Bab 20

64 4 0
                                    

“Cik Helena mirip dengan ibu angkat Cik Helena,” sengaja Syafiq menambah bara ke dalam api. Syafiq sengih melihat Helena yang muka gelisah.

“Ishhh, kau ni kan? Apa yang kau nak sebenarnya?” tengking Helena dengan muka yang merah.

“Saya nak tahu semua pasal Cik Helena. Bagi saya, Cik Helena misteri dengan banyak lagi rahsia yang Cik Helena belum bongkarkan. Malam tadi, saya tak dapat tidur lena fikirkan Cik Helena,” luah Syafiq dengan satu nafas. Dia jujur kerana dia tidak dapat menidakkan kata hati yang sering menyebut naka Helena.

“Hah?” Helena selak rambut yang melindungi telinga.

“Saya tak salah dengar kan? Awak tak boleh tidur sebab saya? Patutlah…..”

“Banyak perkara lagi yang saya nak tanya,” sambung Syafiq lagi. Kali pertama dalam hidupnya dia mahu mencari tahu tentang kisah hidup orang lain.

Helena menapak ke arah Syafiq, perlahan dan semakin dekat. Helena letakkan tangannya pada dahi Syafiq, dahi lelaki itu tak panas.

Syafiq paut pada hujung baju Helena. “Saya tak demam!”

“Baiklah, disebabkan awak terlalu obses nak tahu pasal saya, awak boleh tanya apa sahaja, saya akan jawab. Cepat sebelum saya berubah fikiran. Susah saya nak buat baik dengan orang, apatah lagi melibatkan hal peribadi sendiri.” Helena duduk di atas bangku.

“Kenapa Cik Helena nak pertahankan tempat ini sedangkan Cik Helena boleh jual tempat ini, bina kehidupan yang baru, lebih jauh daripada semua yang Cik Helena benci.” Syafiq mengutarakan soalan pertamanya.

“Saya bertanggungjawab ke atas tempat ini. Ada amanah besar yang saya pegang, takkan saya nak munafik, mungkiri janji yang telah saya buat. Saya bukan orang yang tak berpegang pada janji. Hospice ini juga saya anggap seperti rumah sendiri. Saya takkan benarkan tempat ini jatuh kepada orang lain walaupun saya perlu mati,” azam Helena penuh tekad. Budi Dr Alisya yang menjaganya sehingga dewasa tak mampu dibayar dengan wang ringgit, tak ternilai segala jasa yang dicurahkan.

“Di mana Dr Alisya sekarang?” Syafiq kerling Helena, mata wanita itu mula hilang arah.

Jeda, lama.

“Saya sedang menunggu dia kembali. Dia telah pergi jauh daripada saya, seolah telah melupakan anak yang dia sayang melebihi nyawanya sendiri. Penantian itu suatu yang menyakitkan. Saya hampir putus asa,” ucap Helena dengan mata yang berkaca.

Helena takung air mata. “Jumpa lagi.”

“Cik Helena….” suara Syafiq mematikan langkah Helena kesekian kalinya.

“Apa lagi?” Helena mengecilkan mata dek cahaya matahari yang mula menyilaukan mata.

“Cik Helena pernah jatuh cinta?”

“Tak pernah!” jeling Helena tajam. Kakinya dihempas menuju ke pintu.

Syafiq ketawa kecil melihat gelagat Helena. Helena masih ada sisinya yang ceria. Syafiq hirup nafas segara lalu dihela perlahan. Mata Syafiq jatuh pada jam di tangan. Dia sudah lambat untuk menemui pesakit di setiap bilik, risau sekiranya Kak Peah menunggu lama.

*********

Helena rebahkan badan di atas katil. Moodnya untuk bekerja sudah hilang seperti magis. Helena meringkuk, kedua-dua belah tangan memeluk gambar Dr Alisya, rapat di dada.

“Helena rindu ibu,” luah Helena dengan juraian air mata. Masih segar dalam ingatan pesanan terakhir Dr Alisya buatnya yang ketika itu sedang menerima rawatan di hospital.

Helena baring di sebelah Dr Alisya. Tubuh ibu yang lemah dipeluk erat. Kepalanya rapat di dada Dr Alisya, mendengar degupan jantung yang semakin lemah. Helena pejam mata, mengusir segala kemungkinan buruk yang bermain di fikiran. Helena tidak tahu sampai bila dia boleh memeluk sosok itu.

“Ibu….cepat sihat. Helena sentiasa tunggu ibu. Helena yakin ibu akan sembuh, kembali seperti dahulu. Helena rindu nak tengok senyuman ibu lagi,” ucap Helena dengan esakan lemah.

“Helena…..” Dr Alisya menyentuh lengah Helena. Mata yang berat terbuka perlahan lantas wajah sugul Helena timbul di pandangan.

“Ibu dah sedar?” Helena turun daripada katil, mahu memanggil doktor dan jururawat namun dihalang oleh Dr Alisya.

“Tak payah, ibu okay. Percaya, ibu kan seorang doktor juga. Ibu tahu keadaan ibu, baik-baik sahaja.” Dr Alisya usap Baki air mati dengan ibu jari. Hatinya robek melihat air mata Helena yang mengalir kerana dirinya.

“Helena sihat? Helena kuat kan? Helena jangan sedih, ibu tak suka. Kalau Helena sedih, ibu berkali ganda lebih sedih. Helena, dengar apa yang ibu nak cakap.”

“Helena dah dewasa. Ibu nak Helena terus kuat walaupun Helena sendirian selepas ini. Kita tak tahu ajal kita kan,” ujar Dr Alisya perlahan. Tangannya erat dalam genggaman Helena.

“Ibu jangan cakap macam tu. Helena belum bersedia untuk kehilangan ibu, belum lagi. Ibu kena ada dengan Helena lebih lama…….” Helena daratkan pipinya di atas tapak tangan Dr Alisya.

“Helena…..ibu nak Helena jaga hospice untuk ibu. Hanya itu satu-satunya harta yang ibu ada buat Helena. Ibu tak ada apa-apa lagi untuk ibu beri kepada Helena. Helena kena pertahankan hospice seperti nyawa Helena sendiri. Boleh?” Dr Alisya tahu dia boleh harapkan Helena. Hanya Helena yang dia percaya.

Helena angguk beberapa kali.

“Helena janji dengan ibu. Helena juga janji yang Helena akan kembalikan semua hak ibu yang mereka ambil. Helena akan tegakkan keadilan buat ibu. Mereka akan terima balasan kerana buat ibu menderita. Helena bersumpah ibu…..Helena sumpah….ibu kena kuat tau…..” rintih Helena. Air hidung bersatu dengan air mata, lencun.

Dr Alisya letakkan jari telunjuk di bibir Helena. Dia tidak mahu Helena terluka sama seperti dirinya. Keluarga itu bukan keluarga yang baik, cukuplah dirinya terpenjara kerana cinta yang disangka paling agung.

“Jangan bersumpah, tak baik.” Dr Alisya tarik Helena ke dalam pelukannya. Rambut panjang Helena dibelai penuh kasih. Dia rindu menyikat rambut Helena setiap pagi.

“Helena buah hati ibu, cahaya dalam hidup ibu dan yang paling penting, you are my healer. Ibu doa Helena akan sentiasa dijaga oleh Allah. Helena tak boleh tumbang kerana Helena tempat ibu berpaut. Helena tak ada, ibu boleh mati kerana tiada ubat yang lebih mujarab daripada kehadiran Helena di sisi ibu.”

“Terima kasih sebab dah jadi anak ibu.” Dr Alisya mengetatkan pelukan. Dr Alisya hadiahkan kucupan hangat di ubun-ubun Helena. Boleh jadi itu kucupan terakhir daripadanya.

Lamunan Helena terhenti. Dia tarik tisu, mengelap wajah yang lencun. Helena letakkan gambar di atas meja.

“Terima kasih juga sebab jadi ibu yang terbaik buat Helena.”

HEALER (In Editing)Where stories live. Discover now