•|LAST ROSE - 08|•

176 20 0
                                    

QAZRAEL turun beli air. Jadinya Ifyan sendirian. Dia menghela nafas perlahan dan menaiki pembatas rooftop itu. Dia merentangkan tangan menikmati hembusan angin.

Sedikit pun dia tak rasa gayat. Malahan saat melihat ke bawah, dia rasa ingin melompat dan akhiri rasa sakit.

Zap!

Dugh!

Ifyan pandang Qazrael. Marah, entah kenapa dia rasa marah dengan perbuatan Qazrael.

Laju dia bangun dan kembali menaiki pembatas itu. Namun, tangannya ditahan. Qazrael menggeleng saat Ifyan melihatnya.

"Lepas," arah Ifyan perlahan.

"Iyan ja-"

"Lepas! Lepas, Qazrael!" Qazrael menggeleng. Tak akan sesekali dia biarkan fikiran gila Ifyan menang.

"Aku takkan lepaskan. Iyan, masih ada banyak cara untuk selesaikan masalah. Bukan dengan cara ni, Iyan," pujuk Qazrael.

"Lepaskan lah! Aku dah penat! Aku dah penat, Qazrael! Lepas!"

"Takkan! Aku takkan jadi bodoh dan lepaskan kau mati macam tu je!" tengking Qazrael.

"Aku dah tak ada guna, Qazrael! Aku dah tak ada guna!"

"Siapa yang cakap?! Iyan, kau tak bodoh kan?! Siapa cakap kau dah tak guna?! Siapa?!"

"Papa! Papa cakap! Sekarang lepaskan aku! Aku penat, Qazrael!" Qazrael mencengkam bahu Ifyan menghadapnya.

"Jangan bodoh! Jangan bodoh, Ifyan! Kau belum cuba untuk yakinkan dia!"

Pak!

"Aku dah cuba! Aku dah cuba, Qazrael Eiraz! Aku macam ni bukan sebab tak mencuba... Aku dah cuba! Aku penat dah! Apa gunanya aku hidup kalau terus macam ni?! Aku dah usaha! Aku dah berusaha keras untuk sampai ke tahap ni!" Ifyan mengalirkan air mata. Dia pandang Qazrael.

"Kau bukan kami, Qazrael. Kau tak duduk dalam kasut kami. Kau tak tahu apa kami rasa dan kau cakap kami tak usaha?"

"Kami usaha! Kami dah cukup usaha untuk yakinkan papa! Kami dah penat dengan semua ni! Kehadiran kami ditolak mentah-mentah! Kami dah penat nak terima penolakkan! Kami sangat-sangat penat!"

"Kau tak rasa jadi kami, Qazrael... Kami menderita. Kami sakit dengan semua benda ni... Kau tak faham apa yang kami lalui..."

"Aku faham a-"

"Kau tak faham!" potong Ifyan kuat.

"Kau memang nampak kami menderita! Kau memang nampak sakit kami! Kau memang nampak lemah kami! Tapi kau tak faham! Kau tak lalui! Kau takkan faham selagi kau tak lalui apa yang kami lalui! Perit dan sakitnya cuma kami yang rasa!"

Qazrael ingin menafi. Tapi dia tak mampu. Kerana apa yang Ifyan katakan itu benar. Dia tak begitu faham. Dia tak lalui dan tak pernah merasai itu. Papanya selalu manjakan dia. Jadi tak mungkin dia mengerti.

"Tapi bukan ini jalannya. Semuanya akan membaik, Iyan. Semuanya akan kembali seperti yang sepatutnya," ujar Qazrael. Ifyan menggeleng.

"Aku dah penat... Aku nak akhiri semuanya dekat sini demi kami semua. Aku dah tak tahan, aku dah tak sanggup. Apa pun yang kami buat, kami akan tetap kalah. Kami akan tetap salah. Aku tak boleh buat diri kami difahami sesiapa. Aku tak boleh buat orang faham dengan apa yang kami lalui. Aku dah penat mencuba. Kami menderita dengan respon orang bila kami cuba untuk buat orang fahami kami."

"Semua ni sakit... Aku betul-betul dah tak nak hidup... Aku nak mati je... Itu lebih baik... Qazrael... Lepaskan kami? Biarkan kami pergi dan akhiri rasa sakit ni... Tolong..." rayu Ifyan. Qazrael menggeleng. Dia kembali menggenggam erat tangan Ifyan.

"Takkan pernah."

"Aku dah penat, Rael!"

"Aku tahu! Aku tahu, Iyan! Tapi bukan dengan cara ni! Akhiri rasa sakit dengan bunuh diri adalah tindakan seorang pengecut!" bentak Qazrael.

"Lari dari masalah takkan selesaikan apa-apa! Kau akan terus nampak salah kalau kau buat benda ni!"

"Aku memang pengecut! Aku pecundang! Aku dah letih! Aku cuma nak mati, Rael! Aku nak mati! Aku penat lalui kehidupan ni! Kami penat!" tengking Ifyan dan meronta-ronta berusaha bebaskan diri.

Qazrael memeluk erat tubuh Ifyan. Dia abaikan jeritan Ifyan itu. Dia tak peduli. Dia hanya mahu Ifyan sedar semula.

"Lepaskan aku!"

"Tak akan! Iyan, kalau kau terjun, aku akan terjun sama! Jadi tolong, hentikan perbuatan gila kau ni!" Ifyan teresak dan menjerit kuat.

Lantas dia terduduk saat dirasa dia benar-benar lelah. Qazrael tak meleraikan pelukan.

"Aku penat..."

"Aku tahu. Tapi kau ada aku. Kau boleh serahkan sikit beban kau pada aku. Kita boleh lalui sama-sama," balas Qazrael.

"Aku hancur."

"Aku akan lebih hancur kalau kau tinggalkan aku dengan cara yang macam tu," balas Qazrael lagi. Ifyan menunduk dan melepaskan tangisan.

"Aku anak haram..."

"Tak. Kau bukan anak haram. Kau anak yang sah taraf. Cuma bapak kau yang buta dengan fakta tu."

"Aku tak yakin dengan dengan status aku sekarang. Aku anak siapa? Idzad atau Riyadh? Siapa bapak aku sebenarnya? Kami betul-betul anak haram ke?" soal Ifyan. Qazrael menggeleng.

"Jangan ragu. Percayalah, kau anak yang sah tarafnya. Kau anak Tuan Idzad Zafran. Percayalah."

"Susah... Susah sebab papa sendiri yang cakap aku ni anak haram. Lepas 18 tahun, aku baru tahu status aku diragui. Lepas 18 tahun aku sendiri jadi ragu dengan status aku..."

"Papa tak bodoh, Qazrael. Takkan tanpa sebab dia akan kata aku anak haram kan? Status kami kotor? Siapa bapak kami? Siapa kami sebenarnya? Siapa kami, Rael?" soal Ifyan. Dia mula ragu dengan dirinya.

Dia sendiri jadi bingung, dia sendiri jadi keliru. Termasuk dengan semua ucapan dan jati dirinya.

Anak haram atau bukan? Anak Riyadh atau anak Idzad? Statusnya bersih atau kotor? Dia tak tahu siapa dirinya. Dia benci kenyataan dimana dia sendiri tak dapat tentukan siapa dirinya. Dia benci keadaan bila mana dirinya dipersoalkan sebegini.

Yang mana yang benar? Itu yang dia ingin tahu. Apabila dia minta buat ujian DNA, semuanya menolak. Dengan alasan, semuanya sudah jelas.

Apanya yang jelas? Dia tak tahu siapa dirinya. Adakah itu jelas? Siapa bapanya? Riyadh atau Idzad? Siapa bapa kandungnya? Mengapa semua jadi serumit ini?








- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now