Ifyan direntangkan. Qazrael menggeleng beberapa kali sebelum membawa Ifyan ke dalam pelukannya.

"Hiks... Fyan menyusahkan semua orang ke?" soal Ifyan.

"Tak ada lah. Mana ada menyusahkan."

"Habistu kenapa papa marah Fyan? Kenapa abi pun tak nak balik? Fyan cuma nak pelukan seorang ayah... Hati Fyan sakit... Fyan rasa pelik... Fyan dengar banyak suara. Fyan nak papa peluk... Fyan nak abi peluk... Fyan nak mama..." Qazrael faham mood Ifyan saat ini.

"Fyan umur berapa sekarang?" soal Qazrael kerana sedar panggilan padanya dan diri Ifyan sendiri berbeza dan berubah-ubah sejak di rooftop tadi.

"Umur enam," jawab Ifyan. Qazrael ukir senyuman.

"Fyan dah besar. Fyan kena faham, abi kerja. Abi jauh dari Malaysia."

"Kerja tu lebih penting dari kami ke? Fyan nak mama..." Qazrael meleraikan pelukan dan meraup rambut Ifyan.

"Mama dekat syurga, Fyan. Lupa ya?"

"Hm... Sekarang siapa nak peluk Fyan? Fyan sakit... Fyan sedih... Kenapa semua orang buat macam Fyan macam ni? Fyan nak balik..."

"Ini rumah Fyan. Nak balik mana lagi? Fyan jangan macam ni, okay? Abang Qaz kan ada?" Ifyan ukir senyuman dan mengangguk.

"Em! Tapi Iyan nak ayah..."

"Okay, abang jadi ayah. Panggil abang Ayah Qaz. Boleh?" Laju Ifyan mengangguk dan menyeka air matanya.

"Okay! Yeay, Fyan ada ayah!" Qazrael tersenyum melihat Ifyan yang gembira itu.

"Ayah Qaz... Tidur dengan Fyan, ya? Fyan nak peluk..."

"Okay. Kejap, bagi ayah tutup lampu. Fyan baring atas katil." Ifyan menggeleng laju dan mencengkam lengan Qazrael.

"Tak nak gelap!"

"Okay, okay, tak tutup. Jom, tidur." Ifyan mengangguk akur dan berbaring. Qazrael juga ikut berbaring dan memeluk Ifyan seperti yang Ifyan minta.

Ifyan Damien, lelaki itu mempunyai satu penyakit yang mengerikan. Ifyan Damien, hidupnya tak normal sejak kejadian dulu.

Enam tahun, tujuh belas tahun, umurnya berubah-ubah bersamaan dengan personalitinya yang berpecah belah. Bukan menjadi orang lain, dia menjadi dirinya sendiri namun dalam beberapa perwatakan dan umur yang berbeza.

Kalau kata pakar, Ifyan mengalami masalah dissociative identity disorder. Qazrael tak begitu mengerti. Tapi dia berusaha untuk menjaga Ifyan.

Mungkin juga kerana kejadian pagi tadi. Tuan Idzad mungkin saja sudah memicu sesuatu yang menyebabkan Ifyan berubah menjadi dirinya yang berusia enam tahun dan berpewatakan cengeng begini.

Qazrael ragu jika 'Fyan' yang bersamanya di rooftop sebentar tadi. Ingin bertanya, namun mustahil 'Fyan' tahu. Lelaki itu sendiri seperti keliru kenapa dia boleh berada di atas sana. Asing.










- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now